Namun kenyataan ini mungkin agak melampau bagi kebanyakan orang. Lebih logik lagi jika Lata Iskandar dinamakan sempena seorang Sultan Perak dahulukala, Sultan ke 15, Sultan Iskandar Zulkarnain yang memerintah pertengahan abad ke 18. Atau mungkin juga ia dinamakan sempena Raja Bendahara Alang Iskandar, bapa kepada Sultan Idris yang membuka Kuala Kangsar dan Bukit Chandan sejurus selepas Inggeris berkuasa tidak lama selepas Perjanjian Pangkor 1874 berkuatkuasa.
Tak mustahil juga ia dinamakan sempena seorang cucunda Raja Alang Iskandar yang namanya sama tetapi sempat menjadi Sultan ke 30 Perak iaitu Sultan Alang Iskandar (memerintah 1918-1938). Menurut satu cerita Sultan Perak ini pernah membela mahaguru Silat Gayong, Meor Abdul Rahman ketika beliau baru hendak mengembangkan aliran persilatan itu. Meor Abdul Rahman pernah menunjukkan kekuatan luarbiasa dan kehebatannya di hadapan Sultan. Tetapi apabila Sultan menyentuhnya di bahu dengan keris simpanan kerajaan Perak yang dikatakan Taming Sari, dahulunya milik pahlawan besar Melayu Laksamana Hang Tuah, terus beliau jatuh demam beberapa hari! Untuk lain-lain gambar perjalanan turun ke Tapah, sila lihat artikel The tight winding road down to Tapah di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
Apakah tempatnyayang dimaksudkan! Lihat sahaja gambar yang ada. Sudah bertahun-tahun saya melihatnya apabila melepasi Lebuhraya Utara-Selatan tetapi baru penghujung perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan saya tergerak untuk ke sini...
Ya. Inilah Air Terjun Lata Kinjang yang cukup menakjubkan. Saya yang sudah mengembara hampir ke seluruh pelusuk Semenanjung pun belum pernah menjejakkan kaki sebelum itu. Sedangkan ia tidaklah begitu jauh berbanding lokasi-lokasi tertentu di Kelantan mahupun Terengganu yang biasa saya pergi. Apa hal?
Alhamdulillah kami sampai ke kawasan gigi air sejurus sebelum masuk waktu Maghrib...
Malam itu saya pergi ke bandar Chenderiang dengan rasa puas. Oh... jalan ke Lata Kinjang perlu melalui bandar kecil ini. Sila lihat artikel Rushing on to Lata Kinjang...
Kebetulan kami lalu di hadapan masjid jamek. Terus singgah untuk bersolat. Di sinilah saya dapat bertemu beberapa orang ahli keluarga Sayyid dari kabilah Jamalulail Perak lalu dapat 'bersoreh' lama juga. Teringat pula perbualan dengan pasangan suami isteri pemilik gerai di Lata Kinjang. Cerita punya cerita rupa-rupanya mereka ada kena-mengena dengan keluarga Maharajalela sedangkan Maharajalela pertama Perak, Haji Besar Daeng Selili asalnya seorang raja besar Bugis yang berkahwin dengan adinda kepada Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III yang memerintah sebelum naiknya Sultan Iskandar Zulkarnain Perak.
Malam itu juga saya pergi ke Tanjung Malim melalui jalan lama lalu singgah ke masjid jameknya... selepas menunaikan solat Tarawikh dan Withir bersendirian...
Dengan ini cukuplah siri perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan ini ya. Syukur kepada Allah, setelah beberapa lama dapat juga saya menamatkannya, sebelum masuk tahun baru Hijriah cuma beberapa jam lagi. Sekian, wassalam! :]
2 ulasan:
Salam...en radzi,saya juga berketurunan sayyid jamalullail chenderiang...masih adakah kenalan atau contact Di Chenderiang tersebut sebb saya sedang menjejak salasilah keluarga sebelah ayah saya..Email saya:nursaadah@hotmail.com
Wassalam. Terus terang cakap saya tak ingat. Tapi kalau saudari bertandang ke masjid tersebut pada waktu solat berjemaah insyaallah akan berjumpa waris2. Singgahlah ke sana. Sungguh, menjejak salasilah keluarga memerlukan perjalanan zahir dibuat, bukan sekadar bertanya khabar di telefon atau melalui Internet.
Catat Ulasan