Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, December 18, 2009

Selamat menyambut masuk tahun Hijriah 1431 dan sedikit tentang kaitan Aceh-Bugis...


Assalamualaikum sekali lagi. Oleh kerana malam ini telah pun masuk 1 haribulan Muharram 1431 iaitu tahun baru Hijriah biar saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru, semoga kita semua dikurniakan dengan kudrat dan iradat yang memungkinkan kita untuk menghidupkan azam baru untuk menjadi manusia Muslim yang lebih baik dari hari-hari dahulu. Sepatutnya pada tarikh ini saya sudah berada di Tawau, Sabah untuk menghadiri satu majlis keramaian demi menyatukan kembali satu keluarga besar kerabat diraja Bugis. Sebagai seorang yang ada kena-mengena saya telah dijemput serta. Difahamkan semua yang hadir kemudian akan ke Kalimantan, Indonesia lalu menaiki kapal yang katanya disediakan untuk 700 orang menyusuri perjalanan memudiki sebuah sungai luas untuk mengenang kembali perjalanan seorang raja besar Bugis yang pernah mendirikan sebuah kerajaan baru selain mengambil-alih sebuah kerajaan sedia ada di tengah pendalaman Pulau Borneo.

Saya difahamkan juga perjalanan menyusuri sungai bakal memakan masa 10 jam. Selesai acara di situ, katanya semua waris-waris akan dibawa kembali ke Wajo, Sulawesi Selatan untuk berkenal-kenalan kembali dengan saudara-mara yang ada, Katanya mereka juga akan beri hak-hak sewajarnya termasuk tanah peninggalan warisan selain dinobatkan kembali dengan nama-nama Bugis yang melambangkan taraf sebenar tuan punya badan. Namun saya tidak dapat menghadiri semua ini kerana tidak boleh meninggalkan anak kecil yang baru berumur 2 bulan. Selain itu, sebenarnya saya masih lagi ada rasa tidak puas hati tentang kaitan sebenar kerabat diraja Aceh dengan kerabat diraja Bugis.

Hmm. Tadi ketika memilih tajuk artikel yang ada perkataan "sedikit kaitan Aceh-Bugis" saya memikirkan mahu bercerita tentang maklumat terbaru yang saya dapat mengenai watak besar Perak lama yang dikenali sebagai Daeng Selili, moyang kepada Datuk Maharajalela yang turut terlibat membunuh Residen pertama Inggeris ke Perak, J.W.W. Birch. Terdapat juga maklumat baru tentang seorang moyang saya Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam berdasarkan apa yang tercatat dalam teks lama Lontara Sukuna Wajo, maklumat yang nampaknya mengalih aliran nasab lebih kuat ke Tanah Bugis walaupun masih diakui Nakhoda Hitam memang pernah berpusat di Aceh.

Saya juga bercadang mahu memanjangkan cerita tentang seseorang bernama Daeng Mansur yang katanya datang dari Tanah Bugis ke Aceh pada abad ke 16 Masihi lalu keturunannya mula menjadi Sultan-sultan Aceh sejak awal abad ke 18 hingga keSultanan Aceh ditamatkan Belanda awal abad ke 20. Tetapi nampaknya ia tidak terkeluar dari diri ini pula. Cukuplah jika dinyatakan seorang ulamak besar Bugis bernama Sheikh Yusuf yang lukisan rupa-parasnya telah diletakkan di atas pernah menjadi anak murid ulamak besar Aceh, Sheikh Abdul Rauf Singkel, orang yang juga dikenali sebagai Syiah Kuala. Cukuplah juga saya membuka persoalan... jika watak besar pendakwah Ahlul Bait bernama Sayyid Jamaluddin Kubra yang datang ke Nusantara abad ke 14 Masihi dikatakan pernah berkahwin dengan 3 orang puteri diraja untuk menerbitkan para Wali Songo di Jawa dan keturunan raja-raja di Champa, Pattani dan Kelantan apakah beliau tidak pernah meninggalkan keturunan yang muncul menjadi wali juga para raja di Tanah Bugis memandangkan beliau memang diketahui akhirnya mangkat di Wajo?

Salam hormat kepada saudara-saudaraku anak cucu kerabat diraja Wajo yang berbulan-bulan merancang untuk bertemu demi melestarikan legasi besar nenek-moyang. Maaf jika saya masih kelihatan terlalu pro-Aceh sehingga turut kelihatan seperti kurang mengendahkan asal-usul yang belah Bugis. Ada banyak lagi maklumat yang perlu dipersatukan agar apa yang dapat dihidupkan kembali nanti bukan sekadar perjuangan Daeng Selili @ La Madu Kelleng untuk menentang penjajah bahkan perjuangan lebih besar Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan sebenar Islam. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 606 di blogspot ini. Sekian selamat malam.

9 comments:

Perindu Malam... said...

salam...
molek juga kalau MS letakkan "Recent Comments Widget" di ketiga-tiga blogspot MS sebagai "alert" kepada komen-komen terkini daripada para pembaca... senang diuruskan, di sini pun ada...! Sekadar mencadangkan...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terimakasih. Cadangan yang baik tu. Insyaallah bila ada kelapangan saya buat. :]

PUTERI said...

MS,
saya akan ke cape Town bulan tiga ini atas urusan kerja..memang saya ada "RASA", ada kaitan keluarga kami dengan ulamak ini.

Begitu juga saya baru mendapat berita, Raja Ahmad berkahwin dengan Puteri dari China, dan sewaktu saya melawat ke makam Ming di Beijing, serta masjid lama para sahabat di Niu Jie Beijing, saya mendapat beberapa "ALAMAT".

Satu sejarah yang panjang, dan mungkin Cape Town juga dengan Sheikh Yusuf memberi saya satu lagi rasa-rasa yang sama.

Radzi Sapiee said...

Sampaikan salam kami sekeluarga kepada almarhum... :]

Radzi Sapiee said...

Testing, testing. Baru tambah widget tadi tapi yang keluar comments entah dari mana entah. Ni nak tengok ni comment ni keluar ke tak..

Perindu Malam... said...

ha..ha..ha.. widget ni memang pakai gear auto lah... asal komen je mesti keluar punya...

salam... salam...!

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Memang bagus widget ini. Dapatlah saya tahu jika ada orang komen dalam artikel-artikel lama. Kalau tak tentu saya sendiri tak sedar, maklumlah dah masuk 607 artikel kat sini... takkan le nak tengok satu-persatu untuk apa-apa komen terbaru!

Anonymous said...

Sdra Radzi. Saya hanya ingin berkoongsi pengalaman. Saya sebenarnya pernah melalui pengalaman spiritual spt sdra sehingga saya pernah dicop gila dn hampir berhenti kerja. Semasa saya dalam perjalanan itu, selama 7 tahun, saya tlh pergi ke Makasar atas urusan kerja. Semasa di Makasar saya tlh dibawa melawat ke Makam 3 wali Allah iaitu Deponegoro, Sheikh Yusuf dn Sultan Hassanuddin. Setiap tempat saya lawat disambut dgn azan waktu berkaitan, dn saya merasa seolah2 ada ' benda masu' menyebabkan saya mebaca zikir2 tertentu secara autometic. Sehingga di makam sultan Hassanuddin saya berzikir menurut tarikan nafas dn kali keetujuh zikir saya baca sekuat hati dn disambut oleh azan maghrib. Lepas itu saya dlm keadaan delirium selama 2 hari. Saya dirawat oleh dr pakar yg pelik melihat keadaan saya yg hanya mahu makan nasi putih, air kosong dn buah anggur. Semasa delirium itulah saya ditunjukkan pelbagai maklumat mengenai perjalanan wali2 Allah dari China ke Champa dan Kalimantan. Malah saya diberitahu keturunan ibu saya sebenarnya Sayid dari Mekah. Sdgkan ayah saya adalah seorang asli sheikh dari Yaman dn ibu saya berasal dari Banjarmasin. Saya ditunjukkan beberapa hal future, antaranya gempa bumi di Taiwan yg betul berlaku 2 minggu kemudian. Saya juga dimaklumkan siapa presiden Indonesia akan dtg. W/pun bila saya bercakap dlm keadaan delirium itu mereka ketawakan, tetapi telahan saya itu tepat iaitu Megawati jadi presiden.

Ada orng kata jin yg masuk. Tapi saya rasa mcm saya di control oleh satu kuasa beyond my knowledge. Saya baik sendiri. Sebelum itu saya pernah tak sedar di Dublin semasa kursus. Saya balik seorang dgn hanya ada 100 swiiss francs. naik turun 4 kapalterbang. Tetapi sepanjang perjalanan saya sentiasa dibantu sampai sempat lagi singgah di Singapore melawat makam Habib Noh. Seumur hidup keluarga kami tidak pernah pergi kekeramat2 ini Because we don't belief in keramat. Selepas 7 tahun saya baik sendiri. Hanya pengalaman ini banyak mengjar saya kefahaman ilmu tassawuf. Ada yg kata saka. Sampai skng saya hanya berkeyakinan mengenai sifat2 dan kekuasaan Allah dn hanya berpegang kpd talian Allah.
Bila membaca blog sdra saya sgt berminat. Cuma skng saya dah berumur dn x boleh bebas sgt kerana pperlu menjaga suami yg uzur.
Sdra boleh jwb. Tetapi tak perlu siarkan komen ini. Hanya utk pengetahuan sdra sahaja.

Radzi Sapiee said...

OK... :]