Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, September 09, 2017

Cameron-Ipoh-Kuale : Dari pergunungan Pahang membawa 'rasa' ke Perak

Hari ini Sabtu 9 September 2017 berlaku suatu perkara yang istimewa. Nanti akan disebut. Buat masa ini cukuplah dinyatakan sesuailah penceritaan untuk hari ini disambung daripada artikel Ke Cameron Highlands setelah lebih 4 tahun yang dibuat semalam.


Pagi Ahad 27 Ogos 2017. Selepas menginap di rumah saudara di Tanah Rata kami pun mengorak langkah meninggalkan pekan tersebut menuju ke arah utara.





Sampai di pekan Brinchang ada kesesakan jalan. Nampaknya sistem jalan di sini sudah berubah. Bahagian-bahagian tertentu dijadikan jalan sehala dan pada saya ini agak mengelirukan.


Beberapa kilometer ke hadapan baru kami berhenti untuk membeli sedikit sayuran dan strawberry. Seingat saya itulah kedai pertama barangan segar yang kami temui terletak di kiri jalan sejak meninggalkan Tanah Rata. Yang lain semua kena seberang jalan ke kanan...


Perjalanan ke arah utara diteruskan sampai ke simpang Ipoh-Gua Musang.


Kami membelok ke kanan untuk turun kawasan pergunungan menuju ke Ipoh. Lihat artikel The mountain road to Simpang Pulai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai di selatan bandar raya Ipoh kami terus menuju ke Taman Botani untuk melihat perkembangan pembinaan kembali masjid lama yang kelihatan.


Cerita tentang masjid boleh dilihat dalam artikel Masjid Teluk Memali hampir siap di lokasi baru (Teluk Memali mosque almost completed at new location), Ipoh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Artikel tersebut dibuat berdasarkan lawatan terdahulu penghujung April.



Seterusnya kami masuk ke pusat bandar raya Ipoh lalu menuju ke satu lagi masjid lama iaitu Masjid Panglima Kinta.



Di sini kami bertemu dengan seorang kenalan Facebook yang terkait dengan keluarga saya sebelah bapa. Kami anak beranak bersalin pakaian untuk mengenakan busana tradisional Melayu.



Kami berpakaian begitu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang adik sepupu saya sebelah ibu. Ia diadakan di pinggir utara bandar raya Ipoh.


Majlis inilah yang menjadi asbab utama perjalanan kali ini dibuat. Persinggahan ke Cameron Highlands seperti diceritakan dalam artikel Ke Cameron Highlands setelah lebih 4 tahun berlaku dalam konteks hendak membuat perjalanan ke Ipoh bagi menghadiri majlis.


Dah alang-alang sampai ke Ipoh perjalanan dipanjangkan ke Kuala Kangsar menggunakan jalan lama melalui pekan Sungai Siput. Dari pekan kelihatan bukit meruncing ke atas menarik perhatian.


Berhenti sebentar di tepi jalan mengimbau kenangan memanjat bukit sehingga hampir ke puncak kemudian dilanda ribut petir 4 bulan sebelum itu. Rujuk ceritanya dalam artikel Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Kuala Kangsar ke Ipoh dan cabaran pendakian Bukit Singa.


Perjalanan diteruskan ke Kampung Temong untuk singgah berziarah ke makam Tok Temong.


Kemudian berpatah balik menghala ke bandar diraja Kuala Kangsar. Berhenti dahulu makan laksa kegemaran dekat Kota Lama Kanan.


Masuk waktu Asar kami bersolat di Masjid Kota Lama Kanan. Selepas solat bertafakur sebentar di batu peringatan yang menandakan tempat ghaibnya Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah ketika bersolat Jumaat hampir 500 tahun lalu.


Masuk ke bandar terus pergi ke kawasan lembah untuk berehat santai melihat aliran Sungai Perak. Lihat artikel Perak river from Kuala Kangsar promenade



Selepas itu baru naik ke Bukit Chandan lalu masuk ke kawasan pemakaman diraja Perak untuk menzirahi makam moyang saya sebelah bapa, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Turut diziarahi makam-makam beberapa orang kerabat yang terkait dekat dengan keluarga. Sekarang baru boleh diceritakan kenapa artikel ini ada memakai tajuk "Dari pergunungan Pahang membawa 'rasa' ke Perak". Apakah 'rasa' yang dimaksudkan? Kenapa pada permulaan artikel ada disebut "Hari ini Sabtu 9 September 2017 berlaku suatu perkara yang istimewa".


OK. Adapun sehari sebelum membuat perjalanan kecil ini iaitu sebelum naik ke Cameron Highlands saya ada membuat artikel bertajuk Pengakuan Tok Guru Peramu sebagai Tok Bahaman di dada akhbar. Ketika itu dan beberapa hari seterusnya terngiang-ngiang dalam fikiran hal Tok Bahaman telah lama diisytiharkan mati oleh British penghujung abad ke-19 tetapi sebenarnya hidup sampai tahun 1970an dengan memakai nama juga identiti-identiti lain. Cerita yang sama berlaku pada rakan seperjuangan beliau di Pahang iaitu Mat Kilau. Beliau juga diisytiharkan telah mati sekitar tempoh masa yang sama tetapi sebenarnya hidup sehingga tahun 1970. 

Daripada pihak tertentu saya difahamkan hal sama turut berlaku kepada Dato' Maharajalela yang terlibat dalam pembunuhan residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada tahun 1875. Beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan begitulah yang disaksikan ramai orang. Namun ada memberitahu beliau sebenarnya meninggal dunia tahun 1959. Katanya, Dato' Maharajela yang nama batang tubuhnya adalah Pandak Lam sempat hidup lama secara aman tanpa diketahui identiti sebenar di Kuala Kangsar.

Dalam keadaan perkara ini semua terngiang-ngiang dalam kepalalah saya ke Cameron Highlands mendaki dengan kereta melalui Tapah yang terletak di negeri Perak sampai ke kawasan pergunungan yang terletak di dalam negeri Pahang. Daripada kawasan Cameron itu terdapat beberapa anak sungai turun ke arah timur untuk membentuk Sungai Jelai juga Sungai Lipis di Pahang. Sungai Lipis sendiri mengalir ke dalam Sungai Jelai yang ke hilir lagi bergabung dengan Sungai Tembeling lalu membentuk Sungai Pahang. Ke hilir lagi adalah kawasan-kawasan yang terkait dengan Mat Kilau dan Tok Bahaman. Jadi 'rasa' itulah yang saya bapa ketika naik ke kawasan pergununan.

'Rasa' tersebut dibawa turun pula ke Ipoh kemudian ke Kuala Kangsar. Sebetulnya daripada Cameron Highlands juga terdapat beberapa anak sungai turun ke arah barat membentuk sungai-sungai lain yang airnya membentuk aliran Sungai Perak. Berziarah pula ke makam moyang, Laksamana Muhammad Amin yang turut terkait dalam pembunuhan Birch, tetapi lebih pada perancangan balik tabir bersama saudara sekerabatnya Sultan Abdullah yang sedang memerintah Perak zaman itu. Mereka-mereka ini hidup sezaman dengan Mat Kilai dan Tok Bahaman juga ramai lagi pejuang Tanah Melayu yang sedang gigih menentang pencerobohan penjajah British ketika itu.

Adapun Muhammad Amin, Sultan Abdullah dan beberapa orang lagi pejuang Perak dibuang negeri ke Pulau Seychelles pada tahun 1874. Sultan Abdullah kemudian diberi kebenaran balik ke Perak di mana beliau mangkat tahun 1922 sedangkan Muhammad Amin meninggal dunia lalu dimakamkan di Singapura tahun 1908. Pada 9 September 2006 iaitu lebih 100 tahun kemudian baru tinggalan jenazah Muhammad Amin dibawa kembali ke Perak. Ini dilakukan menggunakan kapal perang tentera laut Malaysia, KD Laksamana Muhammad Amin lalu tinggalan jenazah dimakamkan semula beberapa kaki sahaja daripada makam Sultan Abdullah. 

Hari ini pula adalah 9 September 2017, tepat 11 tahun setelah peristiwa pengkebumian kembali berlaku di kawasan pemakaman diraja di Bukit Chandan. Tarikh 9 September juga telah diisytiharkan sebagai hari keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia iaitu Sultan Muhammad V dari Kelantan. Ini adalah hari keputeraan pertama setelah baginda disytiharkan sebagai Agong penghujung tahun lepas. Maka berlakulah suatu yang istimewa iaitu majlis adat istiadat berkenaan di Istana Negara tadi. 

Sebetulnya sambil menulis artikel ini dan artikel-artikel sokongan saya sempat menyaksikan majlis dipaparkan di kaca televisyen daripada jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semoga segala yang berlaku ini membawa petanda baik kepada umat Melayu dan Islam akhir zaman...


Tiada ulasan: