Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 01, 2016

Forum di KUIM dan persekitaran Kuala Sungai Baru

Malam ini sudah masuk 1 Muharram iaitu hari pertama tahun baru 1438 Hijriah. Biar disambung lagi cerita aktiviti Sabtu lalu hingga Rabu. Bersambung daripada artikel Tok Temong dan dua Sheikh di Kuala Kangsar.


Dari Kuala Kangsar saya dihantar kawan kembali ke rumah lalu sampai hampir tengah malam. Siang Isnin berikutnya, setelah mendapat sedikit rehat saya menulis artikel Jika Nabi Adam turun 6,000 tahun Sebelum Masihi siapakah orang Melayu purba yang katanya sudah wujud 60,000 tahun lalu? di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) untuk menutup siri cerita tentang pembentangan pada acara terbaru HIKMAH. Lihat Acara ketujuh belas HIKMAH di Seremban 17 Sept 2016. Selepas itu menulis artikel  Menyahut panggilan Linggi - Berkongsi ilmu sambil menurut gerak terbaru di blogspot ini untuk memberitahu rancangan aktiviti 2-3 hari seterusnya. Selesai semua itu baru keluar rumah untuk memenuhi rancangan...


Memandu sendirian menuju ke arah Linggi saya keluar sebentar daripada laluan untuk singgah di Bukit Jalil.


Ada urusan melibatkan kerja sementara saya di satu pejabat sana perlu ditutup cerita. Selesai urusan perut terasa amat lapar. Saya pun makan di restoran sebelah pejabat. 


Sekitar jam 5.30 petang gitu baru meninggalkan Bukit Jalil, Sangkut pula traffic jam sebelum dapat masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan. Bila keluar di tol Pedas/Linggi dah waktu senja...





Jam 7.40 malam gitu baru sampai ke destinasi iaitu Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Kuala Sungai Baru.


Terpampang di luar pintu gerbang kolej poster menunjukkan penglibatan saya dalam majlis di sana.


Beginilah rupa poster. Ia menunjukkan majlis berlangsung 22-29 September.


Namun penglibatan saya hanyalah untuk forum berkenaan Melayu pada hari Isnin malam Selasa 26 September. Selepas ditunjukkan homestay tempat saya bermalam saya pun mandi, solat dan berehat sebentar sebelum masuk ke dalam kawasan kolej untuk majlis...








Acara dimulakan lewat iaitu sekitar jam 9. Kelihatan pengacara sedang membuka kata-kata...


Selepas pengenalan diikuti doa selamat, saya, seorang lagi panelis jemputan dan moderator forum dijemput mengambil tempat duduk di atas pentas. Kelihatan di kanan moderator yang merupakan seorang pelajar kolej. Beliau dan beberapa orang ahli jawatankuasa majlis memakai busana tradisional Melayu penuh. Cuma mereka tidak berkeris.


Saya diberitahu mereka berpakaian begitu setelah mendapat tahu saya akan datang berbusana penuh untuk forum. Katanya mereka baru sahaja mula mencuba berpakaian begitu apabila majlis secara keseluruhannya bermula pada hari Khamis 22 September. Itupun di gelanggang silat, belum berani di hadapan umum. Oh. Sebetulnya penulisan artikel ini sedikit terganggu kerana ketika ia dimulakan, cerita filem "The Last Samurai" sedang dimainkan di kaca televisyen. 

Filem menarik ini memaparkan kisah seorang askar Amerika yang diupah untuk melatih tentera moden Jepun tahun 1870an melawan askar tradisional samurai yang dianggap kolot. Namun askar berpangkat kapten lakonan Tom Cruise itu kemudian berubah arah menyokong malah menjadi seorang samurai. Iniu menyedarkan maharaja Jepun supaya tidak melupakan nilai-nilai tradisional walaupun mahu mengejar kemodenan. Nampaknya ada kena mengena dengan hal kami yang berbusana Melayu cara lama ini...

Filem itu juga mengingatkan bagaimana saya pernah meluangkan masa di Medan, Indonesia awal tahun 2004 sebelum dapat masuk ke Aceh yang sedang dilanda darurat perang. Beberapa hari sebelumnya saya pernah cuba masuk ke bumi Serambi Mekah itu tapi ditahan oleh tentera di sempadan lalu disuruh berpatah balik. Pesan tentera kalau ada surat kebenaran daripada pihak berkuasa baru boleh masuk. Biar dikongsikan sedikit cerita berkaitan yang keluar dalam buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" (terbit Mei 2007)...


-------------


Dipendekkan cerita, pemuda itu berjaya mendapatkan sekeping surat dengan cop Kedutaan Besar Malaysia di Medan. Isinya ringkas, tidak sampai tiga baris... Bunyinya lebih kurang begini: “Disahkan bahawa ...., kad pengenalan nombor ..... dengan paspot antarabangsa Malaysia bernombor .... telah melaporkan diri di Kedutaan Malaysia pada tarikh … Sila berikan kerjasama”, ditandatangani pegawai itu. Tidak ada tulisan melarang atau mengizinkannya masuk ke Aceh. Tidak ada akuan menyatakan pihak kedutaan tahu tentang rancangannya hendak ke sana. Cukuplah…

Setelah mengucapkan terimakasih, Rasyid pun bergegas keluar. Hari itu hari Khamis, terfikir juga hendak bermalam Jumaat di Aceh. Tetapi perjalanan daripada Medan biasnya memakan masa lebih dua jam dan hari sudah petang sedangkan dia belum tentu dapat masuk ke Aceh.  Kalau kena tahan dan tersangkut lagi di sempadan, ke mana pula hendak merempat nanti? Takkanlah hendak pergi ke Pengkalan Brandan lagi malam-malam? Hmm... Lebih baik bersiar-siar santai di Medan, melihat aktiviti di pusat bandar. Sampai di sebuah pusat membeli-belah, sempat pula menonton wayang cerita “The Last Samurai” lakonan Tom Cruise...  Kemudian barulah terjumpa sebuah masjid lama yang boleh dibuat tempat bermalam.


Selesai tayangan filem di kaca televisyen baru saya dapat memberikan tumpuan penuh pada penulisan artikel ini. Ke kiri adalah panelis kedua saudara Mohd Salleh Mazukhi. Beliau dipanggil atas saranan seorang sahabat yang rajin mengikuti penulisan orang-orang seperti ini di Internet. Mazukhi memiliki pengetahuan yang luas tentang ilmu pelayaran Melayu, pasang surut laut, cara membaca arah perjalanan menurut bintang, menjangka pergerakan angin dan sebagainya.



Gambar-gambar seterusnya dalam majlis diambil daripada Facebook saudara Mazukhi, kawan-kawannya yang ambilkan, Beliau memberitahu turut membawa cucu selain isteri. Saya pula yang datang seorang diri kerana isteri bekerja dan anak-anak bersekolah.


Format forum ini adalah moderator bertanya soalan lalu panelis menjawab. Saya banyak berkata tentang Melayu dan Islam, Mazukhi dah tentu tentang pelayaran. Selepas beberapa lama sesi soal jawab pun dibuka kepada umum. Kelihatan seorang pelajar bertanya kepada saya tentang cerita dalam Hikayat Raja-raja Pasai yang menyebut bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemunculan kerajaan bernama Samudera, apakah ia hadis sahih atau bagaimana? Jawab saya, memang sabda ini tidak dicatatkan dalam mana-mana kitab hadis yang dianggap sahih. Namun saya percaya ia adalah hadis yang benar lalu memberikan alasan bagaimana sesetengah hadis boleh hilang daripada pengetahuan umum akibat pergolakan merebut kuasa di Timur Tengah.


Bergambar bersama ahli jawatankuasa majlis selepas forum tamat,,,









Tengah malam baru saya kembali ke homestay untuk berehat. Beginilah rupanya apabila dilihat siangnya pagi Selasa.


Bangunan rumah kampung di sebelah, Bahagian belakangnya adalah bangunan batu moden. Saya dapat melihat beberapa rumah di sekitar dibuat sebegitu rupa.


Kawasan ini terletak di tepi pantai menghadap Selat Melaka. Lihat artikel The waters off a village at Kuala Sungai Baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Menyusuri jalan tepian pantai untuk mencari kedai makan terlihat pokok besar ini.


Saya tidak dapat menahan diri daripada memanjat naik ke satu dahan. Zaman budak-budak dahulu memang saya gila panjat-memanjat. 


Pencarian kedai makan membawa saya ke lokasi tepat yang menjadi punca nama tempat iaitu Kuala Sungai Baru. Lihat The estuary that gave rise to the name Kuala Sungai Baru,



Selesai sarapan saya pergi ke KUIM untuk melihat keadaan dan rupanya waktu siang.


Singgahlah ke masjidnya yang boleh tahan menarik. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Ilmi, KUIM di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Tiada ulasan: