Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Disember 19, 2009

Seminar Beting Beras Basah, keluarga Al-Shahab dan faktor 191

Sementara ada sisa-sisa tarikh 19 Disember 2009 yang ada faktor 191 (19/12/2009) biar dipersembahkan cerita ini...

Pagi tadi saya telah pergi menghadiri satu seminar tentang sejarah Beting Beras Basah di bangunan Wisma Sejarah, bersebelahan Perpustakaan Negara...


Turut bersama adalah isteri dan anak kecil kami juga seorang teman (tak ambil gambar pula)...

Sambil pembentang cerita mengkisahkan pengalamannya pergi ke Beting Beras Basah, kami pula teringat pengalaman kami sendiri ke sana. Rasanya tak perlulah diulang lagi apakah yang istimewa tentang tempat ini ya. Lihat artikel-artikel lama yang ada...

Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

Ke Beting Beras Basah bersama isteri... nyaris tenggelam dalam selut daaa!


Pembentang menerangkan keadaan air pusar besar di kuala Sungai Perak, air pusar yang boleh surut membentuk kawasan beting pasir sebesar padang bola yang dikenali sebagai Beting Beras Basah.



Dia kemudian menunjukkan bendera-bendera yang ditemuinya di tengah air pusar yang surut menjadi Beting Beras Basah...




Sebenarnya bendera-bendera ini cuma replika sahaja. Menurut ceritanya, pembentang bernama Raja Sayid Ariffin dari keturunan Sayyid Sheikh Al-Khairat yang berkahwin dengan Raja Mandak ibni almarhum Sultan Ahmaduddin Shah (Sultan Perak ke 18 ) ini telah mendapat alamat agar pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa bendera 7 warna. Ini berlaku pada tahun 1976 gitu. Di sana, beliau ternampak beberapa batang kayu bakau setinggi 15 kali setiap satunya terikat bendera negeri Perak. Kemudian beliau mengikatkan bendera yang dibawa.

Raja Sayid Ariffin yang dipanggil Pak Engku juga membuka cerita tentang jin-jin kerajan (jin kerajaan) negeri Perak juga kaitannya dengan Sulawesi iaitu Tanah Bugis. Teringat pula satu perjumpaan keluarga yang sedang berlangsung di Sabah (lihat artikel Selamat menyambut masuk tahun Hijriah 1431 dan sedikit tentang kaitan Aceh-Bugis... )... mungkin mereka sudah bergerak ke Sulawesi? Oh, semasa membuat presentation, Pak Engku ada menunjukkan keadaan pondok diraja Panca Persada yang sudah roboh di satu bahagian Beting Beras Basah. Gambarnya kelihatan seperti gambar-gambar yang pernah diletakkan dalam satu artikel saya di blogspot ini awal tahun 2009. Malah tajuk yang diletakkannya iaitu "Tanda keruntuhan kesultanan Perak?" juga sama. Lihat artikel Tanda keruntuhan kesultanan Perak?

Pak Engku turut membuka salasilah keluarga yang bersambung dengan keluarga Al-Shahab yang pernah memerintah kerajaan Siak. Kebetulan sebelah petangnya saya harus menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang melibatkan satu keluarga besar Al-Shahab, dari nasab diraja Siak juga tetapi turun ke Kedah. Apakah semua ini sudah dirancang? Untuk pengetahuan saya dapat tahu tentang seminar "Beting Beras Basah" ini baru 2-3 lalu secara tidak sengaja semasa mencari maklumat lain di Internet.

Pak Engku membuka cerita tentang Sultan Ismail Muabuddin, Sultan ke 25 Perak yang merupakan adinda kepada moyangnya Raja Sayyid Abdur Rahim ibni almarhum Sayyid Sheikh Al-Khairat @ Sayyid Hitam. Untuk pengetahuan Sultan Ismail inilah yang diturunkan pangkat menjadi Sultan Muda setelah Sultan Abdullah meminta bantuan British untuk menjadi pemerintah Perak hingga terjadinya Perjanjian Pangkor 1874. Sedih juga saya apabila Pak Engku menekankan betapa Sultan Abdullah dan orang kanannya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin terlibat. Lalu mereka dikatakan punca datangnya British ke rantau itu sedangkan ketika itu penjajah licik ini telah lama bertapak di Pulau Pinang malah sering berurusan dengan Ngah Ibrahim yang beriya-iya menyokong kenaikan Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan walaupun Raja Muda Abdullah asalnya memang lebih layak.

Ah. Perkara ini tidak suka saya panjangkan lagi. Apa yang berlaku telah pun dihuraikan dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?". Lihat artikel Bab 12, perebutan takhta dan harta di Perak yang membawa kepada keadaan negara hari ini... . Pusing kot mana pun, siapa yang bergaduh, nama-nama yang disebut ini semua ada hubungan darah dengan saya juga. Hakikatnya, mereka semua terjebak lalu dilaga-lagakan dalam perancangan jahat British untuk menakluki Tanah Melayu. Apa yang kami anak cucu boleh buat kini ialah mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Kemudian bertindaklah dengan penuh hikmah agar pisang tidak berbuah dua kali...

Haaaa... lagi satu, Pak Engku ada menunjukkan gambar-gambar makam Sultan Ismail di Johor Bahru. Untuk pengetahuan selepas berlaku perang Perak melawan British akibat Datuk Maharajalela dan orang-orangnya membunuh Residen pertama Inggeris ke Perak iaitu J.W.W. Birch, Sultan Ismail telah dibuang negeri ke Johor di mana baginda akhirnya mangkat. Saya baru sahaja menziarahi makam sultan ini bulan lepas. Ini akan diceritakan apabila siri baru cerita "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan" bermula nanti.

OK. Maka tamatlah seminar. Petang itu saya pun pergi menghadiri majlis perkahwinan pecahan keluarga Al-Shahab yang lain di Janda Baik. Jumpa pula dengan penulis lirik terkenal yang kini lebih aktif melukis malah katanya suka juga mengumpul keris iaitu S. Amin Shahab. Banyak juga kami bercerita tentang perkara-perkara melibatkan nasab dan kewalian. Dalam pada itu terfikir saya betapa hari itu, 19/12/2009 yang ada faktor nombor 191 menyaksikan saya dan isteri sering 'terserempak' nombor 191 dan variasi-variasinya, daripada nombor kereta sampai ke nombor meja, waktu pada jam dan sebagainya pada ketika-ketika tertentu.

Saya rasa pernah menerangkan apakah makna nombor 191 buat saya. Sila lihat artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) yang dibuat tahun lalu. Sekarang baru saya boleh berehat, setelah penat membuat artikel-artikel baru sebaik sahaja kembali dari Janda Baik termasuk artikel ini. Oh, anda boleh melihat gambar-gambar cantik suasana di tempat majlis perkahwinan yang diadakan di satu kawasan ekslusif atas bukit. Lihat artikel A wedding on top a hill in Janda Baik di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sekian, selamat malam! :]




12 ulasan:

kuching biru berkata...

salam
en Radzi,
saya sebenarnya sedang cuba mempelajari budaya melayu dan asal usul bangsa. untuk itu, seorang rakan telah mencadangkan agar saya melawati blog saudara ini. saya dapati blog sudara ini banyak informasi yang menarik terutamanya mengenai asal keturunan kerabat raja raja melayu. malangnya saya berpendapat cara penyampaian tulisan saudara lebih bersifat peribadi dan terlalu mengagung-agungkan kemulian keturunan termasuklah keturunan saudara sendiri. saya rasa lebih elok jika saudara dapat menonjolkan nilai kesederhanaan bangsa melayu yang menjadikannya satu bangsa yang unik. jika dilihat sejarah, orang kebanyakan melayu lah yang lebih menjaga maruah bangsa jika dibandingkan dengan raja-raja dan golongan bangsawaan yang saudara agung-agungkan itu. kelemahan golongan itu jugalah yang menjadikan bangsa melayu terjajah sejak beratus tahun hingga lah merdeka 52 tahun yang lalu. kemerdekaan itu pun hasil perjuangan orang melayu biasa. golongan istana dan bangsawan melayu hanya mendapat tempat dalam sejarah kemerdekaan hanya kerana sifat feaudalistik masyarakat melayu itu sendiri yang dipupuk oleh pemikir-pemikir melayu zaman itu yang berkiblatkan istana seperti saudara sendiri. walaubagaimanapun, itu hanya lah pendapat saya. tidaklah saya memaksa saudara setuju dengannya. lagi pun blog ini kepunyaaan saudara. saudara ada hak untuk menulis disini mengikut citarasa saudara. sekian. terimakasih kerana memberi laluan.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Tak mengapa. Memang blog ini adalah penceritaan tentang kehidupan melalui kacamata saya. Dah keturunan saya begitu, takkan saya harus membohongi diri.
Apapun terimakasih atas keprihatinan ini! :]

Al Mahadaya berkata...

Di atasnya ada 19. (30) Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab dan orang-orang mu’min itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir [mengatakan]: "Apakah yang dikehendaki Allaha dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allaha menyesatkan orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. (31) Al Mudatthir

Perhatikan tulisan nama tuhan itu sendiri Alif =1 dan Ha = 9
Sifat tuhan diterjemahkan dlm bentuk nombor yg awal 1 dan yg akhir 9
Nama-nama sifat tuhan yg di sebut Asma Al Husna = 99
Basama Allaha Al Rahamana Al Rahima = 19 huruf

Sesungguhnya pada setiap yg berlaku, tuhan akan mendtgkan tandanya (nombor) dan menyatakan perkara itu berlaku dgn izinnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saudara MS. Saya tertarik dengan usaha saudara menjejaki jurai keturunan Aceh-Bugis ni. Emmm ... nak tanya siapakah pula yang berasal dari keturunan ini ? Menurut artikel-artikel dan buku BKA sebelah bapa dari keturunan Ahlul bait. Jadi Aceh - bugis ni sebelah ibu ke ? ... Kalau betullah maka saudara MS ni bukan calang-calang orang nampaknya... Wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Dalam nasab Aceh-Bugis itu sendiri ada Ahlul Bait. Umum mengenali Ahlul Bait sebagai orang-orang yang dikenali dengan nama Sayyid dan selalunya yang pakai nama Sayyid di Nusantara ini berasal dari kabilah Ba'Alawi yang merupakan keturunan Saidina Hussein. Yang kurang diketahui ialah keturunan Saidina Hassan yang telah datang ke sini 1,200 tahun lalu kemudian diangkat menjadi raja. Ada anak keturunan mereka terus memakai nama raja tanpa perkataan Sharif mahupun Sayyid lalu terus dikenali sebagai raja-raja Aceh dan sebagainya. Cuma sedikit yang tahu mereka juga asalnya Sayyid! :]

Unknown berkata...

as-salam...maaf mencelah...mcm mana nak menghubungi tuan Radzi Sapiee..amat penting untuk jawapan 'alamat' pelik yg saya alami semenjak arwah ayah saya meninggal dunia...arwah ayah dan keluarga pernah tinggal dan bertugas di Istana Bukit Chandan..polis istana..era Almarhum Sultan Idris...tiada siapa yg dapat 'huraikan' maksud 'alamat' yg sedang saya alami..harap dapat maklum balas..

Unknown berkata...

maaf..ini email saya...fiduz666@gmail.com...

syukran jazakallah ...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.

Sila ke merahsilu@hotmail.com...

Tanpa Nama berkata...

Salam..berkenaan Tun Saban,mungkin en radzi boleh dapat maklumat yg lebih terperinci daripada warisnya Di Ipoh pula Dan bukan semata-mata Di Lenggong.Daripada maklumat yg sy dapat,Panglima Bukit Gantang Wahab adalah juga warisnya Tun Saban.Sekiranya en Radzi berminat tentang Tun Saban ini,adalah tidak lengkap Sekiranya tidak me Salasiah maklumat dari warisnya Tun Saban ini.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terima kasih atas maklumat. Minat saya tidaklah begitu mendalam. Apabila timbul rasa untuk mengambil tahu saya akan cari atau diberi jalan untuk dapatkan setakat yang perlu kemudian beralih ke tempat lain. Baru2 ini saya sudah ke makamnya di Lawin. Nanti akan diceritakan insyaallah...

pemerhati nusantara berkata...

asalamualaikum sdr. radzi.terlrbih dahulu saya mengucapkan tahniah pd sdr.kerana minat sdr mengkaji melayu nusantara.Walaubagaimanapun skop sdr kaji tidak menyeluruh cuma sdr mengagungkan keturunan sdr spt bugis ,aceh,jawa.Sebenarnya pengkaji tahu atau buat tidak tahu peranan raja2 banjar yg kuat pd zaman dahulu tetapi tidak menyerang suku2 melayu lain berbeza dgn bugis,aceh,jawa yg sanggup melanggar sumpahan.Rujuk tuhfah annafis raja ali haji mengingat keturunan bugis taat pd raja2 banjar.ini terjadi apabila keturunan raja bugis dari sulawesi ingin membuat penempatan dikalimantan iaitu dibawah pemerintahan raja pasir(raja banjar)dibawah kekuasaan Raja banjar dibanjar.disini lah bermula sumpahan.Bugis yg datang ke siak dan tanah melayu adalah dari keturunan yg menetap dibawah pemerintahan raja banjar dikalimantan.dikalimantan ini juga berlaku kawin campur.Perjanjian/sumpahan ghaib dibeting beras basah juga saya rasa sdr. tidak mengetahui atau tidak mahu mengetahui perkara sebenar.sekian tewrimakasih

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Setahu saya sumpahan yang disebut Raja Ali Haji merujuk pada persekutuan Melayu-Bugis yang berlaku pada zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam. Apapun saudara tetap dengan pendirian saudara melihat dari kacamata saudara, saya juga tetap dengan pendirian saya. Maka silalah bercerita panjang lebar di blog sendiri. Blog saya adalah untuk apa yang saya rasa. Sekian.