Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 16, 2026

Tu dia. Komputer riba ke-10

Salam petang Khamis 1 Safar. Artikel istimewa yang membayangkan suatu peralihan zaman buat saya ini sebenarnya mahu dipersembahkan pagi Jumaat kemudian mahu dipercepatkan ke malam Jumaat. Isi dan penulisan telah disediakan sejak hari Selasa. Tetapi apabila teringat tarikh hari ini adalah bersamaan 1 Safar lalu malam nanti beralih ke 2 Safar biar dipersembahkan lebih awal.


Gambar ini menunjukkan komputer riba saya yang sudah dipakai sejak sekian lama, bersama komputer riba baru (atas) yang dibeli Isnin 13 Julai 2026. Merujuk pada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang tentang hari pertama perjalanan ke Pantai Timur yang secara rasminya bermula 1 Julai apabila meninggalkan rumah untuk ke Kuala Lumpur. Ada dinyatakan singgah di Perpustakaan Negara lalu hendak menyambung kerja-kerja pembaikan cadangan tesis (thesis proposal) PhD saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Tetapi menghadapi masalah komputer riba  asyik sangkut lalu tidak dapat membuat kerja. 

Ini memaksa untuk ke Bukit Bintang mencari kedai untuk membaik pulih. Setelah sejam dua komputer dapat digunakan kembali. Tetapi saya sudah hilang rentak selain disibukkan dengan perjalanan yang memakan masa 7 hari 6 malam dan jarak pemanduan lebih 1,550 km. Kembali ke rumah 7 Julai mula melepaskan cerita keesokan hari. 

Sabtu 11 Julai, ketika hendak menulis tentang hari ke-5 perjalanan tengok-tengok masalah komputer asyik sangkut timbul kembali. Ketika itu sedang menghadiri satu majlis keMelayuan di Muzium Negara. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-


1. Hari Peradaban Melayu 2026 - Persediaan menghadapi perubahan tata dunia

2. Hari Peradaban Melayu 2026 - NGO sebagai pemangkin perjuangan, Sungai Batu serta adat dan adab Melayu

3. Hari Peradaban Melayu 2026 - Perjuangan Mat Kilau dan dunia persilatan


Masalah yang berterusan sehingga Ahad lewat malam Isnin 12 Julai menyebabkan terasa tiada pilihan. Harus membeli komputer riba baru. Pagi Isnin 13 Julai, setelah tekad dibulatkan, timbul rasa untuk menghidupkan komputer. Tengok-tengok boleh pakai. Itu yang ditulis pada awal artikel hari ke-5 Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan

Pun begitu, disebabkan telah dibulatkan tekad, dan komputer lama diputuskan hendak diberikan kepada isteri, pergilah ke Bukit Bintang petang itu juga untuk mencari baru. Singgah dahulu ke kedai di mana dibuat baik pulih 1 Julai. Diminta godek-godek sedikit supaya masalah sangkut tidak berulang lalu diberitahu ia cuma masalah sementara perisian disebabkan perubahan yang dibuat setelah ditukar komponen fizikal tertentu.

Balik ke rumah saya menggunakan komputer baru untuk mengemaskinikan sedikit rekod tentang buku-buku saya. Namun komputer lama, walau sudah jadi milik isteri, terus digunakan untuk menulis dan memaparkan baki cerita perjalanan Pantai Timur sehingga selesai. Begitu juga tentang majlis di Muzium Negara yang berlangsung 11-12 Julai. 

Sekarang semuanya telah selesai. Barulah menulis menggunakan komputer baru. Ini adalah artikel pertama ditulis dengan komputer itu. Dengan ini artikel-artikel lama berikut dirujuk :-


1. Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 26 tahun lalu! - Ditulis Jun 2008, menunjukkan bagaimana boleh mula terlibat dengan komputer seawal tahun 1982, ketika berusia 12 tahun.

2. Tentang projek buku pertamaku dalam bahasa Melayu tahun 2002 - Ditulis Mac 2022 tetapi menunjukkan komputer riba pertama dimiliki, ketika berumur 32 tahun. Sebelum itu cuma pernah pakai komputer riba syarikat.

3. Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya... - Ditulis Jun 2008, tentang komputer riba kedua yang mula dimiliki tahun 2005.

4. Komputer Acer Aspire pun bersara - Mac 2012. Tentang peralihan dari komputer riba ketiga yang bermula 2008 ke komputer ke-4.

5. Hikmah laptop rosak - Jun 2014. Peralihan ke komputer ke-5.

6. Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki - Mac 2022. Meliputi komputer-komputer riba terdahulu dan seterusnya sehingga yang ke-7

7. Akhirnya komputer ribaku yang ke-7 tewas juga - April 2022. Peralihan ke komputer riba ke-8.

8. Masuk komputer riba yang ke-9 daaa... - Jun 2022. Tajuk cukup jelas.


Dengan itu dapat disenaraikan komputer-komputer riba saya seperti berikut :-


1. Compaq Presario - Tak ingat model tapi agak baru keluar pada awal tahun 2002. Kelihatan seperti model 1200-XL300. Dibeli baru lalu pakai sehingga penghujung 2004 atau awal 2005 gitu sebelum rosak terbakar akibat sendi 'koyak'. Inilah yang digunakan untuk penulisan-penulisan awal saya. Ia sempat membentuk draf awal siri novel "Berpetualang ke Aceh".

2. TwinHead 12D - Dihadiahkan baru oleh kawan awal atau pertengahan 2005. Digunakan hingga rosak Jun 2008 lalu dapat menerbitkan siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" iaitu buku pertama hingga ke-3 saya Jun 2006 - November 2007.

3. Acer Aspire 2920 - Dibeli baru pertengahan 2008 lalu digunakan hingga rosak Mac 2012. Dapat menerbitkan buku ke-4 sehingga ke-7 tahun 2009-2011.

4. Asus A43SJ - Dibeli baru tapi display model Mac 2012 lalu digunakan hingga rosak Jun 2014. Tidak sempat menerbitkan apa-apa buku dengannya. Yang ada cuma projek-projek penulisan yang tergendala atau tidak siap.

5. Sony Viao PCG-61213W. Processor I5 - Dibeli terpakai Jun 2014 sebelum rosak teruk penghujung 2016 atau awal 2017. Dapat menerbitkan buku ke-8 dan ke-9 pada tahun 2015 dan 2016.

6.  Acer   (tak ingat model. Processor I7) - Dibeli terpakai awal tahun 2017. Dapat bertahan sehingga April 2019 kalau tak salah ingatan. Dapat menerbitkan buku ke-10 hingga ke-12 pada tahun 2017 hingga awal 2018.

7. HP ProBook 6550b dengan processor I3 -  Dibeli terpakai sekitar April 2018 sebelum menghadapi masalah teruk 4 tahun kemudian. Dapat menerbitkan buku ke-13 Jun 2019. Digunakan untuk penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Dunia Islam) sampai satu tahap.

8. Sony Viao PCG-71311W. Dibeli terpakai April 2022. Pelekat pada komputer menunjukkan processor I5. Kemudian baru dapat tahu sebenarnya Intel lama. Selepas berlaku kerosakan ditukar kepada I3 lama kemudian rosak lagi. Dapat dipakai dalam tempoh 6 minggu yang mana seminggu hilang begitu sahaja kerana menunggu baik pulih selepas kerosakan pertama. 

9. Lenovo V14 Gen 2 dengan processor I3 1115g4 (11th generation) - Dibeli baru Jun 2022. Alhamdulillah dengan komputer ini dapat menerbitkan buku ke-14, menyelesaikan tesis sehingga dianugerahkan ijazah Sarjana (Master's) dan kemudian menerbitkan buku ke-15 berdasarkan tesis. Inilah yang diceritakan asyik sangkut kebelakangan ini tetapi kelihatan sudah elok kembali. Ini yang dihadiahkan kepada isteri.

10. HP x360 Elitebook 1030 G8 dengan processor I5 11th generation. Dibeli baru 13 Julai 2026 itu tetapi daripada koleksi display unit. Dengan komputer inilah ditulis artikel yang anda sedang baca ini. Semoga dengannya dapat menyelesaikan tesis sehingga dapat PhD. Semoga dapat bertahan jauh lebih lama lalu menghasilkan banyak tajuk baru buku. Amin.


Tiada ulasan: