Membuat artikel
Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran semalam untuk menunjukkan senarai terkini artikel-artikel berkenaan ilmu yang telah dipautkan dalam seksyen ataupun ruang "Siri Refleksi Sejarah" pada bahagian paling bawah
blogspot ini menyebabkan saya terasa harus menambah satu lagi ruangan untuk diabadikan bersama. Ini adalah tentang program HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) yang perkembangannya banyak dikongsikan dalam
blogspot berkenaan iaitu
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Pembaca setia
blogspot CATATAN SI MERAH SILU mungkin ingat bagaimana HIKMAH muncul 3 tahun lalu dengan tujuan untuk mengatasi
mental block yang mengganggu penulisan sebuah buku baru. Siapa sangka ia akan berterusan sehingga saya dapat mengadakan majlis di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh?
Selepas acara ke-15 selamat dijayakan di Beruas 2 bulan lalu saya telah bertekad untuk berehat daripada mengadakan acara lalu memberikan tumpuan penuh kembali pada penulisan buku. Hari ini sudah sampai masa pejuangan HIKMAH diabadikan di
blogspot ini pula. Biar di
copy paste pengenalan juga pautan yang telah dihimpunkan dalam
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)...
Terbitnya HIKMAH
Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.
HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.
Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.
------------------------
Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).
Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun, kali pertama acara HIKMAH diadakan melebihi 1 hari. Selepas itu pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat lagi acara pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.
Untuk makluman ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu. Namun pada kala beliau masih merawat kecederaan yang dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau rasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.
Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...
Sambil HIKMAH berjalan menjelajah ke serata Semenanjung juga ke luar ada persiapan perlu dibuat membawa saya untuk keluar mengembara antara majlis dan sebagainya. Ada cerita-cerita yang dikongsikan dalam blogspot CATATAN selain dalam blogspot HIKMAH itu sendiri. Ada pula yang memang dikhaskan untuk dipersembahkan di sini. Untuk pengabadian HIKMAH dan perjuangannya biar dibuat senarai pautan berkenaan :-
2.
Bersiap untuk acara HIKMAH di Melaka Ahad 25 Nov
3.
Berbusana tradisi melaksanakan misi di Istana Kesultanan Melaka
4.
Berselawat menaiki kapal perang di perairan Pangkor
5.
Keris yang sesuai untuk majlis
Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik
6,
Titiwangsa
HIKMAH III - Bersedia untuk memacu kebangkitan ummah
7.
HIKMAH III, PESAWAD, Laksamana Muhammad Amin dan Keramat Kuala Bidor
8.
HIKMAH menjejak Beruas-Gangga Negara
9.
Berbusana tradisional membawa misi HIKMAH ke parlimen
10.
Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km
11.
Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu
12.
Solat Jumaat di masjid besar Shah Alam dan persiapan untuk HIKMAH VI
13.
Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Antara buku dan HIKMAH
14.
Bertandang ke program "On The Point"
15.
Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah
16.
Tentang penat dan kesibukan kebelakangan dan aktiviti akan datang
17.
Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH Pulau Pinang
18.
Misi 2 serampang - Membawa Johan dan HIKMAH ke Aceh
19.
Berjayanya misi HIKMAH Aceh
20.
HIKMAH berehat dan Faktor 131
21.
Rumahku Baitul Hikmah
22,
Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang
23,
Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Jejak HIKMAH di Terengganu dan Kelantan
24,
Perjalanan balik hari ke Pagoh - Misi tak disangka HIKMAH Sultan Alauddin...
25,
Forum Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu-Nusantara : Nostalgia HaRUM dan acara pertama HIKMAH di Shah Alam 2 tahun lalu
26,
Misi HIKMAH Pagoh - Mendapatkan kebenaran jabatan agama sambil menikmati makan minum di Muar
Misi HIKMAH Pagoh - Berkat 10 Muharram surat kebenaran pun diperolehi!
27.
Aturan komponen perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam yang diilhamkan oleh Sultan Alauddin Melaka
28.
Susulan HIKMAH Pagoh - Lawatan ke Bukit Treh dan Pulau Besar
29.
Mencari Batu Bersurat Beruas - Misi untuk acara ke-13 HIKMAH nanti?
30.
Dari Gunung Jerai ke Lembah Bujang - Memohon keberkatan untuk acara ke-12 HIKMAH
31.
Sungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I
32.
Menjayakan acara di Lembah Bujang sebelum ke runtuhan dipercayai masjid purba
33.
Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh
34.
Misi HIKMAH Beruas - Jejak Malikul Mansur
35,
Sekitar HIKMAH Seri Menanti
36.
Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang"
37.
Sekitar HIKMAH Chenor 9 Mei 2015
38.
Panggilan Pasir Salak - Penangan penjurit kepetangan
39.
Panggilan Pasir Salak - Peranan HIKMAH dan sedikit perkongsian ilmu
40.
Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak
41.
Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sagor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan