Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Januari 12, 2026

Dari hal e-hailing buat cukai jalan sangkut hingga ke syarahan tertutup pelajar PhD di UIA

 Lagi satu cerita untuk kesinambungan gerak rasa.




Merujuk pada artikel "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dalam Berita Harian yang dipersembahkan tengah hari tadi. Ada dinyatakan pada penghujungnya begini...


Oh. Ini adalah artikel ke-2,770 di CATATAN SI MERAH SILU. Ini mengingatkan pada nombor plet kereta VQ770 pada kereta Honda BRV terpakai yang dibeli penghujung tahun lalu. Kebetulan saya sekarang berada di suatu tempat untuk menguruskan hal berkenaan kereta tersebut. Menulis ini pun dari tempat berkenaan. Hmm...



Sekarang biar diberitahu tempat berkenaan adalah markas Grab di Seksyen 51, Petaling Jaya. Sebelum itu pergi pejabat mereka di Bandar Utama tetapi diberitahu untuk urusan perlu ke Seksyen 51. Ia adalah susulan atas apa yang berlaku 3 minggu lebih awal. Sabtu 27 Disember 2025 saya telah meminta ejen secara atas talian untuk menghidupkan insurans dan cukai jalan bagi kereta yang telah mati hampir 2 bulan. Dalam tempoh beberapa minit hal insurans selesai Tetapi cukai jalan tidak dapat dihidupkan kerana ada masalah. 

Hari itu juga mencari pejabat pos 13 km dari rumah lalu mendapati mereka juga tidak dapat melakukan. Pergi pula ke pejabat JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di UTC Pudu Raya lagi 30 lebih km perjalanan. Setelah beratur dan menunggu lebih sejam didapati JPJ juga tidak dapat menghidupkan. Cuma kali ini dapat tahu masalahnya adalah pemilik dahulu telah menggunakan kereta untuk membuat khidmat teksi e-hailing. Walaupun lesennya yang terkait dengan kereta itu sudah mati bulan Julai status jadi tergantung kerana nama belum dibatalkan dalam sistem.

Pelik juga saya. Semasa tukar nama pemilikan kereta dibuat di ibu pejabat JPJ di Setapak penghujung Oktober 2024 takda pun masalah Buat cukai jalan pun on the spot, setelah membuat insurans baru melalui ejen atas talian. Apapun, saya dimaklumkan supaya menghubungi pemilik lama lalu membatalkan lesen e-hailing atas kereta di syarikat berkenaan. Pemilik lama beritahu dah buat dah. Saya meminta beliau menyemak kembali hal.



Beberapa hari kemudian itu pada hari Rabu 30 Disember pemilik lama memberitahu sudah membuat permohonan baru membatalkan lesen secara atas talian kepada syarikat berkenaan. Kata beliau syarikat akan membalas melalui e-mail dalam tempoh 5 hari bekerja. Selepas mendapat balasan beliau akan menghantar kepada saya untuk tindakan susulan. Semasa itu tak tahu lagi syarikat mana yang dimaksudkan.

Rabu berikutnya 6 Januari 2026 saya bertanya apakah perkembangan. Ketika itu memang dah cukup 5 hari bekerja, setelah diambil kira cuti umum tahun baru 1 Januari. Kata beliau belum dapat jawaban. Jumaat 8 Januari saya bertanya lagi. Masih belum dapat. Saya pun membuat keputusan untuk pergi menyusul sendiri secara fizikal. Baru tahu syarikat yang dimaksudkan adalah Grab. Itu yang pergi ke markas siang tadi.

Atas adalah maklumat yang ditunjukkan oleh pegawai keselamatan apabila ditanya apakah urusan. Saya disuruh membuat imbasan kod QR lalu masuk ke dalam laman sesawang berkenaan. Ketika itulah dapat tahu cuma boleh membuat satu sahaja permohonan untuk membatalkan lesen e-hailing. Saya tidak boleh membuat permohonan kalau benar pemilik lama sudah melakukan.

Apapun saya mahu menyemak status permohonan. Kata pengawal tunjukkan dahulu bukti permohonan telah dibuat oleh pemilik lama. Selepas itu kalau hendak menyemak status dengan pegawai boleh sahaja. Tetapi kena ikut giliran beratur panjang.



Ini adalah bukti permohonan telah dibuat yang diterima dari pemilik asal selepas siap menulis dan mempersembahkan artikel "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dalam Berita Harian jam 12.33.




Gambar ini pula diambil jam 1.08. Ketika itu sudah beratur sekitar 25 minit.



Jam 2 hampir hendak sampai ke pintu masuk ruang menunggu pejabat.



Jam 2.10. Baru hendak masuk ke pintu ruang. Ketika itulah diberitahu tidak ada pegawai melayan urusan. Yang ada cuma pegawai di hadapan pintu bertanyakan urusan. Beliau memberitahu saya cuma boleh mengadu melalui alamat e-mail yang ditunjukkan seperti dalam gambar kedua atas. Saya tidak dibenarkan langsung masuk ke ruang. Agak-agak apa rasa ya dilayan begitu setelah hampir sejam setengah beratur panjang?



Saya cuma boleh meluahkan rasa kekesalan sebelum meninggal pejabat. Maklumlah, nak tunggu e-mail yang katanya akan dapat dalam tempoh 5 hari bekerja pun tak dapat-dapat. Bagaimana hendak percaya akan mendapat jawaban dalam masa terdekat setelah mengadu melalui alamat e-mail yang diberikan? Berapa lama perlu menunggu perkara yang tak pun pasti akan selesai? Nasib baik ada masjid tidak jauh lalu pergilah menunaikan solat. Ketika hendak memulakan solat terbetik dalam hati usaha apa yang patut dilakukan seterusnya. Singgah makan tengah hari lewat di kedai makan dalam laman masjid Universiti Malaya sebelum ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.



Tempat yang dituju, badan utama kerajaan yang menguruskan segala macam khidmat teksi e-hailing bagai. Disebabkan sekatan atas nama badan ini yang singkatannya adalah APAD lah cukai jalan tidak dapat diperbaharui. Alhamdulillah. Tak perlu beratur pun kerana memang tak ramai orang. Sebaik sahaja menerangkan keperluan di kaunter penyambut terus dapat nombor. Dalam seminit kemudian terus mendapat layanan dari petugas yang berkhidmat.

Ketika itulah dapat tahu sebenarnya lesen Grab sudah dibatalkan awal sepertimana diberitahu oleh pemilik asal ketika dihubungi di kaunter JPJ 27 Disember lalu. Tetapi rupa-rupanya beliau ada lagi satu lesen e-hailing iaitu di bawah Air Asia. Itu yang tak selesai. Petugas meminta saya menghubungi pemilik lama supaya membatalkan. Saya cakap baiklah. Tetapi bagaimana kalau tidak mahu bekerjasama? Maklumlah hal ini memenatkan dan menyusahkan. Untuk mendapatkan kerjasama beliau sebelum ini pun sebetulnya 'sangkut-sangkut'. Saya faham sibuk dengan kerja e-hailing dan macam-macam. Tapi apa salah saya perlu menanggung masalah dari perkara tak selesai yang saya tak tahu langsung pun boleh terjadi sebegini rupa?

Apa boleh dibuat kalau pemilik asal tidak mahu lagi melayan? Takkan takda jalan? Tiba-tiba petugas memberitahu mahu bertemu pegawai atasan. Dalam 2-3 minit kemudian kembali lalu bertanya apakah saya memiliki aplikasi JPJ atas talian? Jawab saya ada. Kata beliau tunggu 7 hari bekerja. Selepas itu insyaallah dah boleh perbaharui cukai jalan terus melalui aplikasi berkenaan.




Alhamdulillah lega rasa amat. Kalau tak entah bila nak selesai. Walaupun bukan salah Grab kerana rupanya lesen e-hailing pemilik lama sudah dibatalkan apa salahnya beritahu keadaan sebenar semasa saya datang ke markas? Apa salahnya menyemak melalui sistem yang harus sudah berada di depan mata lalu memberitahu? Nasib baiklah timbul ilham untuk ke APAD. Apabila kembali ke tempat letak kereta dalam bangunan yang menempatkan pejabat APAD didapati petak bernombor 70. Tadi tak perasan. Kan kereta yang tersangkut cukai jalan itu bernombor plet VQ770?



Sebetulnya selepas ke markas Grab saya bercadang untuk menghabiskan masa barang 2-3 jam di satu tempat tarikan melibatkan teknologi audio-visual tinggi di Bukit Bintang. Tapi dah tak sempat. Selesai urusan di APAD pun dah 4 petang. Sedangkan mahu menghadiri syarahan tertutup pelajar PhD di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak yang bermula jam 5.



Ini merupakan kesinambungan daripada apa yang diceritakan dalam artikel Hari-hari kebelakangan sebelum kembali ke tahfiz tengah hari semalam, Ahad 11 Januari.



Ah. Lega sungguh dapat menyelesaikan satu urusan yang sudah tersangkut lebih 2 minggu lalu dapat mengikut syarahan dengan lebih berkesan.



Melihat pemandangan Bukit Tabur dari UIA sambil merenung keadaan.




Pergi ke masjid lama Sungai Chincin untuk menunaikan solat Maghrib.







Sempat menziarahi makam waliyullah Sheikh Muhammad Nur, pengasas perkampungan dan masjid sebelum bersolat dan beriktikaf.


Tiada ulasan: