Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Januari 24, 2024

Pertama kali ke ISTAC tahun 2024 dan Perjanjian Pangkor

OK. Hari tu saya ada membuat artikel khas bagi tarikh 20 Januari 2024 iaitu Mengenang 150 tahun Perjanjian Pangkor - Tawaran istimewa buku Laksamana. Sekarang biar dibuat satu khas bagi tarikh 24 Januari 2024 (24/01/24). Ia sangat kena mengena.



Ahad malam Isnin 21 Januari guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran  dan Tamadun Islam) tiba-tiba menghantar pesanan di WhatsApp bertanya bilakah boleh berjumpa. Seingat saya kali terakhir berjumpa adalah dalam satu majlis zikir awal bulan Disember tahun lalu. Selepas itu tiada.




Kalau ikutkan saya masih dalam mood tidak mahu bertemu orang. Boleh dikatakan sejak masuk tahun baru 2024 begitulah keadaan. Selain ada sejumlah perkara mengganggu fikiran saya sebenarnya sedang memberikan tumpuan bagi membaca tulisan-tulisan berkenaan satu subjek berat yang fikirnya akan dijadikan kajian bagi tesis PhD akan datang.




Punyalah tiada mood hendak berjumpa orang sehingga tidak pergi ke satu seminar ilmu anjuran bersama ISTAC dan sebuah universiti terkemuka di United Kingdom, Khamis dan Jumaat 18-19 Januari. Padahal tajuk seminar adalah sesuatu yang sangat diminati. Sampai majlis zikir seterusnya melibatkan Osman Jumaat malam Sabtu itu pun tak datang. Dan tiada menyatakan apa sebab tidak dapat datang dalam grup WhatsApp berkenaan.




Mungkin inilah menyebabkan beliau tiba-tiba bertanya bila mahu berjumpa. Apabila guru yang dipandang tinggi bertanya maka saya pun bersedia untuk bertemu. Tanpa meminta langsung penerangan kenapa hendak berjumpa ditetapkanlah bertemu di kampus ISTAC pagi Selasa 23 Januari jam 11.




Kebetulan beberapa hari lalu saya ada dihubungi pejabat pentadbiran ISTAC untuk memberitahu bahawa saya diminta terlibat dalam satu proses audit program sarjana Malay World Studies (pengajian dunia Melayu) oleh MQA (Malaysian Qualification Agency). Lalu ditetapkan saya hadir temuduga mereka pada pagi Selasa jam 9. Maka sampailah dengan kereta Kenari milik isteri yang baru diambil keluar dari bengkel berdekatan pagi Sabtu selepas dicat baru. Kiranya baru pertama dibawa keluar kawasan selepas mendapat rupa baru.




Kali terakhir sampai ke ISTAC adalah pada 27 Disember untuk satu majlis ilmu. Cerita berkenaan telah dinukilkan dalam artikel Pemikiran dan pendekatan Malik Bennabi dalam pembaharuan ketamadunan dan reformasi pada 1 Januari.




Ah. Baru ingat. Sebetulnya Osman ada pada majlis tersebut. Saya nampak dia dan dia nampak saya. Cuma kami duduk berjauhan dan bilik majlis sedang penuh orang ketika itu. Biasanya selepas suatu majlis yang beliau turut hadir saya akan mencari lalu bersalam dan mencium tangan. Tetapi semasa itu tidak. Ini kerana mahu berkejar perkara lain sementara beliau nampaknya sedang sibuk melayan orang. 

Saya tahu guru saya yang sudah beberapa tahun kebelakangan disenaraikan sebagai antara 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia selalu mahu didekati orang. Saya takkan kacau kalau kelihatan begitu sibuk. Ini pun agaknya sebab beliau tiba-tiba bertanya bila mahu berjumpa. Pada 27 Disember nampak tapi tak bersalam. Pada 18-19 Januari tak datang sedangkan beliau tahu saya suka majlis dengan tajuk berkenaan. Ke majlis zikir selepas itu pun tidak.

Oh. Nanti akan dikongsikan cerita tentang majlis ilmu berkenaan. Rakaman video hari pertamanya sepanjang 8 jam 30 minit sudah habis ditonton 2 hari lalu. Rakaman video hari kedua yang sama panjang tinggal lagi 2 jam lebih. Nanti pada kelapangan seterusnya akan disambung tonton.




Mungkin ada yang tertanya-tanya. Kalau hormat pada guru kenapa sebut nama beliau sebagai Osman sahaja dalam penulisan? Sebetulnya saya cuma ikut gaya merujuk kepada seseorang dalam akhbar yang biasa dipakai ketika menjadi wartawan di akhbar The New Straits Times. Untuk kali pertama sebut (first mention) memang sebut pangkat dan  nama penuh. Misalnya Profesor  Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Itupun diambil pangkat anugerah tertinggi sahaja. Kalau Tan Sri Datuk cuma disebut Tan Sri. Untuk sebutan seterusnya pakai nama sahaja.

Itu dalam akhbar. Kalau dalam tulisan akademik memang sesiapa pun disebut nama sahaja. Kalau dalam kes guru saya, sebut Osman Bakar. Selepas itu Osman. Namun boleh disebut pangkat itu melalui nota kaki. Dalam teks pun boleh tetapi tak perlu pun. Ini sama halnya dengan nama seorang penulis disebut begitu sahaja pada kulit hadapan buku. Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali misalnya, seorang rujukan utama saya dalam bidang sejarah diletakkan nama Abdullah Zakaria Ghazali sahaja pada kulit buku. Dalam biodata baru disebut pangkat.

Sebetulnya dalam rujukan rantaian perawi hadis pun begitu. Kita sebut misalnya hadis disampaikan oleh Ibnu Abbas atau Ali bin Abi Thalib melalui si polan dan si polan. Tidak disebut Al-Fadhil Al-Ustaz dan macam-macam gelaran yang biasa orang pakai berjela sekarang untuk menunjukkan taraf dan kedudukan. Cuma ada orang tertentu sahaja biasa disebut sebagai Imam, misalnya Imam Ghazali atau Imam Syafie. Sekali lagi, tidak ada berjela-jelalah Al-Fadhil Al-Ustaz bagai walaupun taraf keilmuan Islam mereka tinggi melangit berbanding ustaz-ustaz sekarang.




Haa. Tu dia bila gerak penulisan mengalir keluar jujur daripada hati. Tidak ada rancangan pun hendak menulis begitu. Cuma terkeluar secara spontan dalam bercerita. Apapun temuduga MQA saya selesai dengan cara yang boleh dikira sangat baik, sehingga orang-orang yang menemuduga menyatakan nanti boleh panggil saya untuk bercakap tentang ilmu dan pengajian termasuk pengalaman hidup berkenaan.

Gambar atas diambil selepas temu duga. Baca beberapa muka surat Al Quran untuk proses khatam bagi  bulan Rejab sementara menunggu bertemu Osman. Sudah bertemu baru dapat tahu. Sebab pertama mahu berjumpa adalah kerana terfikir mahu membuat seminar separuh hari di ISTAC tentang Perjanjian Pangkor dalam tempoh seminggu dua akan datang. Beliau memberitahu terfikir setelah membaca tulisan saya dalam artikel Mengenang 150 tahun Perjanjian Pangkor - Tawaran istimewa buku Laksamana. Ia ada dipanjangkan ke WhatsApp grup ISTAC. Beliau mahu saya menjadi salah seorang panelis lalu memberitahu saya ada kedudukan istimewa dalam perkara kerana nenek moyang terlibat dalam perjanjian. Beliau mahu satu perspektif cerita daripada kaum kerabat.




Perkara lain yang mahu dibincangkan melibatkan zikir dan tariqat. Saya juga mengambil peluang untuk menyatakan rancangan dan skop kajian bagi PhD insyaallah. Beliau menggalakkan malah memberikan separuh tajuk yang dapat memandu hala tuju kajian dan tulisan. Cuma saya memberitahu akan mendaftar setelah berjaya menulis tesis ke tahap yang cukup memuaskan. 

Pengalaman menyiapkan tesis sarjana yang sebenarnya terlajak dua tahun (rujuk Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53) menunjukkan, setelah mendaftar muncul tekanan untuk menyiapkan mengikut jadual selain beban mencari duit untuk membayar yuran. Formalisi seperti  harus selalu membuat progress report dan pelbagai perkara berkenaan juga terasa begitu membebankan. Saya ini jenis orang yang biasa buat dan menjayakan suatu projek tanpa mengkehadapankan kertas kerja.




Sungguh, apa yang berlaku di ISTAC sepanjang hari itu membuat saya menjadi kembali ceria dan bersemangat lalu juga kembali mudah bergaul dengan orang. Cuma hendak dijadikan cerita tercicir telefon pintar. Ini cuma disedari dalam perjalanan kembali ke rumah dah lebih separuh jalan.  Ia boleh jadi tercicir di ISTAC. Tetapi boleh jadi juga di Masjid Al-Bukhary kerana ada singgah bersolat ketika berjalan-jalan di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Selepas itu ada keluar sekejap dari kereta ketika berhenti di tempat rehat (RnR) jejantas Sungai Buluh.




Nasib baik dapat menghubungi kakitangan pejabat ISTAC selepas beberapa lama sampai di rumah lalu diberitahu memang ada telefon bimbit saya tertinggal selepas duduk makan-makan bersama sejumlah pensyarah. Ia menjadi asbab untuk datang lagi ke ISTAC siang tadi 24 Januari. Kali ini membawa kereta sendiri. Isteri bawa kereta Kenari ke pejabatnya di Shah Alam, kali pertama beliau sendiri membawa setelah dicat baru ke luar kawasan.




Selepas mengambil telefon dari pejabat didapati bateri cuma tinggal 7%. Sementara mengecas sambunglah membaca Quran untuk khatam bagi bulan Rejab.




Menarik adalah kedudukan bacaan. Saya dapat menghabiskan Surah Ar-Ra'd yang merupakan Surah ke-13, dalam Juz 13. Satu kedudukan unik yang mengingatkan bagaimana saya mendapati datuk kepada datuk saya yang dikenali sebagai Orang Kaya Arshad, anak kepada Laksamana Raja Mahkota Amin sebenarnya pernah menjadi Laksamana ke-13 Perak. Rujuk artikel lama Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part IV.




Selepas itu bergerak pula ke Muzium Negara. Saya ingin membuat semakan-semakan tertentu tentang Perjanjian Pangkor sebagai persediaan bagi membentang dalam seminar akan datang di ISTAC. Sebelum itu ada ke Jalan Riong dekat pejabat lama zaman wartawan dahulu untuk menikmati hidangan istimewa nasi beringin. Sayang, semasa sampai dah habis licin.




Artikel ini ditulis sejurus selepas kembali ke rumah agar dapat dipaparkan pada tarikh 24 Januari 2024 yang boleh ditulis sebagai 24/01/24 itu. Namun ditunggu malam selepas masuk waktu Maghrib untuk dipaparkan. Ini kerana ketika itu baru masuk tarikh Hijriah 13 Rejab tahun 1445.  Siang tadi kan dapat habis Surah ke-13 dan dalam Juzuk ke-13 yang mengingatkan tentang hal Laksamana ke-13?




Tarikh Barat 24 Januari sebenarnya ada satu cerita. Jika pada 20 Januari 2024 tepat 150 tahun berlakunya Perjanjian Pangkor 1874, pada 24 Januari pula genap 150 tahun Belanda berjaya menawan pusat pemerintahan Kesultanan Aceh iaitu Banda Aceh. Ini adalah selepas hampir setahun berperang,  bermula pada 5 April 1873. Walaupun ia sesuatu yang negatif, sama halnya seperti bagaimana Perjanjian Pangkor kemudian memberi jalan untuk British menguasai Perak kemudian negeri-negeri Melayu lain, ia adalah satu tarikh yang harus diingati sebagai iktibar. 

Sesungguhnya Kesultanan Aceh ada kaitan yang sangat kuat dengan Kesultanan Perak. Perak pernah berada di dalam aturan pemerintahan Aceh selama seabad. Dan kaum kerabat Laksamana pula sebenarnya berasal daripada kerabat diraja Aceh-Bugis yang merajai Aceh sejak tahun 1727 Masihi. Dinasti ini terus merajai sehingga Kesultanan Aceh dilupuskan oleh Belanda pada tahun 1904.


Tiada ulasan: