Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, June 18, 2008

Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

OK... Saya sebenarnya terasa begitu berat dan malas untuk menulis buat masa ini, mungkin akibat badan kurang sihat dan kepala pula terasa penat akibat bebanan kerja dicampur gangguan-gangguan tertentu. Biasa le... Kalau kita dah terbawa banyak cerita-cerita mengenai peranan Ahlul Bait dan cuba mengenengahkan hal-hal berkaitan akhir zaman dan perjuangan yang perlu dibawa kepada orang ramai demi memartabatkan Islam, jangan fikir kita boleh duduk senang tanpa diduga dari pelbagai arah. Kerana ada musuh-musuh yang tidak suka usaha ini diteruskan!

Apapun, apa yang terbuku harus disampaikan kerana ia adalah sebahagian daripada gerak perjuangan. Kalau dilayan mood kurang enak ini, sampai bila pun kerja tak siap ya tak? Malah jadi bertimpa-timpa pula apabila berlaku pengalaman-pengalaman baru yang harus juga dilepaskan sebagai amanah untuk iktibar orang lain sedangkan cerita-cerita dahulu pun belum lagi selesai! Maka sakit tak sakit, sihat tak sihat, saya harus juga terus melangkah seraya menggagahkan diri untuk terus bercerita di sini...

Dalam posting bertajuk Salam daripada tepian Sungai Perak yang dibuat lebih 3 minggu lalu, saya ada menyebut akan membuat cerita tentang perjalanan terbaru ke Perak yang dibuat 25 Mei lalu... Sebaik sahaja selesai proses penceritaan kembara ke Negeri Sembilan. Maka itu terimalah ini, cerita pembuka bagi siri cerita-cerita terbaru Perak ini. Mari! :]



Dalam gambar ini adalah sepupu saya Nizam (di kanan) dan seorang rakannya... Alamak. Lupa pula nama rakan itu! Mereka sedang menuju ke satu tempat tertentu yang sangat penting dalam sejarah keSultanan Perak yang bermula abad ke 16 Masihi hingga kini...

Tempat apakah ini? Biar saya lepaskan cerita dahulu bagaimana pengembaraan terbaru ke Perak ini boleh berlaku... Pada 25 Mei, seminggu sahaja selepas membuat kembara ke Negeri Sembilan 18 Mei lalu!


Beberapa hari sebelum itu, saya mendapat panggilan telefon daripada Nizam. Walaupun kami saudara sepupu yang sangat rapat semasa kecil, sering pergi keluar masuk hutan dan mandi sungai bersama apabila saya bertandang ke rumah Nenek, ibu pada ayah di Raub, Pahang, sejak dewasa ini, lebih tepat sejak saya menyambung pengajian ke luar negeri tahun 1991 kami jarang berhubung atau berjumpa. Kemudian Nizam berhijrah untuk bekerja di Sarawak lalu berkahwin dengan orang sana dan saya pula sibuk dengan hal sendiri. Kalau tak salah ingatan, Nizam duduk di Sarawak sejak 14 tahun lalu!

Saya agak terperanjat apabila mendapat panggilan telefon terbaru daripada Nizam, setelah lebih 3 bulan rasanya tidak berhubung. Manakan tidak, sudahlah lama tiada khabar berita, rupa-rupanya dia telah bertukar kerja di Lembah Klang setelah begitu lama menjadi warga "celup" Sarawak! Dah 2 bulan pun kembali ke Semenanjung tapi sikit pun tak bagitahu saya...


Ini adalah gambar paya di sekitar tempat yang dituju. Maaf, gambarnya senget kerana saya bergerak sedikit semasa memetik gambar menggunakan kamera digital murah.

Adapun Nizam juga rajin mencari sejarah dan menziarahi makam-makam tetapi lebih banyak di sebelah Borneo terutama di Sarawak dan sekitar wilayah Banjarmasin di Indonesia. Ini kerana bapanya berketurunan Banjar... Rasanya ada kaitan juga walaupun tak rasmi dengan keluarga Ahlul Bait Al-Qadri di sekitar Pontianak.

Ibu Nizam iaitu adik bapa saya pula adalah satu-satunya ahli keluarga yang duduk bersama dengan Nenek sehingga nenda kembali menyambut panggilan Ilahi. Nizam dan adik-adiknya pula banyak membesar di bawah ketiak Nenek lalu banyaklah cerita tentang keluarga yang diceritakan kepadanya... Bukan seperti saya yang cuma sempat mendengar cerita-cerita ini daripada Nenek dalam tempoh 3 hari sahaja seumur hidup. Itupun pada penghujung 2001 ketika saya sudah berumur 31 tahun. Kerana selepas itu Nenek sakit, tidak mampu bercakap sehinggalah dia meninggal dunia! Sedangkan sebelum itu saya tidak pernah pun mahu mengambil-tahu tentang sejarah keluarga...

Nizam memberitahu dia bercadang untuk pergi ke kampung Nenek (kampung asal ayah) di Teluk Intan lalu mengajak saya ikut sama. Destinasi utama ialah masjid lama Batak Rabit dan kawasan pemakaman keluarga di hadapannya di mana suami Nenek telah disemadikan lebih 20 tahun lalu (Nenek disemadikan di Raub)! Selain itu, insyaallah kita akan singgah mana-mana tempat yang patut menurut gerak hati. Seorang rakannya ikut sama... Kata Nizam, rakan ini juga minat berjalan menziarahi makam-makam lama dan mungkin dia ada geraknya yang tersendiri...

Ah... Senget lagi. Inilah masalahnya apabila mengambil gambar menggunakan kamera murah. Untuk makluman, gambar-gambar dalam perjalanan terbaru ke Perak ini ialah gambar-gambar terakhir untuk blogspot-blogspot saya yang diambil menggunakan kamera itu! Sila lihat artikel Kamera digital murah ku juga "bersara" akhirnya!

Nizam dan rakannya bercadang masuk ke Perak melalui Kuala Selangor. Kalau nak cepat, lebih senang ikut lebuhraya PLUS hingga ke Bidor dan masuk dari situ tetapi nampaknya mesti ada sebab Tuhan menggerakkan mereka mahu mengikut jalan ini. Saya tak ada hal... Ikut je!

Sebenarnya mereka bercadang untuk singgah di Sungai Besar, Selangor atau sekitarnya kerana mahu mencari mentarang, sejenis siput laut yang popular dijadikan masakan di sana untuk makan tengahari nanti. Kata mereka dah masuk musim dah dan siput itu khabarnya memang sedap dimakan! Tapi kami tak jumpa pula mentarang ini apabila dicari. Tak tahu le jika tersilap tempat tapi Nizam dan rakannya kata pernah makan mentarang di situ beberapa kali! Sebaliknya saya pula timbul satu gerak hati untuk membawa mereka ke tempat lain...


Bendera-bendera negeri Perak yang terpacak di tepian paya. Kalau tak salah ingatan, warna putih melambang Sultan, kuning untuk Raja Muda dan hitam untuk Raja di Hilir!

Oh... Kami singgah sebentar di Kuala Selangor untuk melawat Makam Anak Dara di Bukit Keramat. Entah kenapa, saya terasa perjalanan ke Perak melalui jalan ini harus dibuka di sana... Mungkin ini benar juga... Yang pasti, tidak lama kemudian timbul gerak hati yang kuat supaya pergi ke kuala Sungai Perak nanti!

Tapi saya biarkan dahulu kata hati ini tersembunyi kerana mahu melihat apa pula gerak hati Nizam dan rakannya. Hmm... Nampaknya mereka pun tak tahu mana yang patut disinggahi, cuma memandu kereta sahaja menurut arah yang patut membawa ke Teluk Intan. Lalu sebaik sahaja masuk sempadan Perak di Sabak Bernam, saya pun memberitahu mereka supaya tidak terus pergi ke Teluk Intan sebaliknya pergi ke Bagan Datoh dahulu!

Papan warna kuning dengan ukiran bulan dan bintang ini menandakan satu tempat yang juga istimewa... Sebelum menghala ke destinasi utama kawasan ini!

Tidak lama kemudian, kami pun sampai ke pekan Hutan Melintang... Sampai satu simpang - ke kanan dalam 24 kilometer boleh sampai ke Teluk Intan. Ke kiri juga sekitar 24 kilometer iaitu pada arah yang berlawanan baru boleh ke Bagan Datoh.

Disebabkan kami keluar lambat dan membuat beberapa persinggahan sepanjang perjalanan selain keadaan trafik separuh sesak yang sedikit mengganggu, kami sampai ke persimpangan ini sekitar jam 3 petang kalau tak salah ingatan... Makan tengahari pun belum lagi sedangkan cadangnya, sejauh mana pun berjalan, kami harus kembali ke Kuala Lumpur paling lewat pun selepas tengah malam... Dan kami WAJIB pergi ke kawasan pemakaman keluarga di Teluk Intan kerana itulah tujuan utama kami pergi ke Perak ini. Jika pergi ke Bagan Datoh akan banyak memakan masa juga selain menambah jarak perjalanan. Maka perlukah pergi ke sana, mereka bertanya?

Saya kata mari, ikut sahaja gerak hati saya... Tetapi saya masih tak mahu memberitahu tempat sebenar yang hendak dituju kecuali menyebut ia terletak di Kuala Sungai Perak. "Sekurang-kurangnya kita tengoklah dulu kuala Sungai Perak... Tadi dah tengok kuala Sungai Selangor (di Kuala Selangor), tak kan masuk Perak lalu jalan ni dah dekat pun dengan kuala tapi kita tak tengok dan singgah dulu?" itu sahaja penerangan saya pada mula-mula...


Inilah pondok diraja tidak jauh daripada papan-tanda tadi... Maka biar diberitahu bahawa tempat yang hendak dituju di sini sebenarnya adalah Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak, tempat terakhir yang wajib dijejak seorang Sultan Perak yang sedang ditabalkan!

Cerita mengenainya akan saya huraikan nanti ya... Atau cari saja dengan Google di Internet? Biar saya menulis di sini setakat untuk meluahkan apa yang patut dalam keadaan tubuh-badan dan jiwa saya terasa kurang enak mahu bercerita tetapi harus juga melepaskannya...

Nizam dan rakannya percaya dengan gerak hati saya kerana Nizam sudah tahu sejauh mana saya sudah mengembara dan mengalami pelbagai perkara. Setelah berhenti sebentar untuk melihat bahagian kuala Sungai Perak yang di Bagan Datoh, saya menyuruh mereka menghala ke barat lagi iaitu ke Sungai Ular...

Beberapa kilometer kemudian ketika mencari-cari simpang yang patut (saya pernah sampai ke Beting Beras Basah sekali sahaja sebelum itu iaitu awal tahun 2007 begitu...) dan setelah ditanya lagi ke manakah kita nak pergi, baru saya menyebut mahu ke Beting Beras Basah. Terus rakan Nizam jadi teruja kerana dia memang sudah lama berhasrat untuk ke situ kerana pernah mendengar banyak cerita tentangnya. Nizam juga tahu sedikit sebanyak cerita tetapi dia juga sama, belum sampai lagi ke situ...

Saya tersenyum sahaja melihat mereka teruja. Alang-alang dah ambil jalan ke Perak melalui Kuala Selangor dan rasanya ada cukup masa, saya rasa sudah patut lah kami singgah ke Beting Beras Basah!

Apapun kita sambung ceritanya lain kali ya. Cukuplah... Sekurang-kurangnya dapat juga saya bercerita hingga ke tahap ini walaupun saya sebenarnya rasa tak berasa sedap badan dan kepala. Sekian! :]

10 comments:

zam said...

Salam.

Abg MS, tajuknya posting ni salah kot. 'Betis' sepatutnya 'Beting'.

Semoga segera sihat, insyaAllah. :)

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Lailahaillah. Baru perasan... Kenapa pulak keluar "betis" basah ni? Agaknya nanti nak kena bawak orang mandi kat situ kot? Hehe! :]

Radzi Sapiee said...

Lailahaillallah... Isy... Typo mistake yang bukan2 ni... Dah pening le tu. Kena rest...

Anonymous said...

interesting, ceritalah lagi berkenaan beting beras basah ni. Siapa penjaganya dan apa masalah yg akan timbul sekiranya jejak kaki juga ke sana kalau bukan ada kaitan

Anonymous said...

ada terbaca salah satu article dalam majalah dahulu, bahawa terdapat satu orang tua (orang lama)meninggal dunia sekitar tahun 2005 kerana mendapat mimpi seorang bakal raja/sultan yang sebenar-benarnya, telah jejak kaki ke situ. Maka ajalnya pun sampailah. Siapa agaknya raja yg dimaksudkan itu ?

Anonymous said...

Beting Beras Basah - Bersahut - Gangga Negara..... selamat mengembara.

Anonymous said...

Raja/sultan yang sebenar-benarnya sudah pun menjejak kaki disana...
Ade yang bercerita terdapat sekumpulan org berketurunan diraja sudah tidur di sana 3 ari 2 mlm..
tp tak dpt dipastikan siapa...

Anonymous said...

Semua mengaku raja sebenar ni, Gila pangkat apa? Tak pun gila isim.

Raja sebenar tak nak sebut dirinya Raja. Tahu dirinya siapa dan tak megah-megah. Kalau org tak iktiraf pun tak kisah. Yang penting redha Allah. Apalah sangat pada darjat. Iman dan taqwa pada Allah yang membuat darjat tinggi dan mulia.

shah pulau 9 said...

moga2 sihat sejahtera....amin..

shah pulau 9 said...

025738