Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 30, 2016

Sekitar acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, 17 Disember 2016

Salam malam Jumaat. Adapun artikel sebelum ini, Faktor Hang Tuah dan keluarga laksamana yang memanggil untuk ke Ekspo Buku Malaysia 2016 di PWTC dipersembahkan petang Jumaat 2 minggu lepas pada jam 3.31 petang. Selesai itu saya terus mengorak langkah untuk membawa anak-anak dan isteri ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang di mana acara ke-19 HIKMAH mahu diadakan keesokan harinya, Sabtu 17 Disember di sebuah pusat peranginan persendirian yang dipanggil sebagai Dusun Nora. Kini acara sudah berapa lama selamat dijayakan dengan cerita-cerita tentang perjalanan acara sudah dapat dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Malam ini biar dikongsikan ringkasan cerita sekitar acara di blogspot ini pula...


Sampai sahaja ke lokasi sebelum jam 6 saya dan beberapa orang peserta acara yang sampai awal membuat beberapa persiapan akhir untuk majlis.







Satu majlis tahlil diadakan malam itu untuk mengingati arwah seorang sahabat setia HIKMAH yang kembali ke rahmatullah sejurus selepas tamat bulan Syawal sekitar 4 setengah bulan sebelum itu. Untuk pengetahuan sahabat tersebut adalah adinda kepada pemilik lokais. Ini ada diceritakan melalui artikel HIKMAH Bukit Tinggi - Beberapa persediaan akhir dan tahlil.


Esoknya pagi Sabtu saya bersedia untuk menerima tetamu dalam keadaan semalaman tidak dapat melelapkan mata, entah pasal apa.



Acara dijadualkan bermula jam 9. Tetapi ia ditangguhkan hampir sejam setengah kerana menunggu kumpulan yang membuat persembahan Maulud sampai. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Menunggu pembukaan yang terlajak masa....



Nasib baik penantian itu berbaloi kerana kumpulan yang bernama Haqqani Maulud Ensemble itu dapat memberikan persembahan yang hebat.



Hadirin dibawa 'mengembara' dalam kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui alunan hadrah dan qasidah yang begitu penuh semangat. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Sambutan Maulidur Rasul yang haq.





Sesi pembukaan atau lebih tepat, perasmian yang menyaksikan penulis buku politik terkenal, ayahanda angkat saya Pak Habib @ S.H.Alattas berkongsi sebak rasa kerinduan terhadap Allah dan Rasul menyusul selepas persembahan.


Ini diikuti sesi pembentangan ilmu pagi/tengah hari yang dimulakan lewat sejam berbanding jadual asal. Sebagai makluman untuk acara ke-19 HIKMAH ini kami mahu mengulangi atau lebih tepat, mengulangkaji seberapa banyak topik yang dapat daripada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 Nov 2012. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Antara ilmu keTuhanan, perlembagaan negara dan wasiat raja.


Rehat makan tengah hari/solat Zuhur pula dimulakan 20 minit lewat iaitu pada jam 1.20. Ini berlaku dalam keadaan 2 sahaja topik pembentangan dapat dipersembahkan sebelum itu. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Sekitar waktu rehat tengah hari.


Satu topik yang asalnya dijadualkan membuka sesi pagi/tengah hari dianjak masuk sebagai permulaaan sesi petang jam 2.30. 


Topik asal yang sepatutnya membuka sesi tersebut pula dimulakan selepas itu. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Antara dinar dirham dan peranan umat Melayu akhir zaman.


Satu topik yang sebelum sampai hari acara belum dapat dipastikan hendak diletak di mana menyusul sekitar jam 4.15 petang.


Sesi malah keseluruhan acara ditutup selepas jam 5.40 dengan satu topik pembentangan dalam jadual asal tidak sempat dipersembahkan. Menariknya, perubahan aturan yang berlaku di luar kawalan saya, cuma dapat diselaraskan sebaik mungkin seperti menimbulkan sesuatu yang tersurat dan tersirat melalui Qada' dan Qadar Allah SWT. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Raja Haji, pedang Zulfikar dan faktor Bentan.


Selepas itu peserta/hadirin yang masih ada berkumpul santai untuk bergambar beramai-ramai.



Ini diikuti minum petang sambil menikmati kedamaian suasana petang pergunungan Banjaran Titiwangsa. Dengan itu selesailah acara ke-19 HIKMAH yang merupakan acara penutup kami buat tahun 2016. Lihat HIKMAH Bukit Tinggi - Santai petang yang nyaman. Menariknya acara ke-16 kami yang merupakan acara pembuka buat tahun 2016 juga dibuat beberapa hari selepas hari rasmi sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiualwal.

Untuk pengetahuan tahun 2016 ini kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sebanyak 2 kali. Mengikut kira-kira dan anggaran saya ini cuma boleh berlaku setiap 32-33 tahun Gregorian atau kiraan menurut kalendar Barat.


Baru tersedar. Tidak satu pun gambar di sini mahupun gambar-gambar dalam artikel-artikel yang dipautkan menunjukkan wajah atau kelibat saya semasa majlis. Maklumlah gambar-gambar yang digunakan semuanya saya ambil sendiri. Saya bukan kaki selfie atau kini dipanggil swafoto dalam Bahasa Melayu, Saya cuma suka merekodkan keadaan tanpa perlu mengenengahkan diri sendiri. 

Pun begitu, ada kalanya timbul rasa harus terdapat sekurang-kurangnya satu gambar menunjukkan penglibatan saya disuakan dalam cerita. Ya lah, takkan saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH yang penat-penat mengatur acara juga ada memberikan kata-kata aluan langsung tidak kelihatan dalam cerita atau rekod mengenai majlis. Nasib baik ada orang lain mengambil gambar atau merakamkan lalu berkongsi di Whatsapp dan Facebook. Saya belanja satu. Mai kopi secawan... :]



.

Tiada ulasan: