Salam Hari Malaysia 16 September. Merujuk pada artikel Membina peranan bagi memperkuatkan ASEAN dan hubungan dengan masyarakat antarabangsa yang dipersembahkan Jumaat 5 September berdasarkan majlis ilmu berkenaan yang berlangsung Selasa 2 September. Ada dinyatakan bahawa pada siang Khamis sebelumnya (4 Sept) ada mendaki bukit setinggi 400 meter seorang diri. Malam sebelum itu pula (3 Sept) ada menghadiri satu lagi majlis ilmu lalu cerita tentangnya dikongsikan dalam artikel Manusia dan alam tabii di Kota Nabi - Hablun Min al Alam al Tabi'i pada 9 September, tepat seminggu lalu. Selepas itu cadangnya hendak berkongsi cerita tentang pendakian bukit. Tetapi entah kenapa terasa asyik tidak sedap badan, kurang bertenaga dan malas hendak menulis.
Sebetulnya hal terasa berat tidak sedap badan ini menganggu sejak lebih 2 minggu lalu. Apapun, setelah difikirkan kembali terasa elok cerita mendaki bukit tidak dikongsikan kepada umum, atas sebab tertentu. Sebaliknya biar pergi pada satu aktiviti mingguan yang sebenarnya sudah dimulakan lebih sebulan lalu.
Sudah dinyatakan dalam beberapa siri perjalanan/pengembaraan saya beberapa bulan kebelakangan ini bahawa ada dibuat sejumlah rakaman video lalu dimasukkan ke dalam Tiktok. Alhamdulillah rakaman-rakaman yang secara umumnya dibuat di tempat-tempat bersejarah dalam perjalanan lalu diisi dengan perkongsian berkenaan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Namun ada rasa sedikit terkilan kerana ramai mengenali disebabkan video-video Tiktok itu. Sedangkan apa yang diperkatakan telah dikongsikan dalam CATATAN SI MERAH SILU sejak penghujung 2006 lagi. Sedikit sahaja nampaknya yang tahu tentang itu. Dan sedikit nampaknya tahu saya telah menulis buku sejak pertengahan tahun itu, kini sudah ada 15 tajuk buku.
Hal ini menyebabkan timbul rasa agar dibuat sesi mingguan siaran langsung atau live melalui Tiktok mengemukakan blogspot dan isinya. Dibuatlah keputusan agar cerita-cerita perjalanan lama yang pernah dikongsikan menjadi latar belakang utama siaran langsung. Kebetulan semasa berlaku PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid 19 tahun 2020-2021 saya ada membuat kumpulan artikel-artikel perjalanan lama. Lihat Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Bolehlah digunakan lalu ini dinyatakan melalui rakaman-rakaman berikut yang dimuatnaik ke Tiktok pada 14 Ogos :-
1. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.
2. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989 - 486 km. Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.
3. Trip ke Cardiff 1992-93 - lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.
4. Scotland 1993 - mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun 1993.
5. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.
Ada disebut sedikit tentang perjalanan seterusnya...
6. Kembara solo Eropah tahun 1995 - mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.
Tetapi cerita penuhnya ditunda untuk edisi lain memandangkan ia telah dijadikan buku yang terbit tahun 2019. Lihat artikel Bila kenangan hitchiking solo pusing Eropah musim panas tahun 1995 menyapa diikuti Ringkasan perjalanan solo hitchhike keliling Eropah tahun 1995.
7. Naik Gunung Kinabalu Jun 1997 - 237 km. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan