Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Februari 13, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bersama rombongan dari Malaysia ke Pagaruyung

Berbalik pada cerita perjalanan di tengah Sumatera 25 Januari - 1 Februari. Bersambung daripada artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bertapak di Padang.


Pagi Khamis 26 Januari 2017. Setelah menginap satu malam di sebuah hotel kecil di pusat bandar raya Padang kami harus bergerak kembali ke lapangan terbang.


Kami pergi menggunakan teksi sama yang menghantar dari lapangan terbang ke hotel petang Rabu. Kali ini saya duduk di sebelah pemandu lalu dapat mengambil gambar persekitaran dalam keadaan lebih jelas. Lihat artikel From Padang back to the airport di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami perlu ke lapangan terbang untuk bersama satu rombongan lebih besar dari Malaysia yang dijadualkan tiba jam 8 pagi itu waktu tempatan dari KLIA. Rombongan mahu bergetak ke Pagaruyung, pusat pemerintahan tradisional dunia Minang yang terletak sekitar 100 km ke timur-laut lapangan terbang sedangkan kota Padang terletak 30 km ke selatan. Maka itu mereka tidak akan singgah langsung ke Padang, kami pula yang harus bergerak ke lapangan untuk bersama mereka. Sebetulnya kami berlima yang datang sehari lebih awal adalah sebahagian daripada rombongan 27 orang (kalau tak salah ingatan) yang mahu pergi ke Pagaruyung untuk bersilaturahim dengan kerabat diraja sana juga melawat tempat-tempat bersejarah. 



Pada mulanya saya sahaja diletakkan sampai awal kerana lambat membuat tempahan untuk bersama rombongan lalu harga tiket penerbangan untuk tarikh berlepas bersama iaitu pagi 26 Januari telah naik mendadak, tinggal tiket untuk hari sebelumnya masih murah. Tengok-tengok empat orang lagi diletakkan dalam penerbangan sama dengan saya. Sebabnya ada sedikit salah faham komunikasi sehingga orang yang dipertanggungjawabkan membeli tiket membuat tempahan awal buat mereka. Apapun, rancangan untuk mengadakan rombongan ke Pagaruyung ini telah diwar-warkan oleh seorang sahabat aktivis kebudayaan Melayu sejak awal tahun lepas. Saya teringin hendak pergi tetapi tidak ada bajet. Tengok-tengok, tanpa dipinta seorang sahabat lain menawarkan untuk menampung segala perbelanjaan malah memberi wang belanja tambahan. Itu yang saya masuk lambat...



Setelah selesai segala urusan di lapangan terbang kami menaiki sebuah bas sewa.


Sekitar jam 9.05 baru meninggalkan lapangan terbang.


Dalam perjalanan kami boleh melihat Gunung Merapi yang menjadi kemegahan dan kebanggan orang Minangkabau. Gunung ini berdiri kukuh pada ketinggian lebih 9,000 kaki dari paras laut, gunung tertinggi di alam Minangkabau. Katanya ia tempat asal raja-raja Minangkabau dan rakyat turun sebelum menyebar ke tempat lain.


Selepas beberapa lama melalui dataran rendah bas mula mendaki jalan berliku untuk masuk ke kawasan tanah tinggi menghampiri pusat pemerintahan tradisional alam Minangkabau di Pagaruyung dan Tanah Datar. Lihat artikel From airport to Padang Panjang diikuti Padang Panjang to Tanah Datar and Sungai Tarab.


Hampir ke destinasi kami singgah di masjid ini untuk bersolat juga bertukar pakaian. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Ma'mur, Tiga Batur di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Beginilah pakaian saya hari itu...


Bersama beberapa ahli rombongan yang telah siap memakai busana tradisional Melayu.


Kami berpakaian adat untuk menziarahi seorang ahli kerabat diraja Pagaruyung yang dikenali sebagai Sultan Taufik. Dari masjid kami menaiki bas ke hadapan sedikit lalu sampai ke sebuah rumah besar milik beliau. 


Walaupun Pagaruyung dan dunia Minangkabau tidak lagi secara rasmi memiliki seorang sultan kerana terletak di dalam kekuasaan Republik Indonesia, jawatan tersebut masih diangkat dalam masyarakat sekurang-kurangnya sebagai sebagai ketua adat dan simbol rakyat Minangkabau.


Kelihatan dalam gambar Sultan Taufik berbaju Melayu oren. Beliau dinyatakan sebagai pemegang jawatan Daulat Pagaruyung iaitu raja bagi semua orang Minangkabau dan wilayah cakupannya. Namun saya difahamkan ada pihak lain menuntut jawatan yang sama. Kedudukan Sultan Taufik pula belum betul-betul dikukuhkan menurut adat istiadat penuh kerana belum ada penerimaan sebulat suara semua pihak yang terlibat lagi mampu memuktamadkan perkara. 

Oleh itu harus ditegaskan kedatangan saya dan penyertaan dalam rombongan ke kediaman kerabat diraja Pagaruyung ini adalah sebagai seorang anak Melayu yang mahu bersilaturrahim sahaja, mungkin tidak sama dengan tujuan lain-lain ahli rombongan yang ramai berbangga sebagai anak Minang. Pada beberapa orang mereka, silaturrahim dengan Sultan Taufik adalah kemuncak pada kedatangan rombongan. Tidak bagi saya yang berketurunan Aceh, datang sini dengan niat utama mahu menjejak tempat-tempat bersejarah. 



Apapun kami telah disambut dan dijamu dengan baik seolah-olah kami tetamu istimewa istana walau tidak semewah kalau mendapat sambutan istana-istana di Malaysia. Lihat artikel Visit to the house of Sultan Taufik, the person said to hold the title of Daulat Pagaruyung.


Selesai itu baru kami mula menjejak tempat-tempat bersejarah.


Mula-mula ke kawasan pemakaman raja-raja Pagaruyung. Lihat  Ustano Rajo Alam.


Kemudian ke satu batu istimewa di sebelah kawasan makam, batu di mana watak terkenal sejarah lama Malaysia bernama Raja Melewar pernah diuji sebelum dihantar menjadi raja di Negeri Sembilan 300 tahun lalu. Lihat Batu (Stone of) Kasur.


Seterusnya kami dibawa ke istana ini.


Kami diberitahu ia tidak dibuka kepada umum. Kami dibawa masuk sebagai tetamu istimewa Sultan Taufik. Lihat Istano (Palace of) Silinduang Bulan.


Dari istana kami diajak berjalan kaki ke satu lagi kawasan pemakaman. Lihat Makam (Tomb of) Tuan Gadih.


Selepas itu baru bergerak dengan bas ke istana besar yang sering dikunjungi ramai apabila sampai ke Pagaruyung.



Selamat datang ke Istano Basa Pagaruyung...





Ketika orang lain masih sibuk bergambar di halaman istana saya terus berkejar seorang diri masuk ke dalam. Lihat artikel Istano Basa Pagaruyung.



Saya juga mengambil kesempatan untuk melihat bahagian atas istana. Lihat Bahagian atas (Upper parts of) Istano Basa Pagaruyung


Dapatlah berehat lama menikmat pemandangan di tingkat kedua istana juga tingkat ketiga merangkap paling atas. Lihat Views from the upper floors of Istano Basa Pagaruyung

Yang dapat saya lihat tak sampai 10 orang ahli rombongan kami sempat masuk ke dalam istana kerana tidak lama kemudian ia ditutup kerana sudah lewat petang, Kalau tak salah cuma saya seorang sahaja sempat naik ke atas. Yang pasti ketika berada di tingkat kedua kemudian tingkat ketiga tidak ada orang lain kecuali seorang tua yang naik kemudian untuk memberitahu istana merangkap muzium ini akan ditutup beberapa minit lagi. Akhir sekali saya melihat gudang simpan beras bersaiz raksaksa di halaman istana. 


Untuk pengetahun adalah menjadi kebiasaan rumah-rumah tradisional dunia Minangkabau memiliki gudang sebegini. Cuma tidaklah sebesar yang di istana. Lihat Gudang beras (Rice store of) Istano Baso Pagaruyung.



Masuk waktu Maghrib kami bergerak ke Bukit Tinggi, sekitar 50 km ke barat laut. Di situ kami berehat dan menginap di sebuah hotel. Malam itu malam Jumaat. Siang nanti kami dijadualkan melawat beberapa lagi tempat bersejarah di sekitar Pagaruyung...


Tiada ulasan: