Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mac 12, 2025

Balik kampung Ramadan 2025 - Epistemologi ketauhidan dan iftar di ISTAC

Salam semua. Sampai pada hari terakhir perjalanan awal Ramadan. Bersambung daripada artikel Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung ke Jelebu dan Hulu Langat.



Lewat petang Rabu 5 Mac 2025 saya mendapat tahu melalui WhatsApp ada seminar tentang epistemologi tauhid mahu diadakan di tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Ketika itu saya dan isteri sedang berada di selatan Cheras. Perjalanan balik kampung secara rasminya sudah bermula, cuma Khamis 6 Mac harus ke Shah Alam terlebih dahulu kerana isteri kena masuk ke pejabat. Lihat bahagian awal artikel Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung eksplorasi Sungai Muar.




Saya yang memang sayangkan ilmu apalagi dengan tajuk tersebut di ISTAC bertekad mahu hadir. Apalagi guru saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang sedang berusaha mengangkat kerangka pemfikiran berkenaan sejak menjadi Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, badan induk yang menaungi ISTAC)  dijadualkan memberikan ucaptama. Lihat artikel-artikel berikut tentang perkara.


1. Menjuarai epistemologi ketauhidan - Syarahan perdana Osman Bakar sebagai Rektor ke-7 UIAM

2. Minda ketauhidan dan keummahan - Misi pendidikan Islam sejagat




Sudah disebut dalam artikel Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung ke Jelebu dan Hulu Langat bahawa selepas meninggalkan rumah kakak isteri di Jelai petang Isnin 10 Mac kami ke rumah rumah yang di Langat. Di situlah ditulis adan dipersembahkan artikel pertama perjalanan iaitu Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung eksplorasi Sungai Muar. Awal pagi Selasa 11 Mac bergeraklah ke ISTAC untuk majlis ilmu tentang epistemologi ketauhidan itu.




Alhamdulillah isteri dibenarkan membuat kerja dari cawangan pejabat dekat Tasik Titiwangsa, tidak perlu ke ibu pejabat di Shah Alam. Hantar beliau dahulu.



Sebelum jam 9 sampai ke ISTAC.




Seminar bermula jam 10 pagi.




Selain kehadiran fizikal ramai juga mengikuti secara atas talian melalui Zoom.




Dekan ISTAC Profesor Datuk Dr. Abdelaziz Berghout memberikan ucapan pembukaan.




Kemudian guru saya Osman memberikan ucaptama tapi dalam bentuk rakaman. Ini kerana beliau harus berada di kampus Kuantan UIAM untuk satu urusan.




Di sini biar dikongsi ringkas. Professor Dr Jasser Auda dari ISTAC memberikan ucapan tentang implikasi epistemologi Tauhid disertakan pendekatan maqasid (arah tujuan/sasaran) pemahaman Al Quran terhadap pengajian Islam dalam pendidikan tinggi.







Kemudian bermulalah sesi 1 forum. Ia adalah tentang implikasi epistemologi tauhid terhadap falsafah dan kurikulum  pemikiran Islam, ketamadunan dan pengajian dalam pendidikan tinggi. Ada dua orang pembentang. Pertama adalah Profesor Dr Zaid Ahmad dari UPM (Universiti Putera Malaysia).







Pembentang kedua adalah Profesor Hamidullah Marazi dari ISTAC. Namun beliau juga memegang jawatan di University of Kashmir lalu membentang secara atas talian dari sana.







Sesi 1 forum selesai hampir jam 1.30. Beriktikaf selepas menunaikan solat di masjid ISTAC.




Masuk sesi 2 forum waktu petang, tentang implikasi epistemologi tauhid terhadap falsafah dan kurikulum  sains sosial dan kemanusiaan dalam pendidikan tinggi. Ada tiga orang pembentang, bermula dengan Profesor Madya Dr Sami al-Daghistani dari Lund University di Sweden.




Pembentang kedua, Profesor Emeritus Dr Rosnani Hashim dari UIAM.







Pembentang ketiga, Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican dari UIAM (tengah dalam gambar). Beliau bercakap dari tempat duduk tanpa pergi ke kerusi khas pembentang.




Sesi 3 dan terakhir forum, tentang implikasi epistemologi tauhid terhadap masa hadapan Islamisasi dan integrasi ilmu pengetahun dalam pendidikan tinggi Islam pula menyaksikan dua orang pembentang, bermula dengan Abdelaziz Berghout...







Pembentang kedua adalah Profesor Dr Hazizan Md Noon dari Jabatan Sosiologi and Antropologi UIAM.








Seminar selesai selepas jam 4.30. Boleh disimpulkan, apa dibincangkan sepanjang seminar adalah cabaran diikuti langkah supaya konsep epistemelogi ketauhidan yang dilihat ramai sebagai abstrak dan samar-samar dapat diterjemahkan menjadi sesuatu yang praktikal dalam setiap bidang ilmu demi kemaslahatan ummah. Hampir 5.30 saya bergerak ke pusat bandar Kuala Lumpur untuk mengambil isteri...




Pergi kembali ke ISTAC membawa beliau. Terus menuju ke kafe yang terletak ke hujung timur laut kompleks utama bangunan.




Ada iftar atau majlis berbuka puasa anjuran Duta Azerbaijan.







Selepas menjamakkan Maghrif dan Isyak di tingkat atas kafe pergi pula melawat orang sakit di hospital swasta di Kajang. Kembali ke rumah didapati saya telah memandu lebih 800 km. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,626 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: