Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Oktober 26, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian

Merujuk pada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja yang dipersembahkan 20 hari lalu. Sukacita dimaklumkan perjalanan yang dimaksudkan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Saya dan isteri selamat kembali ke Semenanjung selepas tengah malam semalam. Tapi petang tadi baru sampai kembali ke rumah, setelah bermalam di rumah biras berdekatan lapangan terbang di Sepang.



Artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja tidak memberitahu bilakah perjalanan dibuat. Dalam artikel seterusnya iaitu Artikel ke-2,882, ulang tahun kelahiran anak dan Merah Silu live edisi 41 hingga 45 yang dipersembahkan pada 8 Oktober Khamis malam Jumaat baru dinyatakan mahu berlepas ke Kalimantan pagi Jumaat, iaitu pada 9 Okt. Gambar ini diambil ketika berehat di tengah jambatan di tempat bernama Tayan, menyeberangi Sungai Kapuas, sungai terpanjang di Kalimantan malah seluruh Indonesia. Ketika itu 18 Oktober, kami sedang membuat perjalanan menunggang motosikal (kelihatan dalam gambar) selama 5 hari 6 malam.




Itu sahaja meliputi jarak 1,338km. Belum dicampur 101km motosikal dibawa menaiki kapal melalui delta Sungai Kapuas hampir ke kuala untuk sampai ke tempat bernama Teluk Batang. Gambar ini menunjukkan kedudukan jambatan Tayan berbanding Pontianak di mana pengembaraan dengan motosikal dimulakan. Ditanda sekali jangkauan utama keseluruhan perjalanan di Kalimatan Barat, utara di Sambas, selatan di Ketapang dan timur di Sintang. 

Pada 5 hari terawal kami cuma berjalan-jalan di sekitar Pontianak. Itupun meliputi jarak 190km. Pada hari ke-6 iaitu Rabu 14 Okt baru keluar jauh untuk ke Mempawah, Singkang dan Sambas menaiki kereta. Esoknya memulakan perjalanan dengan motosikal untuk menuju ke Ketapang kemudian Sintang.  



Artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja ada menyatakan kebimbangan harus menghadapi keadaan berjerubu selain bercadang untuk meliput jarak perjalanan darat tidak kurang 2,000km. Benar memang ada masalah jerebu. Belum campur keadaan jalan yang sangat teruk di beberapa tempat. Namun sukacita dimaklumkan. Bukan sahaja jarak cadangan berjaya ditempuhi. Malah didapati dapat meliputi 3,450km! 

Ini kerana turut mencari kesan-kesan sejarah di beberapa tempat dari Kuching ke Sibu dan sebaliknya. Kira-kira terperinci berdasarkan apa yang dapat dilakar kembali atas peta melalui Google Map dicampur meter motosikal dan kereta menunjukkan 2,414.29km telah diliputi di Kalimatan Barat, 1,036.27km di Sarawak.



Apapun ini cuma pengenalan sebelum dikongsikan cerita perincian perjalanan dari hari ke hari. Di sini biar diambil peluang untuk berkongsi video yang dibuat Selasa malam Rabu 13 Oktober iaitu sebelum bergerak ke Sambas selepas Subuh pagi berikutnya.


 

Ia adalah untuk siaran langsung "Merah Silu Live" di Tiktok, edisi ke-46. Saya dan isteri bertekad untuk melaksanakan walaupun menghadapi masalah isyarat Internet kurang baik. Ini kerana harus memancarkan dari luar demi menyantuni undangan seorang kenalan agar mengikuti persembahan nyanyian anaknya di sebuah kafe kopi besar di Pontianak. Kalau dibuat di rumah tempat kami menginap jauh lebih stabil dan mudah.



Kami bertekad untuk melaksanakan kerana tarikh 13 Okt itu adalah hari ulang tahun ke-17 kelahiran anak kami yang bernama Muhammad al-Aminul Rasyid. Lalu apabila didapati hasil pancaran dari luar tidak memuaskan kami menyambung kembali apabila sampai ke rumah lewat malam. Padahal cuma beberapa jam lagi akan berjalan jauh hingga ke Sambas. Dengan itu dapatlah meliputi perjalanan-perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 seperti berikut :-


89. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014 - 1,700 km. Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.

90. Aceh Mac 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

91. Kelantan Jun 2014 - menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.


Cerita harian perjalanan akan mula dikeluarkan setelah selesai beberapa hal. Sabar ya... :]


Tiada ulasan: