Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Januari 15, 2023

Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : 'Teguran Tok Pasai' sebelum meneruskan ke Narathiwat

OK. Pergi kita pada penceritaan hari ke-7 perjalanan selatan Thailand baru ini. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Berjimba di Patani walau kereta rosak.



Pagi Rabu 28 Disember 2022. Tiba-tiba mekanik menelefon untuk memberitahu sesuatu telah berlaku kepada kereta saya di bengkel. Beliau yang berada di luar hotel terus membawa ke sana. Tengok-tengok bahagian hadapan kereta remuk agak teruk.



Apa yang berlaku adalah beliau telah menghidupkan kereta dalam gear N. Begitulah kebiasaan. Sama ada hidupkan dalam gear N atau P kerana kereta harus dalam keadaan diam. Tengok-tengok ia  berjalan seperti halnya kalau masuk gear 1, 2 atau D. Malah melompat melanggar kereta hadapan. Nasib tak kena para pekerja. Adus bagaimana ini?

Nasib baik teringat bahawa bengkel terletak berdekatan makam Tok Pasai, orang yang dikatakan mengIslamkan raja Patani sehingga kerajaan Patani pun menjadi Islam. Lorong bengkel pun ada nama Tok Pasai. Malah seluruh kawasan berdekat memiliki lorong-lorong dengan nama Tok Pasai.



Nampaknya kerosakan gear membawa pada masalah itu. Bukan sekadar tak boleh berundur ke belakang, kereta akan bergerak ke hadapan walaupun dalam masuk gear yang ia sepatutnya diam. Nak sambung repair bukan sahaja mengambil masa. Barang ganti pun tiada, katanya perlu didapatkan jauh di Bangkok. Kalau begitu lebih baik dibawa kembali ke rumah saya di Selangor.

Satu win-win solution pun dibincangkan supaya tidak menyusahkan sesiapa. Saya tidak akan menuntut kerugian lalu memanjangkan masalah dan dia akan berusaha untuk memudahkan perjalanan saya sekeluarga juga mencapai hajat. Salah satunya adalah dengan membawa ke makam Tok Pasai. Lihat artikel Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Tok Pasai, Patani.




Selepas itu adalah ke makam Saiyid Ali Nurul Alam, pendakwah yang hidup sekitar 600 tahun tetapi menerbitkan keturunan yang menjadi raja-raja Patani dan Kelantan bermula abad ke-18. Yang ini memang sudah lama berhajat dan tak pernah sampai. Ketika lawatan ke Patani awal tahun 2018 ada dalam senarai tetapi entah kenapa terlupa. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation. Ketika lawatan ke selatan Thailand penghujung 2019 pula tak dapat walaupun sudah mendapat lokasi kerana harus meneruskan perjalanan dengan pengangkut awam setelah kereta rosak sebelum sampai ke Ipoh. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.




Kali ini baru sampai. Nampaknya perlu melalui banyak dugaan sebelum dapat menziarahi. Lihat Makam (Tomb of) Sayyid Ali Nurul Alam.




Biar pun ke makam seorang diri cukuplah untuk mewakili kami sekeluarga. Jam 12 waktu tempatan kami mendaftar keluar dari hotel lalu bersedia untuk menyambung perjalanan.




Maka masuklah pada bahagian kedua win-win solution akibat kemalangan di bengkel. Mekanik yang juga memiliki beberapa buah van sewa bagi pelancong mengambil dengan salah satu van.



Beliau memberikan penggunaan van secara percuma untuk menghantar ke tempat seterusnya sementara kereta ditinggalkan lagi satu hari di bengkel supaya bahagian yang remuk dapat diperbaiki sebaik mungkin.




Kami dibawa ke suatu tempat di mana adik mekanik mengambil alih sebagai pemandu van. Selepas itu baru ke beberapa tempat dirancang bermula dengan masjid lama di Kerisek.






Lihat artikel-artikel berikut :-









Dapat juga ke kedai makan yang isteri mahu sangat pergi lagi setelah ditunjukkan dalam perjalanan terdahulu...








Oh. Adapun persinggahan ke tempat-tempat tadi disebut sebagai lawatan baru kerana saya, isteri dan dua anak kecil pernah sampai. Dua anak yang sudah dewasa sahaja belum. Selepas itu baru ke satu tempat yang tiada seorang daripada kami pernah jejak. Mekanik yang memberitahu, sebuah masjid lama yang katanya lebih tua daripada Masjid Wadi Hussein yang terkenal di Teluk Manok. Lihat Masjid (Mosque of) Tanjung Aur, Patani.




Seterusnya kami dibawa ke daerah dan bandar Saiburi.



Yang ini atas saranan pemandu iaitu adik mekanik (sebetulnya adik ipar). Beliau menawarkan untuk membawa ke sana.




Beliau memberitahu sebenarnya berasal dari wilayah berkenaan iaitu kerajaan Teluban, salah sebuah negeri Melayu yang pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan Patani.



Oh sebetulnya saya sendiri memang ingin pergi ke Teluban dahulu tetapi tidak tahu lokasi.



Ditunjukkanlah sebuah bukit yang kalau tak salah ingatan nama lamanya adalah Bukit Selindung Bayu yang ada cerita legenda yang tersendiri lalu ke tempat-tempat yang terkait dengan kerabat diraja Teluban. Lihat artikel-artikel berikut :-








Selepas itu baru menyambung perjalanan ke destinasi utama kami hari itu.




Ia adalah ke pekan Bacho (sebutan Thai untuk Bachok) iaitu sekitar 25-30 km sebelum bandar Narathiwat.




Kami telah berjanji untuk bermalam di rumah kawan orang Patani.



Esoknya mekanik akan datang dari Patani bersama kereta untuk mengambil kami. Itu adalah satu lagi 'pakej' solusi win-win kami. Ini akan diterangkan dalam artikel seterusnya. Untuk makluman ini adalah artikel ke 2,355 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: