Salam petang Jumaat 21 Syawal 1447 Hijriah. Pergi pada majlis ilmu ketiga diikuti daripada 3 yang diadakan secara berturut di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Bersambung daripada Hamzah Fansuri menurut sarjana Iran.
Gambar ini diambil sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah pagi tadi 10 April 2026. Saya telah menginap malam Jumaat di masjid ISTAC.
Kembali ke ISTAC dapat tempat parkir terdekat ke pintu masuk utama selain yang sudah ditanda untuk kedatangan VIP. Untuk makluman masjid ISTAC selalu didatangi orang berkedudukan tinggi. Antaranya disebabkan merupakan satu-satunya masjid dalam kawasan elit mewah Bukit Tunku.
Poster bagi majlis ilmu yang mahu diikuti. Ia adalah yang ke-4 dalam siri bagi menajamkan fikiran kritikal penuntut ilmu. Saya telah mengikut yang pertama juga kedua. Lihat artikel-artikel berikut :-
Nasib baik siri seterusnya, yang ketiga, dijadualkan berlangsung 6 Mac iaitu sebulan selepas itu. Bukan setiap 2 minggu seperti cadangan asal. Tapi apabila sampai masanya didapati tubuh badan tak larat untuk pergi. Malah fikiran pun terasa tak larat lalu tidak mengikuti walau sesi atas talian yang boleh dicapai dari rumah ataupun mana-mana.
Sebetulnya saya dilanda batuk, demam, selesema yang berlarutan sejak berada di Mekah dicampur jiwa terasa kurang beres, mungkin kesan akibat ibu meninggal dunia hampir penghujung tahun lalu. Dengan itu tidak mengikuti apa-apa majlis ilmu, sampailah yang diadakan di ISTAC 2 hari lalu. Lihat
Tentangan Iran terhadap usaha penjajahan Amerika-Israel.
Yang terlepas itu adalah tentang membuat penilaian suatu perkara. Yang ini adalah tentang membuat telahan bijak berdasarkan maklumat yang ada juga situasi suatu perkara.
Telahan yang bijak dapat merapatkan jurang yang wujud akibat kekurangan maklumat.
Ia adalah satu kemahiran teras dalam pemikiran kritikal.
Dengan kemahiran tersebut dapat membuat pertimbangan cepat juga mengemudi situasi yang rumit.
Ia memerlukan beberapa kemahiran cabang.
Pertama, menyoal setiap bukti yang ada.
Kedua, menduga pilihan-pilihan lain selain yang sedia ada.
Ketiga, membuat kesimpulan.
Oh. Yang dikongsikan ini tak sampai separuh daripada slaid yang membantu syarahan. Habis majlis jam 12.30 menjengok ke luar lalu mendapat tempat-tempat parkir terdekat semua sudah dipenuhi.
Orang ramai kemudian memenuhi sehingga habis perkarangan luar dewan sebelum masjid.
Gambar ini pula diambil baru sebentar tadi jam 3.38 petang. Saya memulakan penulisan artikel ini selepas orang ramai keluar, selesai solat Jumaat. Dari sudut kegemaran berseorangan di masjid.
Sukacita dimaklumkan dalam 3 hari kebelakangan keluar bermusafar lalu dapat mengikuti 3 majlis ilmu di ISTAC secara berturut saya mendapat kemajuan yang amat memberangsangkan dalam penulisan tesis PhD yang sedang diusahakan bawah institusi. Ini berlaku setelah hilang rentak 3 bulan kebelakangan. Semoga penulisan semakin lancar dan mencapai matlamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan