Artikel ini, tentang hari ke-5 perjalanan Pantai Timur sepatutnya ditulis dan dipersembahkan 2 hari lalu. Tetapi saya menghadapi masalah komputer riba asyik beku. Begitulah keadaannya sehingga lewat malam tadi. Pagi tadi, terasa hendak menyemak keadaan komputer, pada ketika sudah bertekad tengah hari karang mahu keluar cari komputer riba baru. Tengok-tengok sudah pulih begitu sahaja. Ini memberikan ruang untuk melepaskan beberapa artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART diikuti penulisan ini. Maka bersambung penceritaan daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar.
Pagi Ahad 5 Julai 2026. Melihat keluar daripada bilik chalet yang disewa di Kuala Rekang, dekat dengan Pantai Melawi di Bachok, Kelantan.
Merujuk kembali pada artikel
Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar. Sebetulnya selepas sesi petang Haul selesai saya dan isteri terus menuju ke persisiran Kelantan kerana ingin menghadiri satu acara kebudayaan di Tok Bali dekat sempadan negeri Terengganu pada waktu malam. Tetapi apabila sampai kawasan didapati hujan amat lebat dan tidak kelihatan sebarang aktiviti. Diteruskanlah perjalanan sehingga terasa perlu berehat akibat penat sangat lalu mencari penginapan.
Selepas itu baru masuk ke bandar raya Kota Bharu.
Singgah beriktikaf di Masjid Muhammadi.
Ziarah makam Tok Kenali.
Keluar dari Kota Bahru untuk ke tempat ini yang ada kedudukan tinggi dalam sejarah lama Kelantan.
Malamnya singgah di masjid ini dalam perjalanan menuju ke rumah kawan. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Balah. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,848 di CATATAN SI MERAH SILU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan