Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Januari 13, 2026

Asbab Perjanjian Pangkor membawa ke Muar dan hal-hal berkaitan

Salam. Satu artikel kompilasi yang terasa paling sesuai untuk dipersembahkan pada hari ini 13 Januari 2026. 13/1 yang mana 131 adalah nombor yang membawa makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya dan isteri. Sambil itu menjadi artikel ke-2,772 di CATATAN SI MERAH SILU.


Perjanjian Pangkor sebagai subjek pembentangan adalah satu perkara yang sudah lama hendak disampaikan kepada umum. Ia tercetus selepas guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar terbaca artikel Mengenang 150 tahun Perjanjian Pangkor - Tawaran istimewa buku Laksamana yang dipersembahkan 20 Januari 2024. Ketika itu tepat 150 tahun setelah berlangsung perjanjian 20 Januari 1874. Beliau pun memberitahu mahu menganjurkan seminar di ISTAC tentang perjanjian melibatkan 2-3 orang tokoh dalam tempoh 2-3 minggu akan datang.

Nama-nama yang disebut mahu diajak membentang adalah Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican dan Profesor Dr Farish Noor, kedua-duanya nama besar dalam dunia intelektual sejarah tanah air. Saya yang ketika itu baru sekadar memiliki ijazah sarjana, belum mendaftar pun untuk PhD, diajak memberikan sudut pandang keluarga dan kaum kerabat kerana adalah keturunan langsung Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin, salah seorang pembesar Melayu Perak yang menandatangani, atau lebih tepat menurunkan cap pada perjanjian. Lihat Pertama kali ke ISTAC tahun 2024 dan Perjanjian Pangkor. Dengan itu dimulakan kajian lalu mendapati rupa-rupanya ada perbezaan ketara antara perjanjian Melayu bertulisan Jawi yang difahami lalu dipersetujui pembesar Melayu dengan versi berbahasa Inggeris bertulisan Rumi yang isinya menjadi asas bagaimana perjanjian difahami ramai hinggalah sekarang.

Namun setelah beberapa lama menunggu sambil mengkaji seminar tak jadi-jadi. Sambil itu difahamkan ada seminar besar telah dirancang atas nama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mahu dibuat di Pulau Pangkor melibatkan tokoh ternama seperti guru saya dalam bidang sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali mahu dibuat di Pangkor sempena 150 tahun perjanjian. Tetapi seminar yang sudah ditetapkan tarikh lalu diwar-warkan, sekurang-kurangnya dalam kalangan berkenaan, ditangguh seminggu sebelum tarikh. Selepas itu ia juga tak jadi-jadi. Hal ini membayangkan ada satu halangan bersifat politik tidak mahu perkara diangkat.

Tunggu punya tunggu, saya membuat keputusan untuk menganjurkan sendiri dalam bentuk Webinar menggunakan kemudahan Zoom percuma yang terbatas waktu 40 minit bagi suatu sesi. Ini dilaksanakan pada 20 Januari 2025. Lihat Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun - Webinar pertama selesai. Selepas itu ada mencadangkan kepada beberapa pihak untuk memberi ruang membuat pembentangan. Tetapi tidak mendapat sambutan.

Jadi bayangkan apa rasa apabila hampir hujung tahun mendapat undangan untuk membentang, dalam banyak-banyak tempat di Pangkor. Itupun tak berani mewar-warkan. Takut dihalang seperti pernah berlaku tahun 2024. Alhamdulillah jadi pada 16 Disember 2025, di bawah Simposium Seni Pangkor. Barulah berani memberitahu kepada umum. Ini memberikan momentum keyakinan sehingga dapat memanjangkan lagi di ISTAC 22 Disember iaitu tak sampai seminggu kemudian. Namun beberapa jam sahaja selepas pembentangan selesai mendapat berita ibu yang berumur 83 tahun setengah meninggal dunia, setelah beberapa lama dilanda sakit tua. Seolah-olah pergi selepas apa yang asalnya dirancang mahu dibentangkan awal 2024 menjadi kenyataan penghujung 2025.

Pada saya perjalanan untuk membentang di Pangkor membawa pada susulan di ISTAC malah apa yang berlaku pada kemudian termasuk keluar cerita dalam suratkhabar adalah kesinambungan daripada gerak rasa yang panjang. Dengan itu biar dikumpulkan semua artikel berkenaan sampailah yang terbaru, apa yang berlaku pada siang Isnin 12 Januari 2026 hingga ke malam.


1.  Makam (Tomb of) Sultan Abdul Malik Mansur, tahun (year of) 2025

2. Kubur (Grave of) J.W.W. Birch

3. Kubur (Grave of) Mat Arshad

4. Jetty to the tomb of Sultan Abdul Malik Mansur Shah in 2025

5. Lawatan baru ke masjid lama (New visit to the old mosque of) Pasir Salak

6. Misteri bandar2 Melayu yang hilang - Part 1 





























36. Bersama anak-anak ke Tanjung Sepat dan Muar

37. Sambutan hari ulang tahun ke-81 Datuk Dr Hamid Arshat

38. Madani Nabawi : Lahirnya idea wargakota negara yang majmuk, demokratik dan berakhlak

39. Hari-hari kebelakangan sebelum kembali ke tahfiz

40. "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dalam Berita Harian

41. Dari hal e-hailing buat cukai jalan sangkut hingga ke syarahan tertutup pelajar PhD di UIA


Oh. Baru teringat. Suatu masa dahulu saya pernah mendapat mimpi melihat satu bentuk muka bumi yang awalnya difikirkan merujuk pada Muar dan sungainya tetapi berbukit dan bersambung hingga ke Aceh. Ingat yang dilihat itu termasuk Pulau Besar di Melaka. Lama kemudian baru tahu ia sebenarnya merujuk pada Sungai Dinding dekat pekan Lumut dan tempat-tempat yang dilihat dalam termasuk Pulau Pangkor. 

Ini ada diceritakan dalam trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga beberapa artikel lama saya. Antaranya adalah :-


1. Muar dan petualanganku...

2. Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Pulau Kampai , keberadaan kerajaan Haru dan faktor Sheikh Abdul Qadir Jilani


Untuk pengetahuan ada suatu zaman yang mana Sungai Dinding, Sungai Beruas dan Sungai Perak saling bersambung lalu persekitaran berkenaan adalah delta, berpulau-pulau termasuk sebuah pulau besar disebut dalam peta-peta lama sebagai Pulau Perak. Hal ini ada kena mengena dengan zaman seorang moyang awal saya yang dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor meninggalkan kerajaan Perlak untuk ke Perak selain meninggalkan keturunan yang kemudian mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai juga Beruas. Baru lengkap gerak.


Tiada ulasan: