Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mac 05, 2016

HIKMAH Janda Baik -Daripada senjata api Melayu ke Wahdatul Wujud ke peranan raja-raja Melayu : Bekalan menghadapi cabaran akhir zaman

Salam. Merujuk kepada artikel HIKMAH Janda Baik -Daripada Maulud tak disangka ke pendedahan tentang penipuan sejarah dan ekonomi yang menjerat umat Islam yang dipersembahkan 2 minggu lalu. Artikel itu menceritakan secara ringkas perjalanan hari pertama acara ke-16 HIKMAH yang diadakan di Janda Baik 30-31 Januari 2016. Sekarang biar dikongsikan cerita perjalanan hari kedua, juga secara ringkas ya...


Pagi Ahad 31 Januari 2016. Acara sepatutnya dimulakan dengan sesi pembentangan ilmu pagi jam 9 tetapi dilewatkan kerana menunggu cukup ramai orang datang. Ini adalah keadaan ketika jam 10.10 pagi. Sudah ramai muncul namun kami mahu menunggu lebih ramai sebelum pembentangan dimulakan.


Sekitar 10 minit kemudian baru pembentangan bermula. Tajuknya adalah "'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu" oleh tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, pelajar pasca siswazah daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Lihat artikel HIKMAH Janda Baik - Ragam pagi Ahad dan ilmu senjata api Melayu di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Sejurus sebelum jam 11 pembentangan kedua pula dimulakan...


Atas sebab tertentu, penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas yang sepatutnya membuka sesi pembentangan tengah hari naik ke pentas lebih awal. Beliau membawa tajuk "Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran" adalah pembentang ketiga hari Ahad. Lihat HIKMAH Janda Baik - Belajar daripada alam di menara gading kehidupan.


Sebagai pertukaran, tuan Mohd. Ramalan Yunus yang asalnya adalah pembentang kedua sesi pagi mengganti untuk membuka sesi tengah hari. Beliau membawa tajuk "Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia?". Lihat HIKMAH Janda Baik - Survival Umat Melayu Akhir Zaman.



Ketika itu anak-anak daripada sekolah agama berdekatan, anak-anak yang telah memeriahkan sesi Maulud pagi Sabtu telah ramai berada di lokasi terutama di kawasan memanah. Rujuk HIKMAH Janda Baik - Gema Maulud yang tak disangka, pembukaan yang sangat memberangsangkan..


Sesi pembentangan masuk bab yang lebih mendalam dan mencabar pemahaman apabila tuan Kamaludin Endol, mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang membuka tajuk "Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang" sekitar jam 12.55.


Pembentangan diteruskan sehinggga jam 1.40, baru majlis berehat untuk makan tengah hari dan solat Zuhur. Ini adalah 25 minit lewat daripada jadual asal. Namun masih dalam kadar yang terkawal, apabila difikirkan majlis dimulakan pagi lewat hampir satu setengah jam daripada yang dirancang. Lihat HIKMAH Janda Baik - Wahdatul Wujud sebagai teras kekuatan umat Melayu.



Sesi pembentangan petang dibuka selepas jam 3 petang menonjolkan dua orang pegawai kanan IKSIM, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, satu badan yang baru ditubuhkan secara rasmi penghujung tahun 2014 di bawah Majlis Raja-raja Melayu. Ketua pegawai eksekutif IKSIM Dato’ Prof Mahamad Naser Disa memulakan dengan tajuk "Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam"


Felo Kanan IKSIM, Dr Mad Akbal bin Abdullah kemudian membawa tajuk "Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Fil'alam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan". Sesi ini menarik minat ramai untuk bersoal jawab dan berkongsikan pendapat. Lihat HIKMAH Janda Baik - Raja-raja sebagai pelindung dan benteng Islam juga Melayu.


Acara ditutup sebelum jam 5 petang. Disebabkan ramai dah kepenatan, sesi perbincangan berkumpulan yang dijadualkan mahu diadakan selepas rehat Asar dan minum petang dibatalkan.


Satu sesi bergambar beramai-ramai sempat diadakan. Selepas itu kami berehat santai sambil menikmati apa yang terdapat di taman indah atas kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Lihat HIKMAH Janda Baik - Akhirnya, santai petang Ahad. Tamatlah cerita ringkas sekitar perjalanan acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik 30-31 Jan.


Tiada ulasan: