Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Oktober 08, 2026

Artikel ke-2,882, ulang tahun kelahiran anak dan Merah Silu live edisi 41 hingga 45

Salam malam Jumaat 27 Rabiul Akhir 1448 Hijriah. Sebetulnya gerak yang membawa untuk menulis lalu mempersembahkan 4 artikel  kebelakangan adalah untuk menuju satu penanda aras yang sangat signikan iaitu artikel ke-2,882 di CATATAN SI MERAH SILU. Ini mahu diselesaikan sebelum memulakan perjalanan baru ke luar negara iaitu ke Kalimantan, pada pagi Jumaat. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara (artikel ke-2,878)

2. Aku, buku dan perjalanan

3. Tentang mendaki bukit, gunung dan cabaran

4. Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja


Sebelum itu iaitu pada beberapa bulan lalu terbetik dalam hati, apabila CATATAN SI MERAH SILU hendak mencapai artikel yang ke-2,882 ia mahu didedikasikan (daddy kasi, hehe...) kepada seorang anak perempuan yang bernama Narishah Nurjannah atas sebab tertentu. Masuk tarikh 22 September iaitu pada bulan lalu umurnya genap 24 tahun lalu semakin kuat perasaan itu. Ketika itu jumlah artikel sudah mencapai 2,876. Tinggal sedikit sahaja lagi untuk mencapai penanda aras yang dituju.

Pada hari Selasa malam itu, pada tarikh tersebut, diadakan siaran langsung melalui Tiktok "Merah Silu Live" edisi ke-43. Hal ulang tahun kelahiran anak pun dinyatakan pada permulaan siaran. Kebetulan sejak membuat edisi ke-41 iaitu pada 2 minggu sebelum itu ada terfikir hendak mengumpulkan video rakaman siarannya juga rakaman beberapa edisi seterusnya dalam satu artikel sebelum memulakan perjalanan ke luar negara. Sekarang sudah sampai masanya apa yang dikumpulkan itu membentuk artikel ke-2,882.


 "Merah Silu Live" edisi ke-41 (diadakan 8 September)


Perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 diulas adalah seperti berikut :-



65. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 - 2,374.9 km. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...

66. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 - lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"



Edisi ke-42 (15 September)


Perjalanan lama diliputi :-


67. Dari Jelai ke Broga Julai 2012 - sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga. 

68. Jugra ke Tanjung Malim Julai 2012 - sekitar 500 km. Lihat Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya.

69. Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan Ogos 2012 - menghampiri 860 km. Lihat Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan.

70. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (Ogos 2012) - lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun

71. Bermotosikal ke Pantai Timur Sept 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete. Sebenarnya lebih 1,800 km. Baru disedari apabila perjalanan diulas  kembali 15 September 2026.


Cuma ketika mengulas perjalanan yang dinyatakan sebagai ke-67 dalam senarai, seperti tertera di atas,  baru tersedar ia sebenarnya berlaku pada bulan April, sebelum ke Pulau Jawa 1-13 Mei. Selesai siaran baru dibetulkan dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Ia pun ditukar menjadi perjalanan ke-66, perjalanan Pulau Jawa menjadi yang ke-67.


Edisi ke-43 (22 September)

Ini yang berlangsung pada tarikh kelahiran anak perempuan bernama Narisha Nurjannah itu lalu disebut tentang kepentingan tarikh pada permulaan siaran. Perjalanan lama diliputi :-


72. Awal Muharam di Tanjung Tuan Nov 2012 - sekitar 310 km. Lihat Awal Muharam di Tanjung Tuan.

73. Misi HIKMAH Melaka penghujung 2012 - lebih 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH II di Melaka penghujung 2012.

74. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 - 1,680 km. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.

75. Misi HIKMAH Lumut Jan 2013 -  lebih 450 km. Lihat Misi HIKMAH Lumut Jan 2013.




Edisi ke-44 (29 Sept)

Perjalanan lama diliputi :-



78. Umrah ziarah April 2013 -  harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....

79. Sulawesi Selatan Mei 2013 - sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.


Edisi ke-45 (6 Oktober)

Perjalanan lama diliputi :-


80. Janda Baik-Bukit Tinggi-Hospital Sungai Buloh Mei 2013 - sekitar 265 km. Lihat  Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.


81. Misi HIKMAH V di Kuala Terengganu Jun 2013 - sekitar 1,000 km. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu.

82. Jejak Bugis di Pontian Jun 2013 - lebih 800 km. Lihat Jejak saudara mara Bugis belah ibu di Pontian.

83. Misi cuti Hari Malaysia Sept 2013 - lebih 330 km. Lihat Sekitar misi memakan ikan keli gulai asam rong sempena cuti Hari Malaysia.

84. Aidil Adha 1434 (Okt 2013) - sekitar 520 km. Lihat  Sekitar cuti Aidil Adha 1434.

85. Jugra Sultan Abdul Samad Okt 2013 -  lebih 190 km. Lihat Panggilan Jugra Sultan Abdul Samad.

86. Putrajaya, Hulu Langat ganti Aceh Nov 2013 - sekitar 500 km. Lihat Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh.

87. Misi HIKMAH VII di Melaka Nov 2013 - lebih 520 km. Lihat Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah.

88. Membawa kawanAceh ke Melaka Dis 2013 - lebih 450 km. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD.



Pada 13 Oktober pula akan jatuh hari ulang tahun kelahiran anak lelaki bernama Muhammad al-Aminul Rasyid. Masuk umur 17 tahun. Dengan itu artikel ke-2,882 ini turut didedikasikan kepada beliau. Alang-alang menyebut biar didedikasikan juga kepada isteri saya, Nor Afidah binti Yusof, dan anak-anak lain Nur Awada Badrina, Muhammad Haziq dan Muhammad Alauddin Johan. Sementara itu blogspots saya yang lain, SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART telah mencapai 2,867 artikel, BERPETUALANG KE ACEH 2,815 dan  Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) 442. Ini membawa pada jumlah keseluruhan 9,006 artikel. Cukup buat masa ini.


Tiada ulasan: