Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Oktober 29, 2026

Satu perspektif sistem terhadap pengajian tamadun Melayu dan kepulauannya

Pada penghujung artikel Malaysia negara Madani moden? yang dipersembahkan petang semalam ada dinyatakan bahawa saya hendak memberikan tumpuan pada satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang akan bermula kurang 20 minit lagi. Sekarang biar dikongsikan cerita tentang majlis.



Petang Rabu 28 Oktober 2025. Buat pertama kali setelah kembali ke rumah dari perjalanan jauh terbaru (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian) keluar dari kawasan perumahan di Bandar Sungai Buaya. Alhamdulillah langit kelihatan cerah elok. Sejak kembali dari Kalimantan melalui Kuching, Sarawak lalu sampai ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang) selepas tengah malam, awal pagi Isnin 26 Okt jerebu yang melanda banyak tempat di Malaysia sejak lebih 3 bulan kebelakangan tidak lagi kelihatan.



Sepanjang perjalanan yang memakan jarak darat lebih 3,000km itu 9-25 Okt saya dan isteri harus menghadapi jerebu setiap hari. Cuma ada sedikit masa ia kelihatan hilang sebelum muncul kembali. Dalam tempoh masa itu ada majlis ilmu di ISTAC tidak dapat diikuti. Lalu buat pertama kali setelah semester baru pengajian bermula awal bulan ini malah pertama kali sejak pertengahan bulan lalu (lihat Nik Rashiddin dan falsafah kayu : Satu contoh penghasilan pengetahuan tempatan) saya ke institusi tempat menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dahulu, sekarang peringkat PhD.




Tajuk majlis yang disampaikan dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan sebagai "Satu Perspektif Sistem Terhadap Pengajian Tamadun Melayu dan Kepulauannya"



Dibangkitkan kenyataan betapa cuma terdapat sedikit sahaja universiti di Malaysia yang ada menawarkan pengajian Melayu. Kalau di Indonesia nampaknya cuma ada satu. Itupun cuma dalam konteks bahasa dan budaya. Tidak diangkat sangat hal ketamadunan kita.




Hadirin pun diajak untuk melihat segala aspek dunia Melayu sebagai komponen atau organ dalam satu sistem yang terbuka, boleh menerima pengaruh dari luar namun tetap mengekalkan identiti yang tersendiri.




Diberikan sedikit jangkauan geografi pendudukan apa yang termasuk dalam takrif bumi Melayu melalui lapisan-lapisan tertentu. Diangkat konsep seperti tanah air yang tidak wujud dalam tamadun lain kerana mereka bersifat continental atau kebenuaan, rata-rata berdiri atas darat. Misalnya tamadun Mesir dan China. Ditekankan konsep merantau yang menjadi kebiasaan orang Melayu dahulukala untuk mencuba nasib di bahagian lain kepulauan, tidak sama dengan penghijrahan seperti mampu difahami sesetengah orang.



Sedangkan tamadun Melayu bersifat maritim atau kelautan kerana meliputi berpuluh ribuan pulau. Malah menjangkau jauh hingga ke penghujung barat Lautan Hindi dan penghujung timur Lautan Pasifik. Kajian patut dipanjangkan dan disepadukan untuk diangkat lebih tinggi dalam persada akademik dunia. Sila ikuti sendiri melalui video bawah...





Tiada ulasan: