Merujuk pada artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 yang dipersembahkan seminggu lalu. Ada dinyatakan bagaimana edisi ke-19 bagi siaran langsung mingguan "Merah Silu Live" melalui Tiktok sepatutnya diadakan pada hari Selasa malam Rabu 6 Januari. Tetapi entah kenapa terlupa langsung. Hikmahnya... ia dilaksanakan pada tarikh cantik 13/1 (13 Jan) lalu menjadi yang pertama bagi tahun 2006. Ini juga menyebabkan edisi seterusnya iaitu yang ke-20 diadakan pada 20 Januari 2026 iaitu malam tadi. Perjalanan lama yang mahu diangkat menurut giliran. dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021, adalah seperti berikut :-
27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.
Untuk makluman tarikh 20 Januari 2026 adalah tepat 152 tahun perjanjian ditandatangani, atau diturunkan cap, pada 20 Januari 1874. Lihat rakaman di bawah...
Artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 turut menyebut tentang satu acara Webinar tentang Perjanjian Pangkor mahu diadakan atas nama Kursi Institusi Raja-raja Melayu pada pagi Khamis 22 Jan iaitu sepeti berikut.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan