Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, May 17, 2016

'Menimbang' air Sungai Pahang - Permulaan asbab perjalanan

Salam semua. Adapun pada awal artikel Car Book Sale dan acara Singgah Santai di Perpustakaan Negara yang dipersembahkan Ahad lalu ada disebut tentang perjalanan 3 hari 3 malam yang dibuat di Pahang baru-baru ini. Sekarang boleh dimulakan cerita perjalanan. Turut diceritakan sebab musabab perjalanan dibuat. Sesungguhnya banyak perkara yang tak disangka terlibat untuk membawa kepada pengembaraan kali ini...


Perjalanan dimulakan Selasa malam 10 Mei 2016 atas beberapa sebab. Antaranya adalah pertemuan dengan beberapa orang kawan lama satu kolej yang diadakan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan seorang kawan bertanya tentang buku terbaru saya yang baru sahaja keluar dari kilang petang Khamis sebelum itu lalu mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa KL 2016 keesokan harinya. Lihat artikel Mengambil berkat 1 Syaaban menelusuri jejak leluhur di Pesta Buku KL 2016 dan Menelusuri Jejak Leluhur : Menyingkap Makna Wasiat Nabi.


Nasib baik saya ada sejumlah naskah percuma yang diterima ketika bertandang di pesta buku Ahad 2 hari sebelum itu, Terus beberapa naskah dibeli oleh kawan walhal tak terfikir pun saya untuk menjual buku ketika itu. Apapun, saya juga ada membawa beberapa buah lagi naskah dalam kereta, naskah-naskah yang diambil di stor penerbit iaitu Hijjaz Record Publishing (HRP) di Kota Damansara petang Selasa itu. Asalnya memang saya tidak bercadang untuk menjual walau senaskah pun buku terbaru ini. Saya mahu membiarkan sahaja penerbit melakukan semuanya. Tetapi apabila mendapat panggilan daripada pihak Perpustakaan Negara agar menyertai acara Car Book Sale yang mahu diadakan pada hari Sabtu 14 Mei, saya merasakan perlu mendapatkan stok buku. Kalau tidak saya cuma ada 3 tajuk dalam simpanan di rumah. Tak bestlah pergi buat jualan umum berbekalkan 3 tajuk buku sahaja...


Kalau ikutkan saya pun sudah malas hendak menyertai acara Car Book Sale atau mana-mana acara seumpama itu Saya dah malas hendak menjual buku, saya hendak memberikan tumpuan penuh kepada penulisan dan beberapa hal lain, antaranya projek dokumentari"Daulah Melayu" dan aktiviti busana dan kedaulatan Melayu. Tetapi bila mengingatkan bahawa perpustakaan telah banyak kali menghubungi untuk mengajak menyertai acara Car Book Sale dan saya sudah menolak beberapa kali kerana komitmen lain (selain dah malas nak buat jualan umum) saya pun bersetuju. Kebetulan Selasa itu saya ada mesyuarat produksi "Daulah Melayu" di pejabat kami di Kota Damanasara, mesyuarat yang diadakan 2 minggu sekali. Pejabat dan stor HRP pula tak jauh dah daripada pejabat "Daulah Melayu". Tu yang sekali keluar saya terus ambik sekali stok buku.


Sesungguhnya banyak perkara yang kelihatan tidak terkait seperti 'berkonspirasi' untuk membentuk perjalanan ke Pahang kali ini. Pada asasnya, perjalanan dibuat kerana saya menerima undangan untuk menghadiri satu seminar di Kuala Lipis yang dijadualkan berlangsung pagi Khamis 12 Mei. Kalau ikutkan mood saya ketika itu malas nak berjalan kecuali di sekitar Lembah Klang, Tetapi apabila terlihat nama seorang cendekiawan besar yang saya anggap sebagai guru dalam kajian sejarah tersenarai sebagai pembentang utama saya pun bersetuju.


Pun begitu, saya asalnya bercadang mahu bertolak ke Pahang pada tengah hari Rabu 11 Mei. Tapi nak dijadikan cerita. selepas kali terakhir ke Kota Damansara untuk mesyuarat "Daulah Melayu" iaitu 2 minggu sebelum perjalanan ini saya ada singgah di rumah kawan yang kelihatan dalam gambar paling atas. Letaknya di Taman Tun, tidak jauh dari pejabat Daulah. Saya mahu mengajaknya pergi ke sesi rakaman episod ke-10 Akademi Silat Pendekar Muda pada malam itu dengan menaiki satu kereta. Lihat Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat

Sebelum berlepas ke tempat rakaman, saya ada menumpang mandi dan bersolat di rumahnya. Tengok-tengok dah tertinggal tuala kat rumah tu. Jadi bila nak datang lagi ke Kota Damansara untuk mesyuarat produksi Selasa lepas saya pun merancang ke Taman Tun untuk mengambil tuala. Dah alang-alang nak ke sana saya ajak juga beberapa orang kawan lama untuk bertemu minum teh tarik sambil lepak-lepak bercerita. Mereka bersetuju tetapi kena tunggu jam 9 malam baru dapat berkumpul kerana sebelum itu masing-masing ada kerja....


Apabila isteri mendapat tahu saya mahu bertemu kawan-kawan lama jam 9 malam beliau mencadangkan agar saya terus bermalam di rumah kawan. Dia tahu kalau dah berjumpa kawan tu mahu sejam dua kami akan berborak bercerita macam-macam. Kami pun jarang berjumpa dan isteri tahu saya juga perlukan masa sesekali menjadi seperti orang bujang. Jadi tak payahlah susah-susah memandu lebih 40 km untuk balik ke rumah lewat malam sedangkan esoknya tengah hari Rabu saya harus memandu lebih 40 km lagi dari rumah ke KL sebelum dapat menghala ke Pahang. 


Kebetulan pula ketika itu saya sudah berkira-kira mahu berada di Pahang sehingga hari Jumaat. Ini kerana apabila melihat laluan yang boleh diambil untuk sampai ke Kuala Lipis saya teringat tentang Pulau Tawar di Jerantut lalu timbul rasa ingin bermalam Jumaat di masjid lama di sana. Kebetulan juga sejak seminggu dua kebelakangan itu saya ada terfikir hendak berjalan-jalan melihat aliran air Sungai Pahang. Ini kerana sebelum itu saya sering terlihat gambar-gambar di Facebook menunjukkan sungai kering kontang di beberapa tempat akibat musim kemarau yang melanda kawasan 2-3 bulan kebelakangan.


Semua hal yang disebut ini akhirnya membawa saya untuk bergerak ke Pahang sekitar jam 11.30 malam iaitu selepas puas berborak lama dengan kawan-kawan lama di Taman Tun Selasa malam Rabu. Sebelum itu saya sudah memikirkan hendak menginap Rabu malam Khamis di masjid lama di Kuala Lipis, Khamis malam Jumaat di Pulau Tawar. Bila isteri dah cadangkan agar saya bermalam di rumah kawan pada Selasa malam Rabu saya fikir lebih elok malam itu juga saya bermalam di sebuah surau atau masjid di Pahang, Cantik le rupa, 3 malam di 3 buah masjid/surau di Pahang bukan? 

Itu yang saya sanggup meredah hujan lebat melalui Lebuh Raya Karak yang berliku-liku memandu seorang diri lewat malam walaupun badan dah penat dan mata asyik nak terlelap. Alhamdulillah, saya dapat bertahan sehingga ditemukan satu tempat yang sesuai untuk beriktikaf. Di atas kelihatan gambar di tempat tersebut ketika waktu Subuh . Lihat artikel Surau (Small praying hall of) Kampung Gemeti, Bentong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



No comments: