Merujuk pada artikel Bersama Sultan, Tengku Ampuan dan Tengku Mahkota Pahang di ISTAC yang dipesembahkan malam Jumaat. Sebenarnya ketika itu saya dan isteri sedang bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya. Ini supaya tidak perlu bergerak jauh kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya. Kerana lebih dekat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti seterusnya. Ini ceritanya.
Pagi Jumaat 16 Januari 2026 kami ke Kompleks MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) di Shah Alam.

Kami mahu menyokong bantahan rasmi yang dibuat oleh sekumpulan NGO Melayu Islam terhadap usaha normalisasi LGBT yang kelihatan semakin galak sejak kebelakangan.

Selepas solat Jumaat di masjid negeri bergerak pula ke bangunan SUK, Setiausaha Kerajaan negeri Selangor.
Kali ini untuk membantah usaha untuk membuat penternakan babi secara besar-besaran.
Cerita lanjut telah dibuat dalam artikel Di Shah Alam menyantuni bantahan terhadap usaha normalisasi LGBT dan penternakaan babi secara besar-besaran di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Dibuat juga rakaman lalu dimuatnaik ke Tiktok. Lihat :-
1.
Menjunjung titah Sultan membantah LGBT di Selangor
2.
Membantah penternakan babi secara besar2an di Selangor
Alhamdulillah di halaman luar bangunan SUK dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Rejab. Kira clear system untuk menyambut malam Isra' Mi'raj 27 Rejab selepas Maghrib nanti.
Seterusnya mahu menghadiri majlis perkahwinan di suatu tempat di Klang keesokannya siang Ahad 17 Januari. Dapat menempah hotel murah berdekatan, dekat satu tempat yang ada cerita tersendiri.
Ternyata tempat yang dicari, sebuah sekolah dalam kawasan bernama Batu Belah terletak di pangkal utara bukit. Naik tadi dari sisi timur.
Sebetulnya kami mahu mencari Batu Belah Batu Bertangkup yang sangat terkenal dalam cerita-cerita lama Melayu. Tentang ceritanya boleh Google sendiri. Saya baru dalam sebulan dua kebelakangan tahu kawasan sekitar dipanggil Batu Belah kerana batu legenda tersebut terletak dekat sekolah ini.
Batu katanya besar, tinggi tak kurang 2 meter. Cuma telah diletupkan dalam 3 kali peristiwa. Nasib baik pengawal keselamatan sekolah sudi menunjukkan di mana terdapat serpihan-serpihan batu. Untuk pengetahuan persekitaran yang terlibat telah diratakan untuk perumahan dan sekolah.
Penduduk Melayu tempatan kemudian memberitahu lokasi asal batu. Ia telah dijadikan tokong, dalam kawasan perumahan Cina. Lihat video-video Tiktok berikut :-
Bila melihat nama "Batu Belah Batu Bertangkup" terpapar dalam video baru tersedar. Semua perkataan bermula dengan huruf B. Ada 4B. Sedangkan sebelum itu ada pergi bantahan normalisasi LGBT diikuti bantahan penternakan babi. Mungkin messagenya adalah para pengamal LGBT juga para penternak babi dan penyokong patut ditelan oleh Batu Belah Batu Bertangkup. Agaknya le...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan