Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 20, 2008

Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

OK... Kita sambung terus cerita Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! Untuk makluman, bukan senang saya mahu menyambung cerita ini... Beberapa hari kebelakangan ini terasa gangguan kesihatan zahir dan batin semakin kuat dan terasa semakin mencengkam apabila cuba meluahkan bab Beting Beras Basah ini tetapi harus dilawan... Mari! :]




Maka kami pun singgah ke pondok diraja sebelum masuk ke kawasan Beting Beras Basah...

Sebelum itu, keteguhan hati kami untuk meneruskan perjalanan ke sini diuji... Daripada Bagan Datoh kami terus menghala ke Sungai Ular... Sambil-sambil itu saya melihat ke kanan mencari lorong menghala ke Beting Beras Basah sepertimana yang pernah saya lalui lebih setahun lalu. Tetapi ketika itu, saya dibawa ke sana oleh beberapa orang anak muda tempatan... Itupun setelah mereka yakin bahawa saya ada kaitan peribadi dan kekeluargaan dengan tempat ini.

Kali ini saya tidak pasti lorongnya yang mana... Maka harus bertanya kepada orang... Itupun terlajak sedikit beberapa batu ke hadapan. Nasib baik saya sedar apabila mendapati jalan utama yang dilalui mula membelok ke kiri menghala ke selatan menandakan kami sudah sampai ke penghujung tanah seperti semenanjung yang mengandungi kawasan Bagan Datoh di utara dengan Sungai Perak sebagai sempadan sementara kawasan Sabak Bernam pula di selatan dengan sempadan semulajadinya Sungai Bernam...

Pondok diraja ini dikatakan tempat setiap bakal Sultan Perak harus singgah sebelum menjejakkan ke Beting Beras Basah. Di dalamnya ada semacam satu singgahsana kecil... Saya pun naik ke atas lalu duduk bersila dan bertafakur sebentar... Berbalik pada cerita hendak sampai ke tempat ini...

Setelah terlajak perjalanan tadi hampir menghala ke Sabak Bernam, kami pun berpatah balik menghala ke Sungai Ular... Sempat singgah di sebuah surau untuk mengambil wudhuk sebelum bertanyakan orang lagi jalan yang patut diambil lalu terjumpalah simpang masuk ke Beting Beras Basah...

Kami pun masuk ke jalan kecil berbatu kasar itu, jalan yang sebenarnya membawa masuk ke sebuah ladang. Lebih kurang satu kilometer kemudian jalan di hadapan terhalang... Ia ditutup dengan palang besi yang berkunci. Apabila ditanya pada pekerja orang Indonesia di situ, katanya kuncinya tiada kerana telah di bawa balik oleh mandur!

Ah... Apa ini? Kalau naik motosikal mungkin kami boleh lepas tapi kami bertiga menaiki kereta, sudah nyata tak boleh lepas sedangkan perjalanan masuk ke dalam masih jauh lagi, rasanya paling kurang pun sekitar dua kilometer juga. Nak buat macamana ni?




Selepas selesai saya bertafakur di pondok diraja, kami pun menyambung perjalanan ke Beting Beras Basah... Dan kembali ke cerita di tempat yang terhalang tadi...

Nasib baik pekerja Indonesia itu tahu jalan lain untuk ke sana. Kami pun keluar balik ke jalan besar kemudian bergerak menghala kembali ke Bagan Datoh sekitar dua kilometer sebelum masuk ke jalan yang dikatakan...




Pemandangan kuala Sungai Perak daripada bangunan jeti paling hampir ke Beting Beras Basah. Kelihatan dalam gambar ialah sebahagian daripada gugusan pulau-pulau yang dikenali sebagai Pulau Sembilan!

Ternyata jalan kedua yang diambil ini lebih teruk keadaannya daripada jalan mula-mula yang sekurang-kurangnya lebih luas dan terang walaupun berbatu-batu. Jalan kedua ini dikelilingi semak samun dan terasa begitu sempit... Kalau naik motosikal lainlah juga. Ini naik kereta dengan kiri-kanannya sentiasa menyapu semak.

Sampai satu peringkat jalannya bercabang. Kami memilih itu mengambil jalan terus lalu sampai ke jalan mati di sebuah kunci tali air. Allah! Bagaimana ini? Betulkah jalan yang diambil ini? Takkan nak keluar balik dan bertanya orang lagi sedangkan kami telah beberapa kali bertanya, nak patah balik pun boleh tahan jauh juga!




Sepupu saya Nizam memandang ke aras Beting Beras Basah yang terletak hampir ke tengah kuala Sungai Perak... Nampak tak perahu nelayan di dalam gambar ini? Letak Beting Beras Basah tidak jauh daripada situ!

Kami berpatah balik ke bahagian yang bercabang tadi lalu cuba masuk melalui cabang jalan yang lagi satu... Nasib baik bercabang dua, kalau tiga atau empat kan ke susah? Sedangkan kami masih lagi meneka-neka manakah jalan untuk sampai ke Beting Beras Basah... Berapa kalikah kami perlu tersilap atau haruskah kami mengalah?

Apapun perjalanan tetap diteruskan juga. Seperti tadi, jalan semakin sempit dan ada bahagian yang berlekuk-lekuk. Rasanya jalan ini sudah lama tidak dilalui kereta walaupun tompokan rumput di tengah jalan yang diapit bahagian sedikit lapang kiri dan kanan menandakan ia memang pernah dilalui kereta... Mungkin kereta 4x4 agaknya?

Kami bertawakal untuk meneruskan laluan di jalan ini, tak tahulah jauh sampai ke mana... Kalau tak jumpa juga, mungkin takda rezeki. Cuba dahulu sejauh mana yang kami larat dan confident, kalau tak berjaya juga sekurang-kurangnya kami dah cuba setakat yang boleh ya tak?

Kalau saya pergi seorang diri, mungkin tak berapa risau kerana saya biasa meredah pelbagai halangan. Tapi apabila membawa orang, saya merasa bertanggungjawab atas susah-payah mereka hatta keluhan dan rasa tidak pasti yang muncul sepanjang perjalanan... Dan saya risau juga jika kereta sepupu saya jadi rosak akibat jalan yang kurang baik ini. Alhamdulillah, dia sedia meredah... Mintak-mintak le tiada masalah...




Lihat dengan lebih dekat bahagian kuala Sungai Perak ini... Perhatikan sampan di kanan. Sekarang lihat ke kiri sedikit daripada tengah gambar. Nampak tak ada satu batang kayu kecil tinggi terpacak di tengah sungai? Kalau nak tahu di situlah terletaknya Beting Beras Basah... Kali terakhir saya ke sini, ada bendera Perak terikat pada kayu tersebut...

Apapun, kami meneruskan perjalanan... Sempatlah bertemu beruk melintas, tak lama kemudian biawak melintas dan akhir sekali seekor babi hutan besar menunggu di tengah jalan!


Pemandangan sedikit ke kiri mungkin menghala ke arah kiblat? Wallahualam... Kelihatan di latarbelakang ialah Pulau Pangkor sekitar 60km ke hadapan. Kelihatan di kawasan lumpur kuala Sungai Perak ini pula adalah beberapa buah bendera Perak yang dipacak, kalau tak salah sebagai petunjuk arah menaiki sampan daripada jeti ke Beting Beras Basah...

Setelah bergerak sekitar 2km mengharungi jalan kecil kurang elok yang ada kera, biawak dan babi hutan, kami akhirnya berjumpa dengan laluan binaan batu yang membawa ke jeti terdekat untuk ke Beting Beras Basah... Alhamdulillah, sungguh lega saya. Begitu juga Nizam dan rakannya...

Lebih setahun lalu, saya juga menurut laluan ini tetapi dengan dibawa melalui jalan awal berbatu yang didapati ditutup tadi, dengan menaiki motosikal... Lihat gambar pertama dalam artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! Ketika itu laluan tersebut masih dalam pembinaan tetapi kini sudah siap sepenuhnya...

Nizam menuding jari ke Beting Beras Basah... Maka tercapailah hajat Nizam dan rakannya untuk sampai ke sini... Rasanya cukuplah sampai ke jeti ini kerana tiada sampan ataupun untuk ke tengah. Itupun kalau katakan kami mempunyai banyak masa (kerana ada tempat lain yang mahu disinggahi dalam perjalanan terbaru ke Perak ini), tak mustahil kami akan mencari mana-mana sampan orang kampung lalu bergegas ke tengah sungai...

Oh... Sebelum menyambung cerita, elok juga saya letak satu versi cerita tentang Beting Beras Basah, dikutip daripada Internet...

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I telah ditabalkan bermulanya di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang akhir dan bersemayam di Kampar (Sumatera) satelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Sewaktu bahtera baginda menghampiri kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora.

Didalam keadaan yang huru-hara itu tiba-tiba muncul satu Jin yang sangat besar sehingga kepalanya kelihatan mencecah langit. Jin tersebut telah berkata kepada Sultan Muzzaffar Shah : " Sekiranya tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah tuanku buangkan Mahkota tuanku kedalam laut terlebih dahulu...."

Sultan Muzaffar serta merta mengambil mahkota baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali saperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala.

Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda. Maka baginda Sultan Muzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

Semenjak peristiwa itu Negeri Perak tidak lagi memakai nama 'Tengku Mahkota' oleh sebab mahkotanya telah diambil oleh Jin yang menjaga Negeri tersebut yang bernama Dato'Mahkota Si Raja Jin.. Gelaran tersebut telah ditukar kepada 'Raja Muda'. Sahingga kini setiap Sultan Perak yang baru ditabal akan menziarahi ke kawasan Beting Beras Basah sebagai salah satu adat kebesaran Negeri dan mengingati peristiwa sejarah tersebut.


Dari bangunan jeti, saya, Nizam dan rakannya setakat turun ke tepian pasir kemudian memasukkan kaki ke dalam lumpur sebagai syarat. Insyaallah lain kali baru kami akan betul-betul menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah? Insyaallah!

Oh... Tentang cerita Beting Beras Basah tadi. Itu adalah satu versi... Saya sendiri kurang cenderung pada apa-apa versi yang melibatkan jin. Tetapi cukuplah diberitahu bahawa semua cerita sepakat dalam menyebut bahtera Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah pernah tersangkut di kawasan itu ketika kali pertama mahu masuk ke Sungai Perak. Lalu diberitakan, baginda telah bersawab atau menyebut kata-kata berikut...


Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka,
Perpisahan Aku di Selat Melaka....

Setelah itu bergeraklah bahtera baginda masuk ke negeri Perak dan dapatlah baginda menjadi Sultannya yang pertama. Maka itu dalam adat pertabalan Sultan di negeri Perak, diwajibkan setiap bakal Sultan agar menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah. Lalu adat-istiadat ini dimulakan dengan menziarahi makam-makam tertentu sepanjang menghilir Sungai Perak sehingga sampai ke kuala lalu sang Sultan pun mesti menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah...

Disebabkan ini maka dikatakan Beting Beras Basah itu tidak boleh dijejaki oleh orang kebanyakan... Yang boleh cuma kerabat diraja yang ada kena-mengena dengan susur-galur keSultanan Perak yang dikatakan mewarisi darah dan daulat keturunan Raja-raja Melaka malah ada juga darah diraja Aceh!

Ingat tak kes satu hamba Allah tu mengaku sebagai Raja Melaka? Sehingga sanggup membuat majlis pertabalan sendiri lalu cuba diwar-warkan pada orang ramai seraya dia cuba membuat tuntutan kepada majlis raja-raja?

Salah satu perkara yang membuat dia yakin yang dia adalah waris Raja Melaka adalah disebabkan dia sudah mandi di Beting Beras Basah dengan selamat tanpa ketulahan atau menerima apa-apa bencana... Pada saya tiada apa hendak dihairankan kerana anak cucu Raja Melaka bukan seorang. Malah semua mereka yang ada darah kerabat diraja Perak memiliki darah Raja Melaka... Maka secara adatnya, mereka semua boleh singgah dan mandi di Beting Beras Basah tanpa perlu takut apa-apa bencana mahupun ketulahan... Sekurang-kurangnya jika darah diraja mereka masih kuat le, bukan bercampur-aduk dan sudah turun grade nya!

Kami pula setakat membasuh kaki dengan air perigi di belakang pondok diraja. Dalam pada itu saya teringat Nur, seorang gadis kesayangan saya pernah sampai ke Beting Beras Basah dengan menaiki bot bersama seorang rakan perempuan... Lalu dia bukan sahaja menjejakkan kaki ke sana malah terus turun bot dan mandi di situ hingga pemandu bot itu terperanjat lalu tertanya-tanya, apakah Nur ini adik kepada Raja Nazrin, Raja Muda Perak sekarang?


Sebelum meninggalkan kawasan Beting Beras Basah ini, kami singgah lagi ke pondok diraja... Baru kami tersedar ada sesuatu yang tidak kena tentang bendera-bendera di sisi pintu masuk ini! Sepatutnya warna putih yang melambangkan Sultan adalah di atas, baru diikuti warna kuning sebagai lambang Raja Muda seterusnya hitam sebagai lambang Raja Di Hilir... Ini tidak, kuning di atas diikuti putih di tengah seterusnya hitam di bawah. Apa dah jadi?

Malam itu, saya sempat menunjukkan gambar ini kepada seorang bapa saudara di Teluk Intan... Setelah melihatnya sendiri dalam kamera, baru dia juga tersedar ada kesilapan di sini... Kalau ya pun bendera dipasang terbalik maka seharusnya hitam di atas, kuning di tengah dan putih di bawah. Ini tidak... Samada ia kesilapan besar kerana warna-warna ini dijahit sebegitu rupa ataupun ia adalah sesuatu yang disengajakan kerana ada makna tertentu?

Apapun, saya sudah berjaya melepaskan cerita Beting Beras Basah ini dari dada setakat yang boleh. Sekarang biar saya cuba membuat sedikit update untuk blogspot-blogspot saya yang lain ya termasuk gambar sebuah masjid di sekitar Bagan Datoh yang amat menarik untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ... Kemudian Insyaallah saya ada satu lagi perkara hendak dilepaskan di blogspot ini. Sekian! :]






7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe

sesiapun boleh mandi
Tak percaya, suruh lah pekerja indon mandi..

Nescaya tiada ketulahan..

zulqarnain

Radzi Sapiee berkata...

Hehe... Kalau begitu semuanya dipersilakan mandi beramai-ramai di sana. Semoga sihat walafiat sentiasa. Hehe! :]

Tanpa Nama berkata...

salam,

takkan nak suruh2 orang lain kot zulqarnain, tak de ummpph la.


-awanbadai-

Luckmans berkata...

Salam Saudara Radzi, terima kasih dengan usaha sauda saya dapat juga menjejaki kt Beting Beras basah. Satu tempat yang bagi saya amat unik.waktu saya pergi barbaru ni, tempah persinggahan diraja telah musnah, menurit kata penjaga tempat tu, seseorang akan membinanya semula..saya juga sempat mandi di perigi yang ditunjukkan dan bersiar-siar disekitar persisiran kawan beting beras basah basah. wlaaupaun panas terik tapi suasana yang saya alamai amat menyenangkan dan dingin. Bagi saya kawasan ini agak unik dan menarik juga.

Luckmans berkata...

Latest News..Tempat tabal diraja telah dibina semula....

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Kali terakhir saya ke Perak sebulan lalu memang ada orang sebut. Tapi tak sempat singgah. Bagus le... :]

Tanpa Nama berkata...

Dalam tahun 2009, aku pernah disuruh mandi di situ. Beberapa syarat diikuti sehingga mengarahkan aku ke situ dan mencari tempat paling tinggi di pantai itu dan mandi....