Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Oktober 31, 2025

Menyahut panggilan Tuanku Tambusai @ Sheikh Abdul Wahab di Seremban?

Ini ada satu cerita yang memiliki kesinambungan daripada cerita perjalanan baru ke selatan seperti dihimpunkan dalam artikel 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 beberapa hari lalu.



Pagi Ahad 26 Oktober 2025, saya dan isteri membawa anak-anak keluar outing dari asrama tahfiz di selatan Cheras.



Mula-mula fikirnya hendak bawa ke sekitar Kajang atau Bangi, tak mahu masuk Kuala Lumpur. Takut banyak jalan tutup kerana Persidangan ASEAN yang hari itu akan termasuk kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.



Tiba-tiba timbul gerak mengatakan ok je kalau masuk KL sekurang-kurangnya pada waktu pagi. Alhamdulillah sempat keluar pusat bandar raya ketika kelihatan polis trafik mula bersedia untuk memberi laluan kepada VIP. Sebelum menghantar kembali anak masuk tahfiz jam 5.30 singgah di masjid ini dalam perjalanan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) As-Sodiqin, Taman Kobena, Cheras di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Alang-alang sudah berada di selatan bandar raya diteruskan perjalanan lebih ke selatan untuk ke Seremban.



Kami mahu menziarahi kakak isteri dan suaminya yang kemalangan motosikal besar. Kalau tidak kerana kemalangan rumah mereka adalah yang akhir sekali mahu diziarahi sekembalinya daripada perjalanan jauh ke selatan 14-21 Oktober. Itulah kesinambungan daripada 'Beraya' ke selatan penghujung 2025.



Namun ada hikmah juga nampaknya kenapa kemalangan boleh berlaku, sekurang-kurangnya bagi saya. Sebetulnya kemalangan berlaku di sekitar Kuala Klawang lalu mereka pada mulanya dimasukkan ke Hospital Jelebu. Akak isteri dan suaminya sedang mengikuti konvoi kembali dari Pantai Timur. Tetapi disebabkan kecederaan agak serius maka dipindahkan ke Hospital Seremban. Kedudukan hospital di Rasah mengingatkan ada makam seorang tokoh ulamak pejuang berdekatan. Maka terfikir hendak singgah. 



Ketika melihat kakak isteridi hospital iaitu selepas menziarahi suaminya di tingkat lain, tiba-tiba terasa disapa dari arah makam. Saya pergi berziarah walau sudah malam. Lihat Makam (Tomb of) Tuanku Tambusai waktu malam (at night). Di bangunan luar yang merupakan sebuah muzium kecil tengok-tengok ada orang. Rupa-rupanya ada waris lalu berbual panjang. 



Ketika hendak meninggalkan makam terasa disapa lagi lalu memandangkan ke batu nesan kepala. Seketika itu mata hati terlihat seorang berumur pertengahan berkulit cerah memakai jubah, serban dan kopiah putih, kopiah tajam bahagian atas seperti biasa dilihat dipakai oleh orang tariqat Naqsyandiah-Haqqani.




Oh. Saya ke makam itu berseorangan meninggalkan isteri yang mahu menemani kakak di hospital. Fikirnya mahu bermalam di masjid ini yang terletak berdekatan. Ziarahlah ke makam pengasas di hadapan masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Dato' Bandar Ahmad waktu malam (at night) diikuti Makam (Tomb of) Dato' Syahbandar Ahmad. Walaupun anak buah isteri menelefon mengajak bermalam di rumahnya di bahagian lain Seremban saya tetap mahu bermalam di masjid. Sampailah isteri sendiri menelefon memberitahu ada masakan istimewa dibuat anak buah dan ibunya,  kakak sulung isteri menunggu untuk saya turut makan. Baru bertukar fikiran.



Pagi Isnin 27 Oktober memandang ke masjid bersebelahan rumah anak buah. Masjid  bersejarah ini ada keistimewaan tersendiri. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) masjid (mosque of) Kelana Petra Sendeng diikuti Lawatan baru (New visit to) makam-makam di hadapan masjid (tombs in front of the mosque of) Kelana Petra Sendeng.



Ketika sedang bertafakur di kawasan makam di masjid isteri menelefon meminta mengambil di hospital. Beliau harus keluar lebih awal daripada yang dirancang kerana doktor pakar hendak memulakan pemeriksaan.



Dari hospital mahu terus ke Kuala Lumpur. Tengok-tengok laluan yang ditunjukkan Google Map lalu tepi bukit di mana terdapatnya makam Tuanku Tambusai. Tergeraklah untuk singgah. Lihat Makam (Tomb of) Tuanku Tambusai waktu siang (during daytime)
.



Selepas beberapa lama baru ke Kuala Lumpur, untuk ke pejabat utama syarikat isteri bekerja di sebelah sana (syarikat memilik sangat banyak cawangan).



Selesai urusan pergi ke pejabat lama saya, The New Straits Times. Buat pertama kali dalam ingatan terus dapat parkir pertama menghadap pintu utama pejabat. Untuk pengetahuan laluan ini sibuk dan parkir sentiasa penuh.



Makan hidangan kegemaran saya, nasi beringin di medan selera dalam bangunan sebelah. Kali ini, setelah beberapa banyak kali makan di tempat sama, setelah terlihat ramai kakitangan berkenaan datang hendak makan, baru tahu syarikat televisyen TV3 rupa-rupanya sudah berpindah operasi sepenuhnya ke pejabat lama saya itu. Untuk pengetahuan NST dan TV3 dimiliki syarikat induk sama,


Seterusnya singgah di tempat belajar saya, ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Sekarang sambung cerita apa yang berlaku di makam malam hari setelah terasa 'disapa'. Selepas terlihat dengan mata hati rupa orang begitu begini terbit pula nama Sheikh Abdul Wahab Rokan, seorang ulamak bertaraf wali yang telah mengasuh ramai menjadi khalifah tariqat Naqsyahbandi-Kholidi. Tertanya-tanya saya apakah maknanya ini.

Malam itu membuat carian berkenaan melalui Google. Terjumpalah beberapa penulisan yang menyatakan Tuanku Tambusai dan Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah orang yang sama. Isteri saya menangis teresak-esak setelah diberitahu. Ini kerana almarhum ayahnya pernah mengambil tariqat bersanadkan pada Sheikh Abdul Wahab. Cukuplah perkongsian saya ini ya. Sila tonton rakaman Tiktok yang dibuat di hadapan makam pada siang hari . Lihat Misteri identiti Tuanku Tambusai - Antara wajah pahlawan dengan wajah ulamak bertaraf wali.


Tiada ulasan: