Salam semua. Penceritaan perjalanan selatan membawa pada hari ke-7 perjalanan. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Membawa anak-anak mengecapi pengalaman zaman Sekolah Sains.
Selepas Gemas kami telah bermalam di rumah kakak isteri di Felda Jelai. Diadakan perjumpaan keluarga dan makan-makan atas asbab kami bertandang, bermula tengah hari itu Sabtu 28 Disember 2024. Beberapa orang adik beradik isteri juga anak buah dan keluarga datang dari Selangor dan Lembah Klang . Sekitar 3.50 petang baru bergerak untuk menyambung perjalanan.
Singgah di tempat bersejarah pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol.
Singgah di Teratak Za'aba yang merupakan sebuah muzium berbangunankan rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan. Memang terletak di tepi laluan yang dirancang menuju ke Kuala Klawang.
Cuma ia sedang ditutup. Tetapi dapat dilihat 6-7 pasangan pengantin sibuk mengambil gambar.
Tengok-tengok air terjun yang dikenali sebagai Jeram Tengkek sudah ditutup sejak beberapa bulan.
Tak jadi masuk ke pekan Kuala Klawang kerana sudah lewat. Sebaliknya memotong ke arah Titi sebelum mengambil jalan merentasi kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa untuk ke Hulu Langat. Ketika matahari terbenam masih berada dalam hutan pergunungan. Dekat masjid ini baru ada kawasan perumahan lalu singgah bersolat. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Amin, Sungai Tekali.
Selepas makan malam di warung sebelah masjid baru menyambung perjalanan. Ketika gambar ini diambil jam 9.09 tinggal lagi beberapa kilometer untuk sampai ke tempat rehat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan