Merujuk pada artikel Sekitar 16 September dan hari Maulidur Rasul - Menurut aturan Qada dan Qadar... yang dipersembahkan pada hari Selasa 17 September jam 10.25 malam. Ada diberitahu ia ditulis dan dipersembahkan di Muar... selepas itu mahu bergerak kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya. Sekarang biar ditambah. Kami sampai rumah selepas jam 3 pagi. Dalam kepenatan itu masih boleh layan cerita Netflix lalu masuk tidur hampir jam 6.
Kalau ikutkan penat harus mahu sahaja berehat di rumah siangnya Rabu 18 September 2024. Sebaliknya tengah hari itu keluar membawa seorang anak untuk pergi mendaki Bukit Guling Ayam di Gombak.
Pengalaman pertama kali mendaki bukit ini lebih setengah tahun lalu memberikan keyakinan boleh sampai ke puncak dalam masa yang agak singkat. Rujuk artikel lama Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari.
Selepas itu pergi ke Fakulti Seni Bina di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Ini kerana mahu menghadiri pesta buku UIA.
Rupa-rupanya tersilap tarikh. Pesta dijadualkan berlangsung bulan Oktober. Disebabkan ingat ia berlangsung 16-19 September itulah saya ke UIA hari Rabu 18 September. Anak pula dijadualkan mahu dihantar kembali masuk asrama tahfiz Khamis malam Jumaat 19 September. Oleh kerana tinggal sehari lebih sahaja dapat bersama itu yang dibawa mendaki Bukit Guling Ayam yang terletak tidak jauh dari UIA. Ini kira antara quality time bersama anak yang tak lama lagi akan genap umur 15 tahun.
Dari situ bergerak pula ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku...
Ada majlis ilmu tentang mengimbangi tanggungjawab dalam bidang akademik dengan keluarga bagi pelajar pasca-siswazah...
Saya membawa anak pergi ke kampus utama UIA di Gombak kemudian ke ISTAC di Bukit Tunku itu sendiri adalah satu contoh bagaimana mengimbangi akademik dengan keluarga.
Tapi tidaklah diceritakan dalam majlis walaupun anak ada masuk sekali mendengar buat beberapa lama. Yang hendak didengar adalah saranan dan perkongsian pengalaman daripada orang lain. Pengalaman saya sendiri sudah banyak diceritakan dalam CATATAN SI MERAH SILU, terutama tentang bagaimana pada hari-hari tertentu isteri boleh bekerja dari rumah lalu boleh menguruskan anak (bongsu) ke sekolah. Maka pada ketika saya boleh ke ISTAC lebih 40 km dari rumah untuk majlis-majlis ilmu.
Selesai itu bawa anak mendaki apa yang dikenali sebagai Bukit Lanjan West berdekatan Kota Damansara. Ini pun jadi mudah kerana pengalaman pertama kali mendaki pada petang Selasa 10 September. Lihat Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan.
Oh. Semasa menghadiri majlis di ISTAC mendapat tahu pihak madrasah telah menukar tarikh. Anak boleh bercuti tambahan sehingga jam 6 petang Ahad 22 September. Kalau tahu lebih awal, dan kalau sedar sekali bahawa pesta buku UIA mahu diadakan bulan Oktober tentu tidak membawa anak ke Bukit Guling Ayam. Dan besar kemungkinan tidak membawa keluar bersama hari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan