Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Ogos 22, 2024

Antara nasi beringin dan dakwaan sains palsu berdasarkan Al-Quran

Merujuk pada artikel Kajian perbandingan hubungan antara negara dan agama di Malaysia dan Turki yang dipersembahkan semalam pagi Rabu 21 Ogos 2024 jam 10.12. Selepas itu saya melelapkan mata hampir sejam bagi mengurangkan rasa penat semacam dan kurang sihat yang melanda beberapa hari kebelakangan. Kemudian bersiap untuk mengikuti satu lagi majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Kali ini secara fizikal di kampus, lebih 40 km dari rumah.



Namun pergi dahulu ke medan selera dalam bangunan berdekatan pejabat lama saya The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar untuk mendapatkan hidangan istimewa nasi beringin kegemaran. Gambar yang diambil jam 12.27  ini menunjukkan orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan hidangan.



Memandang ke belakang jam 12.46. Seingat saya beberapa kali makan sebelum ini setakat ada 5-6 beratur lalu tak perlu tunggu lama. Nampaknya tersilap masa datang. Orang pejabat dah keluar untuk makan.



Jam 12.52 akhirnya baru dapat makan, setelah hampir setengah jam beratur menunggu giliran.




Selalunya selepas makan saya akan terus ke ISTAC. Kali ini timbul rasa untuk berjalan-jalan ke tempat lain terlebih dahulu.




Tergerak masuk ke Taman Tasik Perdana lalu pergi ke halaman Taman Burung. Selepas menunaikan solat Zohor di surau halaman pergi ke satu bahagian restoran taman. Sempat membaca habis Surah Luqman, dalam usaha untuk menamatkan juz ke-21 hari itu.




Sampai ke ISTAC jam 2.21 dalam keadaan agak terkejar. Kemudian baru tersedar majlis yang mahu diikuti bermula jam 3, bukan jam 2.30 seperti disangkakan.




Tajuk yang diwar-warkan boleh diterjemahkan sebagai "Unsur-unsur dalam Islam dan Sains"




Pembicara, Profesor Dr Stefano Bigliardi, seorang warga Itali yang mengajar di Universiti Al-Akhawayn di Maghribi diperkenalkan sebagai seorang yang sangat berwibawa dalam pengajian falsafah sains. Sehingga menarik minat beberapa orang profesor ternama termasuk guru saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dan Ziauddin Sardar, pemikir asal Pakistan yang berpusat di United Kingdom, satu nama besar dunia untuk hadir sama.



Selepas beberapa lama, Bigliardi memulakan bicara. Saya guna format biasa akhbar memakai last name atau nama belakang untuk second mention atau sebutan kedua nama dan seterusnya ya.




Persembahan slaid pun dimulakan. Untuk perkongsian seterusnya elok diambil screenshot daripada rakaman video daripada siaran langsung supaya lebih jelas.




Kalau melihat pada poster majlis yang diwar-warkan belum jelas apakah aspek Islam dan sains yang mahu diperkatakan. Dengan keluarnya slaid pertama ini baru nampak. Beliau mahu bercakap tentang Islam, sains dan sains palsu (terjemahan yang saya lihat paling dekat dengan perkataan Inggeris pseudoscience).




Disebutlah bicara atau pembentangan dibahagikan kepada perkara-perkara berikut :-

1. Latar belakang beliau

2. Kerja bersama CICAP, satu organisasi Itali yang terdiri daripada para pemikir rationalis (dalam kes ini saya boleh kata bertuhankan akal)

3. Perdebatan falsafah tentang sains palsu

4. Sains palsu dalam dunia Islam

      4.1 Keajaiban saintifik
   4.2 Creationism (kepercayaan bahawa semua makhluk dicipta terus oleh Tuhan, bukan melalui evolusi seperti ditegaskan dalam sains)
    4.3 Perubatan/Ruqyah berdasarkan Al Quran/kenabian
     4.4 Kritikan

5. Pendekatan/cara mengajar beliau

6. Soalan-soalan kajian




Di sini tidak perlulah dikongsikan setiap paparan slaid mahupun mengulas setiap yang diperkatakan. Biar diambil beberapa sahaja yang dilihat penting bagi pemahaman. Antaranya, makna CICAP yang boleh diterjemahkan sebagai jawatankuasa penyiasat bagi dakwaan-dakwaan tentang sains palsu.



Diberikan takrif pseudoscience atau sains palsu seperti berikut :-

1. Menurut Kamus Cambridge - Satu sistem pemikiran atau teori yang tidak dibentuk menurut cara saintifik.

2. Kamus Inggeris Collins - Satu disiplin atau pendekatan yang berpura-pura atau ada kesamaan rapat dengan sains

3. Kamus Merriam-Webster -  Satu sistem teori, tanggapan, dan kaedah yang secara salah diperkirakan sebagai saintifik




Dinyatakanlah sains palsu memberi ilusi tentang keharmonian antara agama dan sains. Ia merosakkan ilmu pendidikan dan amali sains. Ia juga boleh membawa pada pilihan yang merosakkan terutama berkenaan kesihatan (kemudian diberi contoh  berbekam sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman, mempercayai nilai perubatannya adalah lebih pada sains palsu). Ia memburukkan perbincangan tentang Islam/agama dan sains (diakui ada yang menyalahgunakan/menyalah tafsir ayat Al Quran lalu boleh merosakkan nama baik Islam). Akhir sekali, ramai pengkritik Islam melihat pendekatan sains palsu dalam Islam boleh 'mencederakan' keyakinan jika seorang Islam yang sudah terlalu dalam kepercayaan mula menyedari betapa salahnya ia.




Bigliardi mungkin berniat baik hendak memurnikan agama dan sains. Tetapi beliau  juga kelihatan seperti hendak memburukkan agama malah Quran itu sendiri secara sopan, apabila apa yang diketengahkan ramai sebagai bukti-bukti saintifik daripada Al Quran terhadap penemuan-penemuan baru  rata-rata didakwa sebagai sains palsu. Misalan daripada saya - Menggunakan ayat-ayat tertentu untuk menyatakan kitab suci itu ada bercakap tentang Big Bag, letupan maha besar yang dikatakan membawa pada pembentukan awal alam.




Dengan itu masuklah hal evolusi. Disebutlah tentang pembahagian 4 kelompok saintis/pemikir Islam dalam menanggapinya. Beliau mengaku berpegang seratus peratus bulat-bulat pada teori evolusi yang diperkenalkan oleh Charles Darwin (tahun 1859) sebagai sumber asal usul semua makhluk hidup. Lalu menyebut saintis Islam bernama Nidhal Guessoum, seorang pakar astrofizik yang mengajar di universiti sama di Maghribi sebagai penyokong kuat. Itu adalah satu kelompok yang termasuk di dalamnya seorang pakar biologi molukelar Islam wanita bernama Rana Dajani.

Dengan itu dikritik pihak lain yang tidak menerima bulat-bulat sebagai berpegang pada sains palsu. Mereka terbahagi kepada 3 lagi kelompok. Satu, disebut sebagai kelompok Creationist, menolak langsung evolusi. Kedua, Human Exceptionalism, percaya evolusi berlaku pada binatang sahaja, tidak pada manusia. Ketiga, Adamic Exceptionalism percaya evolusi berlaku pada binatang dan manusia (jenis purba) tidak pada Nabi Adam  dan anak cucunya.

Secara rata pembicara seperti hendak mengatakan apa-apa sahaja pembuktian sains yang dibuat berdasarkan ayat-ayat Al Quran menjurus kepada sains palsu. Seolah-olah kitab suci itu tidak layak digunakan untuk mentafsir sains. Sains harus berdiri dengan sendirinya tanpa campur tangan atau tafsiran agama.



Masuk sesi soal jawab perbincangan jadi panas. Saya pun mengambil  peluang untuk mencelah sama apa lagi banyak yang diperkatakan tentang evolusi itu ada disebut panjang lebar dalam buku saya yang baru dibincangkan di ISTAC Khamis lalu. Antara yang dinyatakan adalah tentang 4 kelompok saintis/pemikir Islam dalam menanggapi perkara. Lihat Diskusi buku "Adam (a.s.) and Origin of Man" di ISTAC berlangsung dengan jayanya 15 Ogos. Kemudian sila ikuti sendiri majlis yang kelihatan mahu menyerkap jarang penggunaan kitab sebagai membawa sains palsu di sini.


Tiada ulasan: