Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Jun 09, 2026

Majlis pelancaran buku Al-Farabi di pesta buku

OK. Ada cerita berkenaan mesti dilepaskan. Bersambung daripada artikel Lagi ke Pesta Buku KL 2026



Adapun hari itu adalah hari kedua terakhir Pesta Buku Kuala Lumpur 2026.



Saya sebenarnya datang dengan tujuan utama mahu menghadiri majlis pelancaran buku Al-Farabi hasil tulisan guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar.  Ia merujuk kepada tokoh ilmuwan Islam, al-Farabi yang hidup hampir 1,200 tahun lalu.


  
Buku adalah terjemahan ke dalam bahasa Melayu daripada buku asal berbahasa Inggeris bertajuk "Al-Farabi: Life, Works and Significance" tulisan beliau yang diterbitkan tahun 1987 kemudian diulang terbit dengan penambahan tahun 2018. Wakil penerbit, Ketua Pegawai Operasi IBDE (Inisiatif Buku Darul Ehsan) Mohd Fakhri Nor Affandi menyatakan ia adalah sebahagian daripada usaha IBDE untuk menerbitkan terjemahan buku-buku ilmu bermutu dari bahasa lain ke dalam bahasa Melayu.


 
Penterjemah Dato' Dr. Baharudin Ahmad pula menceritakan bagaimana al-Farabi kurang dikenali di Alam Melayu berbanding al-Ghazali yang hidup 2 abad kemudian. Mungkin kerana al-Ghazali yang dilihat sebagai pemurni agama pada zamannya telah mengkritik aliran pemikiran falsafah seperti dibawa oleh al-Farabi. Walhal yang dikritik itu bukan semua aspek ilmu falsafah tetapi bahagian-bahagian tertentu yang dilihat sebagai kekeliruan yang boleh menjejaskan keimanan orang Islam. Dan ia lebih merujuk pada pemikiran falsafah Ibnu Sina yang hidup awal sedikit abad ke-10 dan 11 Masihi. 

Hampir dua abad lebih awal al-Farabi telah mendapat julukan Guru Kedua (selepas Aristotle dari Yunani abad ke-4 Sebelum Masihi, dijuluk sebagai Guru Pertama kerana memperkenalkan aliran falsafah tersendiri yang mengangkat tinggi penggunaan logik akal). Ibnu Sina dikatakan cuma dapat memahami tulisan Aristotle setelah merujuk pada kupasan al-Farabi. al-Farabi sendiri sebenarnya berusaha untuk memurnikan ajaran Aristotle sesuai dengan ajaran Islam. Fikiran falsafah yang dianutinya adalah untuk menjawab pelbagai persoalan tentang makna hidup yang muncul pada zaman kehidupannya abad ke-9 dan 10 akibat pertembungan budaya hasil perkembangan dunia Islam meliputi wilayah pelbagai ragam.



 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Zulkifli Hasan pula mengaitkan pemikiran al-Farabi dengan usaha kerajaan sekarang untuk mengangkat konsep Madani sebagai teras pengisian dan hala tuju negara. Ini kerana al-Farabi adalah orang pertama mengangkat konsep tersebut sebagai peradaban ulung bagi umat Islam. Tentang hal ini boleh rujuk syarahan Osman di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) hampir seminggu lalu dalam artikel Madani dalam sejarah : Islam, Timur dan Barat. Lihat juga Osman Bakar dan Madani - Usaha bagi menggapai satu idealisma tinggi yang ditulis dan dipersembahkan tahun 2023.



Zulkifli seterusnya melancarkan buku...



Ditunjukkan video klip tentang buku dan tokoh yang diperkatakan.



Selesai itu Osman memberikan syarahan. Dinyatakan buku asal berbahasa Inggeris yang menjadi asas penterjemahan dibuat menggunakan 1 bab sahaja daripada tesis PhD beliau (bertajuk "Classification of Knowledge in Islam : A Study in Islamic Philosopies of Science", dikemukakan di Temple University, Amerika Syarikat tahun 1987, sama tahun dengan edisi pertama buku al-Farabi). Tesis itu mengandungi 11 bab dan 6 adalah tentang Al-Farabi. Jadi yang dikemukakan dalam buku al-Farabi itu sebenarnya baru sedikit sahaja walaupun telah ditambah lagi bahan untuk edisi kedua 2018 yang menjadi asas penterjemahan buku bahasa Melayu yang dilancarkan. 




Tesis kemudian dijadikan buku tahun 1992. Dengan itu syarahan-syarahan beliau tentang isi buku yang sempat saya ikuti di ISTAC tahun 2019-2020 boleh dirujuk :-







6. Tidak hadir syarahan ke-6 pada pagi Isnin 6 Mei 2019 kerana berada di kampung ibu bapa di Muar untuk menyambut hari pertama puasa Ramadhan.















Seterusnya lihat Al-Farabi - Seorang pemikir universal yang ditulis penghujung 2020. Yang ini adalah berdasarkan edisi kedua buku "Al-Farabi: Life, Works and Significance" (2018), untuk sambutan 1,150 tahun tokoh (meninggal dunia tahun 950 Masihi), dalam majlis yang diadakan di ISTAC, anjuran bersama dengan Kedutaan Kazakhstan di Malaysia dan Al-Farabi Kazakh National University di Kazakhstan.



Saya dapat ingat lalu mengemukakan pautan bagi artikel-artikel tadi kerana telah mengumpulkannya dalam artikel kompilasi Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016. Dipersembahkan pada 7 Oktober 2024 ia menghimpunkan pautan bagi 140 artikel majlis ilmu. Hari sebelumnya telah menyajikan artikel kompilasi Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020. Yang ini turut meliputi majlis-majlis yang dihadiri/disertai selain anjuran ISTAC. Melaluinya boleh dicapai 499 artikel majlis ilmu sejak rajin mengambil tahu penghujung 2009.


Tiada ulasan: