Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, May 09, 2017

Jejak Tok Bahaman di Kuantan dan keturunan Sultan Melaka di Pekan, Pahang

Salam Selasa malam Rabu 13 Syaaban. Meneruskan gerak penceritaan dengan melepaskan kisah tentang aktiviti hari-hari terakhir bulan April lepas.


Sabtu hujung minggu lalu 29 April 2017 saya, isteri dan anak-anak hadir ke satu lagi majlis perkahwinan melibatkan ahli keluarga.


Seperti di Teluk Intan 2 minggu sebelum itu dan Ampang, Kuala Lumpur seminggu kemudian perkahwinan melibatkan dua orang sepupu adik beradik. Perkahwinan di Teluk Intan 15 April (lihat Menyambung talian keluarga di Teluk Intan) melibatkan anak-anak adik perempuan kepada bapa saya, seorang laki-laki dan adik perempuannya bersanding dengan pasangan masing-masing, perkahwinan di Ampang 22 April (lihat Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Perarakan pagi Ahad) melibatkan anak-anak adik perempuan ibu saya, dua orang anak perempuan. Perkahwinan di Kuantan pula melibatkan anak-anak kepada adik lelaki ayah saya, juga dua orang anak perempuan. Terasa ia melengkapkan satu macam gerak. 


Bukan selalu kita dapat hadir 3 majlis perkahwinan pada 3 hujung minggu berturut-turut di mana setiap majlis melibatkan 2 pasangan pengantin. Gambaran pakaian saya pada hari itu... 


Selepas menghadiri majlis kami ke sebuah masjid berdekatan yang sudah lama saya hendak disinggahi pada waktu siang tetapi baru hari itu bersempatan. Lihat artikel Masjid Tanjung Api waktu siang (Tanjung Api mosque at daytime).di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sempat sekali meninjau keadaan kuala Sungai Kuantan di sebelah. Lihat artikel Day visit to Tanjung Api for clear views of Kuantan river mouth di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan dengan menyeberangi Sungai Kuantan. Lihat Quick look of Kuantan river from the town bridge.


Singgah di Kampung Peramu sekitar 3 km selepas jambatan.


Kamu mahu mencari makam seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Tok Guru Peramu.


Menurut ceritanya beliaulah Tok Bahaman yang sangat terkenal sebagai pejuang Melayu Pahang yang gigih menentang penjajahan British penghujung abad ke-19 Masihi. Cuma sejarah rasmi menyebut Tok Bahaman sudah meninggal dunia 100 tahun lalu sedangkan cerita lain menyebut beliau telah menyembunyikan identiti menetap dari tempat ke tempat memakai nama lain sehinggalah sampai ke Peramu lalu meninggal dunia tahun 1977. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Guru Peramu.


Perjalanan diteruskan ke bandar diraja Pekan sekitar 40-50 km dari Kuantan. Sampai ke satu simpang masuk jalan kampung untuk menziarahi makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan raja-raja Melaka, Sultan Muhammad Shah/Syah yang dikatakan memerintah tahun 1470-1475. 


Baginda adalah anakanda kepada Sultan Mansur Syah Melaka. Keadaan makam serupa sahaja dengan apa yang saya lihat ketika pertama kali sampai 9 tahun lalu. Rujuk artikel lama Makam (tomb of) Sultan Muhammad Shah, Pahang.... juga Sudah ke Kuantan tapi kembali lagi ke Pekan kerana ada tempat-tempat yang tertinggal....


Sebelum sampai ke makam saya ada terlihat simpang menunju ke tempat bernama Ganchong. Selepas ziarah makam terasa hendak ke sana melihat apa yang ada. Kelihatanlah satu pemandangan indah Sungai Pahang. Lihat Sungai Pahang from Ganchong water plant


Sampai ke Pekan pula kami terus menuju ke kawasan pemakaman lama yang dikenali sebagai Makam Chondong. Ia mengandungi makam Sultan terakhir Pahang daripada keturunan raja-raja Melaka iaitu Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin (memerintah 1592-1614). Inilah raja yang ada ditunjuk dalam filem Queens of Langkasuka pandai menembak menggunakan pistol kemudian mengahwini Ratu Ungu (sebenarnya raja ke-3 perempuan Patani bukan Langkasuka yang wujud beratus tahun lebih awal). Baru kali ini saya dapat cam yang manakah makam baginda yang manakah juga makam anakanda baginda Raja Muda Abdullah yang mengahwini seorang puteri Perak (dari keturunan raja Melaka juga). Lihat Lawatan baru ke Makam Chondong (New visit to Makam Chondong).


Ini diikuti ziarah ke satu kawasan pemakaman yang dikenali sebagai Ziarat Raja Raden. Ia juga mengandungi makam-makam kerabat Pahang daripada keturunan raja Melaka. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Ziarat Raja Raden. Hari itu ada satu lagi makam di Pekan kami ziarahi tetapi bukan daripada keturunan raja-raja Melaka sebaliknya keturunan raja Bugis/Makassar. Beliau adalah satu tokoh yang datang ke Pahang abad ke-18. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Karaeng Haji Tok Tuan

Ketika itu Pahang sudah disatukan bawah pemerintahan Empayar Johor-Riau-Lingga. Keluarga Bendahara Johor yang berasal daripada keluarga Bendahara Melaka pula naik menjadi raja sejak tahun 1699. Satu cabang keluarga ini terus memegang jawatan sebagai Bendahara lalu diberi kekuasaan ke atas Pahang. Bendahara daripada cabang inilah yang mengisytiharkan  diri sebagai Sultan Pahang penghujung abad ke-19 lalu keturunannya menduduki takhta sehingga sekarang.



No comments: