Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Februari 10, 2017

Misi jejak Aceh-Langkasuka - Sedikit masa di Hatyai sebelum kembali ke tanah air

Salam petang Jumaat. Kembali pada cerita perjalanan 12-21 Januari yang meliputi sebahagian daripada selatan Thailand. Bersambung daripada artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka : Berjalan kaki melihat Songkhla sebelum menyambung perkara di Hatyai.


Pagi Rabu 17 Januari 2017. Hari ke-6 perjalanan. Selepas puas berehat di bilik hotel saya mencari sudut yang baik untuk melihat pemandangan bandar raya Hatyai.


Daripada luar tingkap tingkat tertinggi hotel saya dapat melihat pemandangan sekeliling yang cukup meluas. Lihat artikel Hatyai from top floor of a hotel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas puas melihat pemandangan dari luar tingkap saya pun menunggu lif untuk turun ke bawah. Terlihat pula anak-anak tangga naik ke atas dari sebelah lif. Tengok-tengok ia membawa ke bumbung hotel. Saya pun naik lalu mendapati pemandangan sekeliling yang lebih terserlah. Lihat Hatyai from rooftop of a hotel.


Jam 8.22 pagi baru keluar hotel untuk mencari sarapan pagi.



Saya berjalan kaki sekitar 200 meter ke stesyen kereta api, Daripada lawatan-lawatan terdahulu ke Hatyai yang berlaku Mei 2010 diikuti Ogos tahun sama, saya tahu ada 2-3 kedai makan orang Islam di hadapan stesyen lalu bersarapan di sana.



Selain bersarapan saya memang mahu ke stesyen untuk melihat jadual perjalanan kereta api. Saya masih berkira- kira hendak menaiki apa apabila mahu kembali ke Malaysia nanti. Lihat Hatyai train station after 7 years.



Selesai itu saya menyambung berjalan kaki melihat pusat bandar raya Hatyai.


Terlihat pula bangunan ini.





Ada nombor 131 yang membawa makna "home sweet home" atau "rumahku syurgaku" buat saya dan isteri...


Jam 1 petang saya pergi menaiki kereta api. Oh, tadi tak beritahu. Semasa meninggalkan stesyen kereta api waktu pagi saya masih lagi 50-50 samada nak naik kenderaan itu atau ambil kenderaan lain, mungkin bas, mungkin van untuk kembali ke Malaysia. Bila dah check-out dari hotel baru terasa pasti... kerana waktu kereta api dijadualkan berlepas iaitu 1 petang kira ngam-ngam dengan mood yang timbul ketika itu mahu meninggalkan Hatyai, dah malas hendak berjalan-jalan lagi di negara Thailand. 



Saya sudah cukup penat sedangkan barangan yang dibawa untuk ke sana ke mari mengembara cukup lasak sudah terasa agak membebankan Beginilah keadaan salah satu bag saya. Dalam perjalanan ini tali-tali beg sudah beberapa kali putus. Saya ikat balik selagi dapat. Lhat gambar-gambar perjalanan naik kereta api dalam artikel Train ride from Hatyai to Padang Besar.


Sekitar sejam kemudian sampailah ke sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar lalu perkhidmatan kereta api dari Hatyai tamat di stesyen sini. Dahulu kita boleh naik kereta api sampai ke Kuala Lumpur, turun di sini setakat untuk pemeriksaan paspot, imigresyen dan kastam. Tetapi sejak projek landasan eletrik berkembar hingga ke KL siap sekitar setahun lalu kita perlu bertukar menaiki kereta api KTM yang lebih moden untuk menyambung perjalanan ke selatan.


Di stesyen berlaku satu insiden apabila keris peribadi kesayangan saya nyaris-nyaris dirampas kastam atas alasan saya mungkin cuba membawa masuk tanpa kebenaran barangan antik yang dibeli dari Thailand. Nasib baik penampilan saya yang kelihatan seperti orang seni lagi berpakaian orang silat walau tak bertanjak dapat membantu penjelasan bahawa saya membawa keris milik sendiri masuk melalui Kelantan untuk menghadiri acara di Patani dapat diterima. Kalau tidak boleh menangis tak berlagu wooo. Keris saya bukan keris sembarangan, Rujuk artikel-artikel berikut :-








Selesai urusan di stesyen saya berjalan kaki ke Padang Besar. Walaupun lebih mudah menyambung perjalanan dengan menaiki kereta api saya memilih untuk menaiki bas pula, Ini kerana saya merasakan perlu menjejakkan kaki di Kangar. Kalau dengan kereta api tidak ada perkhidmatan ke sana, yang ada adalah terus ke Arau. Dari stesyen saya berjalan kaki 600 meter sampai ke perhentian bas. Sementara menunggu bas saya meninjau keadaaan pekan Padang Besar. Lihat  Looking at the Malaysian side of Padang Besar.


Bas sampai selepas 45 minit menunggu, Laluan yang digunakan agak menarik. Lihat Bus ride from Padang Besar to Kangar
,

Saya singgah di Kangar hanya untuk 5-10 minit sahaja. Ini kerana dalam perjalanan dari Padang Besar saya berkenalan dengan seorang pensyarah berumur yang rupa-rupanya berasal dari Muar, daerah kelahiran saya. Kebetulan beliau menghala ke Arau, destinasi saya selepas Kangar. Sampai sahaja di stesyen bas Kangar beliau ternampak bas ke Arau akan bergerak tidak lama lagi. Kami berhenti di ibu negeri Perlis itu setakat sempat minum petang kemudian berkejar naik bas. Apabila hamba Allah ini tergerak untuk mengambil gambar, saya pun memakai tanjak dan menyelitkan keris di sisi.


Beliau turun sekitar 5 km sebelum Arau. Hampir ke bandar diraja terlihat masjid negeri lalu saya mengambil gambar.


Tengok-tengok bas menamatkan perjalanan di perhentian belakang masjid. Kalau tidak, belum tentu lagi saya akan singgah,



Saya pun masuk ke masjid lalu menunaikan solat.


Selepas mandi saya menziarahi makam diraja Perlis di seberang masjid.


Saya turut menziarahi kawasan pemakaman diraja lama di sebelah lalu mendapati masjid lama di situ sudah diperbaiki cantik. Lihat artikel Rupa baru masjid lama Arau (New look of the old mosque of Arau) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kembali ke masjid diraja pada waktu Maghrib.


Malam selepas masuk waktu Isyak saya berkejar ke stesyen kereta api yang terletak tidak jauh di belakang masjid. Rancangnya mahu ke Alor Setar bermalam di sana kemudian singgah di Ipoh sebelum kembali ke rumah. Tetapi berlaku sesuatu yang menyebabkan saya terasa harus memanjangkan perjalanan sehingga akhirnya meliputi waktu tambahani 3 malam di perantauan. Nanti diceritakan pada artikel sambungan.


Tiada ulasan: