Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, April 10, 2017

Misi HIKMAH Aceh 2017 - Menunaikan harapan orang Aceh di pendalaman

Salam saat-saat akhir hari Isnin 13 Rejab. Masuk kita pada hari ke-7 perjalanan di Aceh 16-23 Mac. Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Tafakur di Makam Sultan Sayyid Maulana, kemuncak di makam Ratu Nurul Aqla dan ketenangan di makam Sultan Malikussaleh.


Kembali dari Perlak dan tempat-tempat jauh seterusnya kami bermalam di sebuah homestay di Ulee Kareng, pinggir timur Banda Aceh, Kami masuk menginap sudah hampir tengah malam. Keesokannya pagi Rabu 22 Mac 2017 kami bersedia untuk keluar lagi berjalan-jalan.


Kali ini kami cuma akan berlegar-legar di Banda Aceh dan sekitarnya. Dari homestay yang bangunan di sebelah timurnya sudah terkeluar dari batasan kota lalu masuk daerah yang dikenali sebagai Aceh Besar saya berjalan kaki ke pusat Ulee Kareng bersama seorang kawan.


Isteri saya dan anak-anak telah bergerak lebih awal menumpang motosikal milik penjaga homestay. Kami bertemu kembali sejurus sebelum masuk satu persimpangan yang panggil Simpang Tujuh kerana menyambungkan 7 jalan. Lihat artikel Simpang Tujuh - The seven junctions di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Ulee Kareng terkenal sebagai tempat hidangan kopi paling enak di Banda Aceh.


Kami bersarapan sambil menikmati kopi di salah sebuah kedai.


Di hadapannya kelihatan masjid ini lalu saya pun singgah sebentar. Lihat artikel Masjid baru (New mosque of) Ulee Kareng di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selesai bersarapan kami bergerak ke bahagian barat Banda Aceh dengan menaiki beca bermotosikal.




Singgah di hotel tempat di mana kami menginap sebelum bertolak ke Perlak pagi Isnin 20 Mac. Ada barang ditumpang tinggal di lobi hotel perlu kami ambil balik.


Naik lagi beca motosikal...


Kali ini ke Masjid Baiturrahman di pusat kota.


Kami sudah berjanji akan bertemu kawan Aceh di masjid pada waktu Zuhur. Sebelum itu kami berjalan-jalan melihat kawasan pasar dan sekitar. Lihat The market area around Baiturrahman mosque.



Dari kawasan pasar sudah dekat dengan makam seorang Sultan Aceh lalu kami pun singgah. Sempat pula makan tengah hari di bangunan rehat makam. Lihat 2017 visit to the tomb of Sayyid Mukammil.


Masuk waktu Zuhur kami pun ke masjid.


Selepas solat rehat sebentar sambil menunggu kawan.


Saya dikenalkan dengan seorang penulis buku Aceh. Selepas berkongsi berbagai hal kami mengikut kawan Aceh yang mengenalkan bersama beberapa orang kawan lain keluar dari kawasan kota dengan menaiki kereta...


Kami menuju ke kawasan pendalaman bernama Ulee Tuy. Letaknya ke selatan Banda Aceh,  dalam mukim Darul Imarah di daerah Aceh Besar.


Pemandangannya sangat cantik. Kami dibawa menziarahi dua kawasan makam. Lihat artikel Makam (Tomb of) Teungku Lhok Leuot diikuti Makam (Tomb of) Teungku Bak Lingge.


Selepas itu kami masuk lebih ke pendalaman menghampiri gunung.





Di kaki gunung ada kawasan pemakaman di mana bersemadinya makam permaisuri kepada Sultan Johan Syah, pengasas kerajaan Aceh awal 800 tahun lalu. Lihat Makam (Tomb of) Eumpe Blieng.



Ada pula kolam yang menakung aliran daripada air mata gunung. Saya dan anak-anak mengambil kesempatan mandi-manda sebentar...



Tujuan kami ke makam-makam di pendalaman adalah untuk menyambung satu sesi lawatan lapangan yang sepatutnya diadakan selepas selesai acara ke-20 HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dien hari Ahad 19 Mac,


Kami juga mahu memenuhi permintaan kawan-kawan Aceh agar membawa sejumlah kain kuning untuk digunakan bagi membalut batu-batu nesan makam. Kami sendiri memilih untuk membawa reben-reben berwarna hitam dan putih untuk mengikat balutan menurut kebiasaan pada makam-makam diraja di Perak. Lihat artikel HIKMAH Aceh 2017 - Membalut kain kuning pada batu nesan makam-makam lama di pendalaman di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Dalam perjalanan kembali ke Banda Aceh kami singgah ke makam seorang ulamak besar yang hidup 800 tahun lalu. Menurut ceritanya beliau datang ke Aceh lama dengan Johan Syah dari Perlak untuk mengIslamkan penduduk di sekitar.


Di sebelah bangunan makam ulamak tersebut ada bangunan makam lain menempatkan jasad seorang ulamak terkemudian yang dikenali sebagai Teungku Chik Kuta Karang. Kami dimaklumkan inilah penulis kitab Tajul Muluk yang terkenal ke seantero Alam Melayu itu. Lihat artikel 2017 visit to the tomb of Sheikh Abdullah Kana'an.


No comments: