Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, September 18, 2023

Perak selepas 9 September - Iktikaf di masjid lama Kepayang

Salam semua. Adapun saya ini baru sahaja kembali daripada satu lagi perjalanan di Perak, Sampai rumah selepas jam 1 pagi, setelah 5 hari 5 malam bermusafir seorang diri untuk melakukan bermacam perkara, antaranya mendaki Bukit Larut di Taiping dan berjalan kaki ke tengah kuala Sungai Perak di Bagan Datuk. Seperti biasa aktiviti-aktiviti ini melibatkan hal darah keturunan. Sekarang biar dimulakan perkongsian.



Perjalanan bermula apabila meninggalkan rumah jam 6 petang Rabu 13 September 2023. 




Sejak pertengahan tahun lalu, kebanyakan perjalanan ke Perak berlaku atas asbab mahu menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah di Ipoh berkenaan pampasan harta moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk iaitu Laksamana Muhammad Amin di Mekah.




Boleh kata hampir setiap bulan saya ke Ipoh supaya tahu dan dapat menjadi saksi perjalanan perbicaraan. Kali ini perbicaraan dijadualkan berlangsung 2 hari berturut iaitu pada pagi Khamis dan Jumaat 14-15 September.



Oh. Merujuk pada artikel-artikel di CATATAN SI MERAH SILU sebelum ini iaitu Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak yang dipersembahkan pada pagi Sabtu 9 September diikuti Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven pagi Isnin 11 September. Semuanya terkait kerana melibatkan hal Laksamana yang pernah dibuang ke Pulau Seychelles kerana dikatakan terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch pada 2 November 1875.




Sebelum itu iaitu pada petang Khamis 5 September saya telah menghadiri mesyuarat jawatan kuasa keluarga di Selayang tentang harta Laksamana. Yang ini lebih pada tindakan seterusnya di Arab Saudi, lain tetapi terkait dengan perjalanan perbicaraan di Ipoh yang lebih pada bagi menentukan siapa yang layak mendapat bahagian faraid pampasan. Tiba-tiba lewat petang itu mendapat berita bahawa anak yang belajar di sekolah Ma'ahad di Janda Baik dibenarkan pulang bercuti sehingga hari Isnin. Malam itu bergeraklah ke sana dari Selayang untuk mengambilnya.




Petang Isnin 11 September saya menghantar anak kembali ke Janda Baik kemudian bermalam di rumah bapa angkat, penulis buku politik terkenal S.H.Alattas @ Pak Habib. Esoknya petang Selasa 12 September singgah di kampus utama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak untuk urusan-urusan akhir tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Masih ada beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum dapat menerima ijazah, insyaallah pada konvokesyen penghujung November. Apa yang hendak diberitahu, ada sahaja urusan atau perkara perlu dilakukan sehingga ketika memulakan perjalanan baru ke Perak petang Rabu 13 September pun saya sebenarnya sedang berhubungan dengan pihak berkenaan melalui WhatsApp tentang poin-poin akhir bagi mencantikkan lagi tesis yang walaupun sudah lulus, masih perlu dilakukan pembetulan dan penambahbaikan macam-macam.



Sampai di pekan Bidor selepas masuk waktu Maghrib singgah untuk bersolat di masjid jamek. Lihat artikel Rupa baru (New look of) masjid jamek (the main mosque of) Bidor dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tengok-tengok terjumpa seorang kenalan Facebook yang ada hubungan persaudaraan, melalui nasab Perdana Menteri Kedah Wan Mat Saman. Sekadar memaklumkan. Menurut salasilah kami, Wan Mat Saman pernah datang ke Perak lalu mengahwini seorang wanita Bidor. Anak sulung melalui perkahwinan tersebut, Wan Long Sa'adiah berkahwin dengan Laksamana Muhammad Amin lalu dapat datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arshad. Seorang lagi anak bernama Wan Mat Zain. Saudara yang ditemui di masjid Bidor adalah daripada keturunan beliau.




Macam-macam kami berbual di sebuah kedai makan sebelum saya menyambung perjalanan. Sampai ke Tapah sudah jam 9.30 malam.




Ini kalau tak salah ingatan adalah di Kampar 20 minit kemudian.




Sampai ke pinggir selatan pusat bandar raya Ipoh dekat jam 10.30.




Perjalanan diteruskan ke masjid lama Kepayang di timur Ipoh lalu sampai jam 1040. Sejak pertama kali sampai awal November tahun lalu saya ada menyimpan niat untuk bermalam di situ. Lihat Misi keluarga Laksamana part VI - Harta pusaka di Mekah dan hal kebenaran salasilah. Sepatutnya hajat ini sudah ditunaikan apabila ke Ipoh sebulan lalu. Tetapi disebabkan kawan mengajak ke pusat latihan Silat Cekak di Manjoi kemudian bermalam di rumahnya di Pasir Puteh, hajat itu pun ditanggung sehinggalah baru ini. Lihat Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang.




Hampir segenap sudut masjid ini dikelilingi kubur-kubur lama dan baru. Selain beriktikaf di masjid saya juga ingin menziarahi sebuah makam lama. Kalau tak salah ia menempatkan jasad Panglima Kinta ke-7 yang dikenali sebagai Tok Jabor. Beliau meninggal dunia 150 tahun lalu atau lebih. Gambar ini diambil jam 11.32 malam. Menurut ceritanya inilah Panglima Kinta terakhir daripada cabang besar keluarga yang dikenali sebagai Pasak Kepayang. Sebelum itu pemegang jawatan digilirkan dengan satu lagi cabang besar yang dikenali sebagai Pasak Paloh. Sejak Tok Jabor meninggal semuanya daripada Pasak Paloh.

Tadi saya menghadapi masalah apakah hendak diberi nama tajuk utama siri perjalanan baru ke Perak ini lantaran sudah agak selalu sangat ke sana sejak lebih setahun kebelakangan, selalunya keluar sehingga berhari-hari. Kemudian baru teringat. Ini adalah perjalanan pertama sejak 9 September 2023 iaitu hari ulang tahun ke-17 jasad Laksamana Muhammad Amin dikembalikan ke Perak iaitu selepas 102 disemadikan dalam buangan di Singapura. Rujuk balik cerita berkenaan dalam artikel Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak. Maka itu biar siri diberi tajuk "Perak selepas 9 September".


Tiada ulasan: