Merujuk pada artikel Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak yang dipersembahkan Khamis 19 September. Selepas melakukan aktiviti-aktiviti yang diceritakan iaitu pada Rabu 18 September lalu kembali di rumah saya dilanda demam, batuk-batuk dan sakit urat teruk. Ahad baru agak kurang sedikit lalu pergi ke Hulu Langat bersama keluarga untuk satu urusan kemudian demam datang balik. Pagi tadi Selasa 24 September ada kurang lalu digagahkan untuk menghadiri satu acara ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).
Tajuk majlis kali ini boleh diterjemahkan sebagai "Sains Semulajadi Daripada Pandangan Alam Al-Quran : Adakah Perlu?".
Tapi sebelum itu, dan seperti halnya sejak 2-3 bulan kebelakangan sebelum ke ISTAC, pekena hidangan kegemaran nasi beringin dekat pejabat lama saya The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar.
Selepas itu masuk sebentar ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Saya mahu mengenal pasti kedudukan sebuah bungalow tinggal yang baru diketahui wujud sangat dekat dengan Menara Berkembar KLCC. Alhamdulillah, dapat jumpa.
Sampai ke ISTAC masih ada cukup waktu untuk melakukan sedikit urusan melibatkan pengajian PhD yang secara rasminya akan bermula 7 Oktober.
Kemudian baru ke majlis.
Kelihatan pembentang iaitu Dr Nur Jannah Hassan dari kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak, badan yang menaungi ISTAC. Beliau menerima ijazah PhD daripada ISTAC tahun 2017 di bawah penyeliaan cendekiawan tersohor almarhum Profesor Emeritus Tan Sri Dr Kamal Hassan.
Dinyatakanlah, pembentangan adalah tentang menyelongkar realiti semasa usaha untuk mempersepadukan atau mengintegrasikan ilmu sains moden menurut sudut pandang alam Al-Quran. Ini adalah lanjutan daripada usaha almarhum Kamal Hassan sebagai seorang yang diketahui kuat melalukan usaha Islamasi Ilmu Pengetahuan Manusia (Islamisation of Human Knowledge - IOHK).
Tentang usaha berkenaan yang mana Nur Jannah ada terlibat sama lalu mahu memanjangkan usaha boleh baca artikel-artikel lama saya seperti berikut :-
Untuk pembentangan ini Nur Jannah menyebut kajian beliau tahun 2010-2013 di beberapa buah sekolah menengah Islam di beberapa negara menunjukkan tidak wujud integrasi sebenar pengajian sains moden dengan pengajian agama. Maksudnya walau pun kedua-dua perkara diajarkan ia bukan dalam kerangka yang betul-betul bersepadu.
Di sini tidaklah ingin diulas semua yang dibentangkan menurut slaid.
Cukuplah disimpulkan melalui kata-kata saya sendiri bahawa sains sering dilihat seolah-olah mutlak dan tiada salah silapnya, sehingga apa-apa yang diperkatakan dalam Al Quran sering ditafsirkan untuk bersetuju sahaja dengan sains, bukan sebaliknya.
Walhal sains sebenarnya bukanlah mutlak objektif seperti sering diwar-warkan penyokongnya.
Ia juga dipengaruhi oleh sudut-sudut pandang tertentu yang tidak dapat lari daripada kekhilafan manusia.
Perkembangan sains sejak 2 abad kebelakangan cenderung untuk membawa manusia kepada menolak kewujudan Tuhan. Padahal itupun satu bentuk bias atau pemikiran berat sebelah, tidak adil, tidak objektif sebenarnya...
Tentang bagaimana sains pun sebenarnya tidak objektif itu malah disentuh oleh para pemikir Barat sendiri.
Realitinya, disebabkan terlalu mengangkat sainslah peradaban manusia jadi kucar kacir hari ini. Nampak sahaja maju, tetapi terlalu banyak kecacatannya...
Seharusnya kita kembali kepada sudut pandang alam Al Quran untuk menilai semua perkara...
Akal walaupun bergunakan harus sentiasa berpandukan petunjuk daripada wahyu. Boleh rujuk artikel-artikel lama berikut tentang hal ini...
Sebetulnya pembentangan Nur Jannah ini juga merupakan maklum balas terhadap satu majlis ilmu di ISTAC beberapa minggu lalu. Walaupun tidak dinyatakan yang mana saya tahu apakah majlis yang dimaksudkan kerana pernah memberitahu tentangnya.
Dua hari selepas menghadiri majlis tersebut saya menghadiri majlis ilmu anjuran Nur Jannah di kampus utama UIA.
Kebetulan kedua-dua majlis ada relevannya. Cuma satu mahu menolak Al Quran satu mengangkatnya dalam memperihalkan sains. Saya pun memberitahu Nur Jannah tentangnya. Dan kebetulan majlis beliau itu sangat relevan dengan beberapa slaid terakhir pembentangan petang tadi. Lihat
Makna sebenar ulamak dan Ulul Albab.
Untuk mengikut sendiri majlis boleh tonton rakaman di
sini.
Petang itu layan lagi panjat bukit walaupun belum betul-betul sihat.
Apa nak buat? Dah perangai saya begini. Dah masuk Maghrib baru keluar hutan. Lihat artikel-artikel berikut
di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-
1.
Going up Sri Bintang Hill
Tiada ulasan:
Catat Ulasan