Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, September 29, 2016

Kitab Dalail Khairat, majlis 'Kesultanan Melaka' dan konsert rock - Mukadimah sebelum ke Bukit Chandan?

Petang Isnin 3 hari lalu saya telah membuat artikel bertajuk Menyahut panggilan Linggi - Berkongsi ilmu sambil menurut gerak terbaru lalu memberitahu bahawa tengah malam sebelum itu saya baru sahaja kembali daripada satu perjalanan di Kuala Kangsar. Turut diberitahu, selepas selesai menulis artikel tersebut saya harus berkejar ke Linggi pula lalu berada di sekitar sana sehingga hari Rabu. Sekarang urusan saya di situ sudah selesai biarlah cerita mula dikongsikan sebelum datang lagi beberapa urusan dalam masa terdekat. Biar dimulakan dengan apa yang terkait dengan perjalanan ke Kuala Kangsar...


Perjalanan ke Kangsar dibuat demi memenuhi permintaan seorang sahabat yang mahu menurut satu alamat berbentuk bayangan yang didapatinya ketika kami bertahlil di hadapan makam wali Allah Terengganu abad ke-19 iaitu Tokku Paloh awal bulan September. Rujuk artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Hol almarhum Tokku Paloh dan Syahadah Tokku. Sebelum mendapat permintaan tersebut isteri saya telah mengatur agar kami menghadiri satu majlis di Muzium Kesenian Islam di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pagi Sabtu 24 September itu. Sampai masanya kami pun bertolak ke sana...


Ia adalah majlis syarahan dan bacaan kitab Dalail Khairat, diadakan oleh satu persatuan pengamal Tariqat Shadziliah di Malaysia. Namun gurunya, orang yang kelihatan bersyarah di atas pentas adalah seorang keturunan Nabi Muhammad SAW yang menetap di Madinah.


Syarahan dibuat dalam bahasa Arab dengan setiap ayat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh seorang anak tempatan. Selepas itu hadirin diajak mengalun-alunkan pujian terhadap Allah dan Rasul yang terdapat dalam kitab. Lihat artikel Lecture and recital of the Dalail Khairat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sayangnya saya dan keluarga tidak boleh mengikut majlis sampai tamat. Kami perlu berkejar ke pusat bandar raya KL untuk majlis lain.


Ia adalah satu majlis perkahwinan yang bertemakan zaman kegemilangan Kesultanan Melaka. Lihat Melaka Sultanate theme wedding at mid KL Kalau tidak kerana menghadiri majlis Dalail Khairat, besar kemungkinan kami tidak ke majlis perkahwinan ini. Besar kemungkinan saya telah bertolak ke Kuala Kangsar bersama kawan Jumaat malam Sabtu.


Lokasi majlis perkahwinan pula terletak berdekatan dengan kawasan membeli-belah Masjid India dan   Jalan Tuanku Abdul Rahman. Alang-alang sudah berada di sekitar itu isteri mengambil peluang untuk mencari dan membeli kain juga songket untuk memenuh tempahan busana tradisional Melayu di bawah jenama milik isteri. Lihat blogspot Bona Fida.


Kebetulan juga ketika itu satu pesta buku sedang berlangsung di pusat membeli-belah Sogo.


Kami dapat tahu, syarikat penerbitan Hijjaz Record Publishing yang menerbitkan buku-buku terbaru saya ada membuka gerai. Kami pun singgah...


Nah. Nampak tak yang mana buku-buku saya? Sila lihat artikel-artikel berkaitan...


1. Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" dah keluar!

2. Kenangan Sekolah Sains Johor dalam buku "Mencari Diri dan Erti"

3. Wawancara siaran langsung" Mencari Diri dan Erti" di TV1

4. Buku "Mencari Diri dan Erti" dah masuk kedai...

5. Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya...

6. Mengambil berkat 1 Syaaban menelusuri jejak leluhur di Pesta Buku KL 2016

7.  Menelusuri Jejak Leluhur : Menyingkap Makna Wasiat Nabi



Kami meninggalkan KL selepas jam 5. Sebelum sampai ke rumah isteri menurunkan saya di tol Sungai Buaya supaya kawan yang mengajak ke Kuala Kangsar boleh mengambil saya tanpa masuk 4 km ke rumah.



Selepas beberapa lama menunggu baru dia sampai lalu kami pun bergerak ke destinasi.


Kebetulan 2-3 hari sebelum itu, pengarah filem Melayu terkenal, saudara Mamat Khalid ada menghantar Whatsapp kepada saya untuk memberitahu bahawa satu pusat kebudayaan yang dikendalikan oleh beliau akan mengadakan acara pada hari Sabtu itu. Oleh kerana pusat tersebut terletak di Tanjung Malim, dalam perjalanan ke Kuala Kangsar, saya pun mengajak kawan singgah.



Selain dapat bertemu lalu berbual lama dengan Mamat, kami 'melayan' acara iaitu sebuah konsert rock melibatkan 15 buah kumpulan kugiran. Lihat Stopping by at Tanjung Malim for a rock consert.



Akibatnya, hampir tengah malam baru sampai ke Kangsar.


Pun begitu kami tetap meluangkan masa untuk naik ke Bukit Chandan. Singgahlah ke Masjid Ubudiyah sebelum masuk ke kawasan pemakaman diraja Perak di sebelah...




Tiada ulasan: