Salam Jumaat pertama Sya'aban 1447 Hijriah. Semalam telah dikongsikan artikel Membuka kalendar webinar 2026 Kursi Institut Raja-raja Melayu dengan menilai kembali Perjanjian Pangkor di mana saya telah membentang dalam satu majlis ilmu pagi Khamis 22 Januari. Sekarang tentang majlis ilmu yang dihadiri tadi pagi Jumaat.
Jumaat, Januari 23, 2026
Tentang kemahiran menafsir
Khamis, Januari 22, 2026
Membuka kalendar webinar 2026 Kursi Institut Raja-raja Melayu dengan menilai kembali Perjanjian Pangkor
Salam. Dalam artikel "Merah Silu Live" dan Perjanjian Pangkor yang dipersembahkan petang Rabu 21 Januari juga artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 seminggu lebih awal telah dinyatakan bahawa satu webinar bertajuk "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun : Satu Penilaian Semula" akan dianjurkan oleh Kursi Institut Raja-raja Melayu di UiTM (Universiti Teknologi MARA) pada pagi Khamis 22 Disember 2026. Ini adalah tepat sebulan selepas tajuk sama dibentangkan secara fizikal di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) berserta siaran langsung. Lihat Akhirnya - "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" dilaksanakan di ISTAC. Kurang seminggu sebelum ia dibentangkandi Pulau Pangkor. Lihat Asbab Perjanjian Pangkor - Membuka langkah di Simposium Seni Pangkor.
Sekarang sukacita dimaklumkan webinar atas nama KIRMM telah selamat berlangsung dengan jayanya. Walaupun muncul masalah paparan slaid terhenti akibat sistem menjadi berat ia masih dapat berjalan lancar. Nasib baik sejumlah perkara penting dalam slaid telah selamat dipaparkan lalu diterangkan. Maka penerangan seterusnya mampu dibuat tanpa bantuan slaid. Lihat rakaman di bawah.
Rabu, Januari 21, 2026
"Merah Silu Live" dan Perjanjian Pangkor
Merujuk pada artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 yang dipersembahkan seminggu lalu. Ada dinyatakan bagaimana edisi ke-19 bagi siaran langsung mingguan "Merah Silu Live" melalui Tiktok sepatutnya diadakan pada hari Selasa malam Rabu 6 Januari. Tetapi entah kenapa terlupa langsung. Hikmahnya... ia dilaksanakan pada tarikh cantik 13/1 (13 Jan) lalu menjadi yang pertama bagi tahun 2006. Ini juga menyebabkan edisi seterusnya iaitu yang ke-20 diadakan pada 20 Januari 2026 iaitu malam tadi. Perjalanan lama yang mahu diangkat menurut giliran. dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021, adalah seperti berikut :-
27. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008) - sekitar 750 km. Lihat Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.
Untuk makluman tarikh 20 Januari 2026 adalah tepat 152 tahun perjanjian ditandatangani, atau diturunkan cap, pada 20 Januari 1874. Lihat rakaman di bawah...
Artikel Langkah 131 bagi tahun 2026 turut menyebut tentang satu acara Webinar tentang Perjanjian Pangkor mahu diadakan atas nama Kursi Institusi Raja-raja Melayu pada pagi Khamis 22 Jan iaitu sepeti berikut.
Isnin, Januari 19, 2026
Tulisan Jawi tertua pada Batu Bersurat Terengganu (1303 M)
Beralih pada majlis ilmu.
Majlis diadakan sepenuhnya atas talian tadi pagi Isnin 19 Januari 2026. Saya masuk sedikit lambat melalui Youtube di televisyen lalu mendapati pensyarah iaitu Dr Wan Ali sedang membandingkan penggunaan huruf vokal "alif" dalam Batu Bersurat (paling kiri) dengan dalam manuskrip Jawi lama (abad ke-14 hingga 17 Masihi, barisan tengah) dan Jawi moden (tempoh masa kemudian tetapi lebih pada abad ke-19 hingga sekarang).
Ahad, Januari 18, 2026
Dari Batu Belah ke Ampang ke Kuala Kubu
Salam semua. Meneruskan gerak penceritaan berkaitan.
Apabila kembali ke rumah selepas Maghrib didapati saya telah memandu sejauh 366 km sejak pagi Khamis. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,777 di CATATAN SI MERAH SILU.























































