Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, September 19, 2024

Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak

Merujuk pada artikel Sekitar 16 September dan hari Maulidur Rasul - Menurut aturan Qada dan Qadar... yang dipersembahkan pada hari Selasa 17 September jam 10.25 malam. Ada diberitahu ia ditulis dan dipersembahkan di Muar... selepas itu mahu bergerak kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya. Sekarang biar ditambah. Kami sampai rumah selepas jam 3 pagi. Dalam kepenatan itu masih boleh layan cerita Netflix lalu masuk tidur hampir jam 6.




Kalau ikutkan penat harus mahu sahaja berehat di rumah siangnya Rabu 18 September 2024. Sebaliknya tengah hari itu keluar membawa seorang anak untuk pergi mendaki Bukit Guling Ayam di Gombak.


Pengalaman pertama kali mendaki bukit ini lebih setengah tahun lalu memberikan keyakinan boleh sampai ke puncak dalam masa yang agak singkat. Rujuk artikel lama Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari.










Selepas itu pergi ke Fakulti Seni Bina di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Ini kerana mahu menghadiri pesta buku UIA.




Rupa-rupanya tersilap tarikh. Pesta dijadualkan berlangsung bulan Oktober. Disebabkan ingat ia berlangsung 16-19 September itulah saya ke UIA hari Rabu 18 September. Anak pula dijadualkan mahu dihantar kembali masuk asrama tahfiz Khamis malam Jumaat 19 September. Oleh kerana tinggal sehari lebih sahaja dapat bersama itu yang dibawa mendaki Bukit Guling Ayam yang terletak tidak jauh dari UIA. Ini kira antara quality time bersama anak yang tak lama lagi akan genap umur 15 tahun.




Dari situ bergerak pula ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku...








Ada majlis ilmu tentang mengimbangi tanggungjawab dalam bidang akademik dengan keluarga bagi pelajar pasca-siswazah...




Saya membawa anak pergi ke kampus utama UIA di Gombak kemudian ke ISTAC di Bukit Tunku itu sendiri adalah satu contoh bagaimana mengimbangi akademik dengan keluarga.



Tapi tidaklah diceritakan dalam majlis walaupun anak ada masuk sekali mendengar buat beberapa lama. Yang hendak didengar adalah saranan dan perkongsian pengalaman daripada orang lain. Pengalaman saya sendiri sudah banyak diceritakan dalam CATATAN SI MERAH SILU, terutama tentang bagaimana pada hari-hari tertentu isteri boleh bekerja dari rumah lalu boleh menguruskan anak (bongsu) ke sekolah. Maka pada ketika saya boleh ke ISTAC lebih 40 km dari rumah untuk majlis-majlis ilmu.




Selesai itu bawa anak mendaki apa yang dikenali sebagai Bukit Lanjan West berdekatan Kota Damansara. Ini pun jadi mudah kerana pengalaman pertama kali mendaki pada petang Selasa 10 September. Lihat Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan.




Oh. Semasa menghadiri majlis di ISTAC mendapat tahu pihak madrasah telah menukar tarikh. Anak boleh bercuti tambahan sehingga jam 6 petang Ahad 22 September. Kalau tahu lebih awal, dan kalau sedar sekali bahawa pesta buku UIA mahu diadakan bulan Oktober tentu tidak membawa anak ke Bukit Guling Ayam. Dan besar kemungkinan tidak membawa keluar bersama hari itu.


Tiada ulasan: