Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Oktober 18, 2023

Misi hartanah dan wacana Laksamana - Panggilan tak dirancang ke Tanjung Rambutan

Salam semua. Pada penghujung artikel Uthmaniyah dan Dunia Melayu - Lagi renungan semasa terhadap sejarah, kebudayaan dan ekonomi yang dipersembahkan pagi Isnin ada disebut bahawa petang itu saya mahu bermusafir lagi ke Perak kerana esoknya pagi Selasa 17 Oktober ada lagi sesi perbicaraan mahkamah di Ipoh melibatkan harta moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk saya iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah. Pagi Khamis 19 Oktober  pula dijadualkan membentang dalam satu majlis yang bakal dihadiri Menteri Besar Perak dan ketua-ketua pasukan keselamatan negeri. Pagi ini sudah masuk hari ke-3 perjalanan dan saya sekarang berada dalam kawasan Orang Asli di Bawong, Sungai Siput. Tengok-tengok talian Internetnya bagus lalu boleh dibuka hotspot untuk kegunaan komputer riba. Ada pula kelapangan sebelum menyambung perjalanan. Maka biarlah mula dikongsikan cerita berkenaan.




Ini adalah poster bagi majlis yang dimaksudkan. Ia adalah rentetan daripada rancangan untuk mengadakan satu wacana tentang Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin sejak 3 bulan  lalu. Asalnya ia dicadangkan mahu diadakan pada 9 September sempena genap 17 tahun jasad Laksamana dikembalikan ke Perak dari Singapura setelah lebih seabad disemadikan di sana iaitu sejak tahun 1904. Almarhum dibuang negeri ke Pulau Seychelles tahun 1877 kerana dikatakan terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch pada 2 November 1875. Kemudian dipindahkan ke Singapura tahun 1895, masih dalam keadaan buangan, lalu meninggal dunia di sana.

Namun setelah beberapa lama menunggu  masih tidak dapat berita apakah jadi hendak dibuat majlis pada tarikh tersebut. Apabila tarikh 9 September hampir menjelang saya pun membuat keputusan untuk mengadakan wacana sendiri secara atas talian. Ketika itulah muncul peluang lain untuk bercerita tentang Laksamana dalam satu pesta buku. Lihat artikel Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak diikuti Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven.






Pada 12 September baru diberitahu majlis di Ipoh mahu diadakan pada 11 Oktober. Tetapi 13 hari kemudian diberitahu pula, ia ditunda ke 19 Oktober. Rupa-rupanya pihak yang mahu menolong menjayakan sedang berusaha untuk menjadi ia majlis besar yang lebih berkesan dan bermakna. Itu yang pada hari Rabu 11 Oktober mendapat surat rasmi tentang penganjuran yang mana saya adalah seorang daripada dua orang panelis. Dinyatakan majlis akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak. Dinyatakan pada muka surat lain surat bahawa antara yang diundang adalah Ketua Polis Perak, Komandan Akademi Tentera Udara, Komandan Pengkalan Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM, Komandan Markas Briged Kedua Infantri Malaysia, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Pengarah Pejabat Negeri Pertahanan Awam Perak dan Pengarah Rela Perak. 



Apapun, petang Isnin 16 Oktober 2023, selepas menghantar anak ke sekolah agama petang saya pun bergerak ke Perak.







Ikut rancangan asal malam baru hendak bergerak...




Fikirnya nanti boleh menginap dan beriktikaf di sebuah masjid di sekitar Gopeng. Selepas Subuh baru ke Ipoh.




Entah kenapa tiba-tiba hati menyuruh bergerak lebih awal.




Sampai di tasik ini di Temoh sebelum Kampar berhenti berehat sebentar.




Selain mahu menikmati pemandangan (lihat artikel  A stop at Tasek (lake of) Temoh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH) mahu dibaca beberapa surat Al-Quran bagi mengejar kuota bacaan sebulan (kalendar Islam) satu juz. Hari itu sudah masuk tarikh Islam 1 Rabiul Akhir 1445 Hijriah. Semasa membaca itu sudah melepas separuh juz pertama...




Selepas itu singgah pula di bukit batu kapur ini. Lihat The limestone hill of Gunung Mesah



Di sana baru timbul gerak untuk ke mana seterusnya. Lalu, setelah keluar dari Lebuh Raya PLUS dekat Tanjung Malim kemudian masuk jalan lama, masuk kembali lebuh raya melalui Tol Gopeng. Dekat pinggir utara bandar raya Ipoh baru keluar lebuh raya.




Disebabkan asalnya mahu bergerak malam saya sebenarnya tidak tahu apakah tempat-tempat yang patut disinggahi sebelum sampai ke Ipoh.




Tiba-tiba ketika mengaji Quran di bukit batu kapur yang mana saya dapat menamatkan satu juz, bersambung daripada bacaan di Temoh, hati menyuruh pergilah ke Tanjung Rambutan. Beriktikaf dan bermalam di sana.




Ada sebabnya. Tetapi biar diceritakan dalam artikel seterusnya.




Sebelum ke masjid singgah dahulu di stesyen kereta api lama untuk makan malam.




Oh. Sudah disebut pada awal artikel bahawa pada ketika ini saya sedang berada di penempatan Orang Asli di Bawong, Sungai Siput, Perak lalu dari situlah ditulis artikel ini. Sekarang biar ditambah. Apabila disemak e-mail pagi tadi didapati ada berita telah diterima petang semalam daripada pejabat UIAM (Universiti Islam Antarabanga Malaysia). Ia memberitahu bahawa status saya sebagai graduan ijazah sarjana atau Master daripada ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) telah disahkan pada 13 Oktober lalu saya dimasukkan untuk majlis konvokesyen pada hujung tahun ini. 





Sebetulnya sejak, lulus peperiksaan lisan pada bulan Mac saya sudah boleh dikira sebagai graduan sarjana. Cuma belum disahkan kerana menunggu pembetulan tesis siap dan segala macam formaliti seperti mengisi borang-borang berkenaan diselesaikan lalu disahkan oleh pejabat. Satu perkara menarik 13 Oktober itu adalah hari ulang tahun ke-14 kelahiran anak lelaki saya yang bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid. Apabila ditulis tarikh jadi 13.10.23 (anak lahir 13.10.09) ada faktor 131 yang bagi saya dan isteri membawa makna home sweet home iaitu rumahku syurgaku. 

Tetapi tengah hari itu saya harus memulakan satu permusafiran demi mengikuti majlis-majlis ilmu yang berlangsung secara berturut-turut Jumaat hingga Ahad di Kuala Lumpur. Ini adalah demi memperkasakan pengetahuan demi perjuangan memartabatkan Melayu dan Islam. Lihat artikel-artikel berikut :-






Satu perkara menarik, ketika sampai ke tempat menginap malam tadi, tempat saya sedang menulis ini iaitu masjid Bawong malam tadi meter kereta menunjukkan nombor 313.4. Ini menunjukkan saya telah memandu kereta sejauh 313 kilometer sejak meninggalkan rumah bagi permusafiran ke Perak. Nombor 313 pada saya membawa makna perjuangan (313 tentera Badar). Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,442 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: