Salam petang Jumaat ke-3 bulan Sya'aban. Lagi tentang majlis ilmu, kali ini di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).

Jumaat dua minggu lalu telah ditulis dan dipersembahkan artikel Tentang kemahiran menafsir menunjukkan edisi pertama satu siri baru tentang kemahiran kaedah membuat kajian di ISTAC. Edisi kedua, tentang kemahiran analisis diadakan pagi Jumaat tadi 6 Februari 2026.
Saya yang sayangkan dunia pemikiran pun bergerak ke kampus untuk majlis lalu sampai jam 10.17. Sedikit lambat walau keluar sekitar jam 8.30. Kerana satu, harus meredah kesesakan jalan raya luar biasa akibat hujan lebat. Kemudian harus menunaikan janji untuk menjengok kawan yang kurang sihat di rumahnya di Sri Hartamas.
Sampai ke kampus didapati satu beg sisi motosikal dimasuki air sehingga bertakung lalu mengambil masa untuk mengeluarkan. Sedangkan beg kulit tiruan itu sepatutnya kalis hujan. Ah. Apabila difikirkan kembali mungkin juga air masuk bukan dari atas tetapi tepian hadapan. Ini disebabkan ada melalui kawasan air bertakung yang cukup dalam untuk memperlahankan motosikal. Air memercik cukup tinggi dan banyak. Mungkin itu yang masuk ke dalam beg.
Betullah itu. Memang selepas meletakkan motosikal di luar pintu masuk utama bangunan didapati bahagian hadapan beg berkenaan melekuk. Nampaknya kerana tekanan air memercik banyak. Apabila melekuk ada lompong membenarkan air masuk ke dalam. Apapun, masuk ke dewan syarahan jam 10.26, pensyarah iaitu Profesor Jamal Bashier sedang rancak bercakap.
Dinyatakan analisis sebagai kemahiran kedua harus diperolehi untuk pemikiran kritis dalam membuat kajian. Ia adalah proses memecahkan suatu permasalahan rumit menjadi beberapa bahagian kecil yang lebih mudah difahami dan dicerap.
Bila dapat menganalisis sesuatu kita dapat melihat bagaimana bahagian-bahagian berkenaan bercantum dan kenapa ia berfungsi dengan cara tertentu.
Ini boleh dimulakan dengan meneliti idea atau buah fikiran, mengesan hujah lalu menganalisisnya.
Oh. Tergerak untuk selfie daa... :]
Tentang meneliti buah fikiran. Maknanya melihat dekat kerangka untuk memahami bahagian.
Misalnya meneliti makna sustainability atau kemampanan. Apakah maknanya dalam dunia perniagaan berbanding untuk peribadi seseorang?
Untuk lebih maju berlatih dengan meneliti topik rumit seperti isu sosial.
Seterusnya bina sub kemahiran untuk mengenal pasti hujah.
Cari kata-kata kunci tertentu seperti "kerana", "maka" dan "hasilnya".
Sub kemahiran ketiga adalah menganalisis hujah.
Tanya soal seperti "apakah sebab yang diberikan itu benar" dan sebagainya.
Analisis adalah alat bagi menyelesaikan masalah...
Matlamatnya adalah untuk memahami struktur suatu buah fikiran atau permasalahan.
Selesai majlis pergi ke Bangsar untuk menikmati hidangan kegemaran nasi beringin.
Kemudian kembali ke ISTAC untuk menunaikan solat Jumaat di masjidnya.
Sukacita dimaklumkan. Jumaat terakhir Sya'aban minggu depan insyaallah akan menunaikan solat di Masjidil Haram.
Selepas solat mencari sudut sesuai untuk memperbaiki cadangan tesis (thesis proposal) PhD saya di ISTAC. Lepaskan tulisan ini terlebih dahulu sebagai pembuka rentak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan