Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, March 08, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation

Bersambung daripada artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.Sekarang bolehlah dikumpulkan pula pautan bagi cerita-cerita perjalanan di tengah Sumatera 25 Januari - 1 Februari.



Perjalanan ini tercetus apabila ada kawan mahu mengadakan rombongan silaturahim ke Pagaruyung, pusat tradisional kekuasaan dan pemerintahan Alam Minangkabau. Mereka dijadualkan melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar itu 26 - 28 Januari tetapi menginap agak jauh di Bukit Tinggi. Saya tiada bajet untuk menyertai rombongan. Tiba-tiba, tanpa dipinta mahupun ditanya seorang kawan lain yang pernah sampai ke sana menawarkan untuk menaja perjalanan. Cuma saya masuk lambat lalu untuk menjimatkan belanja tiket akibat harga naik saya diberikan penerbangan pergi sehari lebih awal iaitu pada hari Rabu 25 Februari. Ini adalah 4 hari sahaja selepas saya kembali daripada perjalanan pertama tahun 2017 daripada 12 hingga 21 Jan Cerita-cerita perjalanan tersebutlah yang dikumpulan dalam artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

Rupa-rupanya ada 4 orang lagi ahli rombongan menaiki penerbangan yang sama kerana ada sedikit silap faham antara penganjur dan pihak yang ditugaskan membeli tiket kapal terbang. Hikmahnya, selain sampai lebih cepat kami dapat bermalam di Padang, ibu kota propinsi (bersamaan negeri Sumatera Barat) sebelum bertemu ahli lain rombongan di lapangan terbang. Ini disebabkan Padang terkeluar agak jauh daripada jalur perjalanan yang boleh membawa terus ke Pagaruyung dari lapangan terbang,

Apapun seperti perjalanan 12-21 Jan yang asalnya disebabkan mahu menyertai rombongan ke Patani 13-15 Jan saya merasakan  jadual asal perjalanan di Sumatera ini iaitu 26-28 Jan tidak memadai buat diri ini. Bukan selalu dapat peluang mengembara ke luar negara. Alang-alang dah pergi jauh biarlah dipanjangkan untuk meliputi beberapa lagi lokasi. Saya pun membuat kepurusan untuk berpecah dengan rombongan apabila sampai masa untuk mereka kembali ke Malaysia. Saya meneruskan perjalanan secara backpack bersendirian menuju ke pantai timur Sumatera...



1. Flight to Padang, Sumatera

2. Minangkabau airport to Padang city

3. Masjid Agung (Great mosque of) Nurul Iman, Padang

4. Walking around Padang city centre

5. Masjid (Mosque of) Taqwa Muhammadiyah, Padang

6. Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bertapak di Padang

7.  From Padang back to the airport

8.  From airport to Padang Panjang

9. Padang Panjang to Tanah Datar and Sungai Tarab

10. Masjid (Mosque of) Ma'mur, Tiga Batur

11. Visit to the house of Sultan Taufik, the person said to hold the title of Daulat Pagaruyung




























































71. Masjid (Mosque of) Nurul Iman, Bangkinang















































No comments: