Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 20, 2024

Minda ketauhidan dan keummahan - Misi pendidikan Islam sejagat

Salam. Tadi siang Jumaat 20 Disember 2024 saya telah menghadiri 3 majlis ilmu berlainan di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak dan mengikuti 1 majlis ilmu atas talian daripada ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Biar dikongsikan cerita bermula dengan ini.


Saya bertolak dari rumah sekitar jam 8.40 pagi lalu sampai ke UIA jam 9.24.




Selepas mendapat tempat letak kereta, sampai ke lokasi majlis pertama yang mahu dihadiri jam 9.28. Cukup awal kerana ia dijadualkan bermula jam 9.30




Ia adalah syarahan oleh guru saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang baru 3 bulan memegang jawatan sebagai Rektor UIA. Tajuk syarahan boleh diterjemahkan sebagai "Minda Ketauhidan dan Keummahan - Misi Pendidikan Islam Sejagat". Ia adalah kesinambungan daripada syarahan perdana beliau dalam kapisiti tersebut 2 bulan lalu. Syarahan itu menyaksikan beliau pertama kali menetapkan ketauhidan sebagai asas segala bentuk pengajian di universiti. Lihat Menjuarai epistemologi ketauhidan - Syarahan perdana Osman Bakar sebagai Rektor ke-7 UIAM.




Tengok-tengok majlis sebenar bermula sekitar jam 9.50, dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan Al-Quran dengan pengenalan. Ini memberikan masa untuk saya membaca separuh Surah Al-Kahfi sebelum ia bermula.



Sudah menjadi amalan saya sejak beberapa tahun lalu untuk menghabiskan seluruh Surah Al-Kahfi setiap pagi Jumaat juga 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir setiap pagi hari lain. Pagi tadi tidak sempat membaca sebelum keluar rumah. 




Pergi pada syarahan. Dinyatakan terlebih dahulu apa yang perlu ada dalam minda yang bersifat ketauhidan. Ia adalah minda yang dalam melihat kesatuan pada segala bentuk ilmu dan sains, dalam hierachy atau susun letak keutamaan tinggi rendah yang mengaitkan kesemuanya secara harmoni seperti mana halnya cabang dan ranting pada sebuah pokok.




Apa pula minda ketauhidan? Ia sarat dengan ide-ide keEsaan Tuhan juga sifat-sifatNya seperti tergambar pada Asmaul Husna (nama-nama Allah yang indah) serta perbuatanNYa (dalam bahasa Sufi selalu disebut sebagai Af'al) dan penciptaan. Minda yang bersifat ketauhidan sentiasa memiliki kesedaran tentang keesaan dan kesatuan Tuhan juga kesatuan dalam ciptaan.




Dengan itu dikupas makna minda pula. Oh. Asalnya saya mahu menggunakan perkataan Melayu "pemikiran" sebagai terjemahan daripada perkataan Inggeris "mind". Tetapi apabila masuk bab definisi didapati "pemikiran" tidak dapat mencakupi makna sebenar "mind". Pemikiran juga fikiran lebih bersifat pada aktiviti atau perbuataan, begitu juga fikir. Sedangkan mind itu berupa satu objek atau entiti yang mana dengannya dapat dibuat aktiviti pemikiran itu, bukan pemikiran itu sendiri. Zahirnya ia dikaitkan dengan otak tetapi batin atau metafiziknya? Otak pun sekadar alat, bukan mind itu sendiri. Jadi lebih elok gunakan perkataan "minda" yang merupakan 'peMelayuan' daripada perkataan Inggeris "mind".

Osman menyatakan minda terkait dengan kesedaran (consciousness). Ia juga terkait dengan cahaya (light). Dalam bahasa Inggeris ada perkataan "enlightment" yang menunjukkan kesedaran atau minda yang disuluh cahaya. Cahaya pula bahasa Arabnya adalah Nur. Ada makna yang sangat mendalam di dalam Al Quran.




Berbalik pada minda ketauhidan yang merupakan terjemahan saya bagi terma Osman dalam bahasa Inggeris "Tawhidic Mind". Bila dikaitkan dengan cahaya dan kesedaran ia adalah fikiran yang disuluh cahaya kebenaran tinggi tentang hakikat kewujudan Tuhan dan hubungan dengan segala bentuk penciptaan, segala bentuk ilmu.




Contoh terbaik minda yang bersifat ketauhidan adalah minda para nabi, "the prophetic mind". Mereka adalah pemilik hikmah dan kebijaksanaan baik secara teori mahupun praktikal yang paling sempurna, kerana mendapat wahyu daripada Allah SWT yang memimpin segala aspek kehidupan.




Minda para nabi yang merupakan minda ketauhidan paling sempurna ini dizahirkan melalui Syariah yang dibawa mereka juga Sunnah iaitu setiap kata dan perbuatan mereka. Ini ada puncak kesempurnaan cara hidup yang patut diikuti setiap manusia lalu membentuk identiti dan minda ummah.




Dengan itu minda Muslim yang berjaya memiliki sifat ketauhidan yang boleh dilihat sebagai pasak dalaman juga hubungan peribadi dengan Tuhan. Dengan mengikuti ajaran para Nabi minda ketauhidan dizahirkan menjadi minda keummahan yang mengatur hubungan antara manusia lalu membentuk ketamadunan.




Oleh itu dapat dinyatakan misi pendidikan sejagat Islam sejagat adalah tidak lain, misi kenabian. Ia adalaah kebenaran lama yang mungkin perlu diajar menurut cara baru disebabkan perkembangan zaman? Kesannya adalah pembinaan tamadun. Untuk pemahaman lebih lanjut sila ikut sendiri majlis melalui video bawah...




Tiada ulasan: