Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 28, 2023

Antara Perak 6-9 ke Muar 26 Ogos

Salam semua. Adapun saya dan keluarga sedang berada di rumah ibu bapa di Muar. Sampai Sabtu lewat malam Ahad 26 Ogos setelah membuat sejumlah aktiviti dalam perjalanan dari rumah sendiri petang Jumaat 25 Ogos. Ingatkan hendak berkongsi cerita apa yang berlaku dalam tempoh waktu berkenaan. Tetapi apabila memasukkan gambar-gambar dari kamera digital ke komputer riba malam tadi didapati bahawa kali terakhir ada memasukkan gambar ke komputer adalah bagi tarikh 12 dan 13 Ogos. 

Gambar-gambar yang dimasukkan pula bermula dari tarikh 15 Ogos. Kali terakhir berkongsi cerita tentang perjalanan di CATATAN SI MERAH SILU adalah setelah kembali dari Perak 6-9 Ogos diikuti satu aktiviti berkesinambungan iaitu satu majlis ilmu yang dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di tempat saya belajar di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Alhamdulillah berpeluang untuk menghadiahkan senaskah buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai kepada baginda. Itu yang terkumpul  menjadi siri yang dipersembahkan dalam artikel Kompilasi cerita "Antara perpustakaan dan mahkamah" Selasa 15 Ogos. 

Melihatkan gambar-gambar yang dimuat naik timbul rasa harus dibuat dahulu cerita ringkas tentang aktiviti-aktiviti antara perjalanan Perak hingga sebelum sampai ke Muar yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini. Sama halnya seperti artikel Ringkasan aktiviti dan perjalanan Jun-Julai 2023 yang dipersembahkan pada Isnin 31 Julai saya perlu membuatnya  supaya tidak hilang jejak apakah yang telah dilakukan dalam tempoh waktu berkenaan.



Sabtu malam Ahad 12 Ogos 2023 saya dan keluarga menghadiri satu majlis tertutup di sebuah bungalow cantik di tepian tasik di Cyberjaya. Ia penuh dengan perabot, panel-panel dinding dan ukiran kayu jati. Pemiliknya seorang mualaf wanita berbangsa Caucassian yang berasal dari Amerika Syarikat pernah membuka sebuah pusat peranginan di Bali menggunakan kayu kayan dari Pulau Jawa. Selepas beralih arah lalu menjual pusat peranginan kayu kayan itulah yang dibawa untuk disebatikan dengan rumah baru batu di Malaysia.



Bersama dalam majlis adalah guru saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Sebelum itu sempat bertemu beliau dalam majlis bersama Sultan Nazrin Khamis 10 Ogos iaitu sekembali daripada perjalanan di Perak 6-9 Ogos. Lihat Antara perpustakaan dan mahkamah - Bersama Sultan Nazrin di ISTAC.




Pagi Ahad 13 Ogos. Sementara menunggu anak selesai latihan silat di Bukit Beruntung kami ke rumah pelukis terkenal Dato' Sharifah Fatimah Syed Zubir bagi membincangkan penyertaan beliau dalam satu majlis yang mahu dianjurkan pihak saya di Tanjung Malim pada 21 Oktober. Lihat artikel Acara ke-23 di Sarang Art Hub kurang 3 bulan lagi insyaallah yang dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) pada 1 Ogos. Dalam tempoh sehari dua selepas mengeluarkan artikel saya terus menyusun pengisian bagi majlis. Pada 3 Ogos saya meletakkan gambar berserta teks berikut di Facebook...



ATUR CARA DAN PEMBENTANGAN ILMU PADA ACARA HIKMAH KE-23 DI SARANG ART HUB 21 OKTOBER 2023
Salam. Rasanya sudah boleh dikongsikan sedikit sebanyak atur cara dan pengisian majlis. Secara santainya majlis di Sarang Art Hub dirancang akan dibuka bermula jam 10 pagi untuk hadirin bersama. Ini untuk memberi peluang bagi mereka yang berniaga datang awal mempromosikan jualan masing-masing. Mungkin akan ada majlis Maulidur Rasul sekitar jam 11-12 itu.
Jam 2.30 baru acara secara rasminya bermula dengan pembentangan ilmu sehingga waktu Asar. Maghrib pula diadakan solat jemaah diikuti tahlil arwah bagi mengenangkan pemilik tempat, sutradara filem terkenal Mamat Khalid yang kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 2021. Selepas itu akan diadakan ucapan alu2an oleh waris beliau diikuti oleh saya sebagai presiden HIKMAH kemudian VVIP, besar kemungkinan Orang Besar Jajahan iaitu Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal. Selain daripada yang dinyatakan akan diselitkan persembahan2 silat dan kebudayaan juga aktiviti santai.
Bagi majlis ilmu yang bermula jam 2.30 petang telah diperuntukkan 4 slot sepanjang 30 minit setiap satu. Sukacita dimaklumkan saya telah mendapat persetujuan tentatif daripada tokoh2 berikut untuk membentang :-
1. Pelukis terkenal Dato' Sharifah Fatimah Syed Zubir
2. Tokoh pejuang bahasa Melayu, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan
3. Profesor sejarah sosial dan intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Prof Dato' Dr Ahmad Murad Merican
Pembentang ke-4 adalah saya sendiri Radzi Sapiee @ Merah Silu. Tapi saya bukan tokoh, cuma seorang yang ada sedikit ilmu dan rasa tanggungjawab untuk memperjuangkan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air.


Cuma sejurus sebelum ke Perak 6 Ogos Sharifah Fatimah yang kami panggil sebagai Kak Fatimah menyatakan keraguan untuk bersama dalam majlis. Sebabnya beliau bukanlah orang yang biasa membentang seperti halnya para pensyarah (mungkin setelah melihat nama Prof Awang Sariyan dan Murad Merican yang memang biasa bersyarah). Maka itu selepas kembali dari Perak saya dan isteri pergi bertemu beliau. Saya hendak memberitahu jangan risau tentang itu. Pembentangan boleh dibuat secara soal jawab dengan saya sebagai pemudah cara. Pengisian pun saya boleh bantu. 

Caranya, biar dipilih sejumlah lukisan untuk dipaparkan dalam slaid lalu kita berbincang tentang makna setiap lukisan. Antaranya adalah gambar yang ditunjukkan di atas juga sebelum ini. Saya ambil sendiri menggunakan telefon bimbit. Walaupun bukan pakar dalam bidang seni saya boleh faham bagaimana lukisan-lukisan Fatimah relevan dengan tema majlis yang saya sendiri telah tetapkan iaitu  "Antara Tradisi dan Kemodenan : Mencari Kebaikan Dalam Setiap Keadaan". Ini kerana tahu latar belakang beliau yang ada keturunan Tunku Kudin @ Sayyid Zainal Abidin yang berdarah Sayyid marga Shahabuddin/Al-Shahab campur darah kerabat diraja Kedah dan minat beliau menelusuri salasilah juga menziarah makam-makam.


Malam itu kami ke Bandar Saujana Putra untuk menghadiahkan senaskah buku Laksamana Raja Mahkota kepada seorang sheikh tariqat yang dikenali sebagai Walid Ibrahim.


Beliau ini sebenarnya seorang penggerak besar banyak aktiviti-aktiviti bagi memperkuatkan gerakan-gerakan Tasawuf dan Sufi di Malaysia sejak lebih 10 tahun kebelakangan. Salah satu aktiviti yang digerakkan merupakan satu majlis besar yang dihadiri dalam perjalanan ke arah Muar petang Sabtu 25 Ogos. Tetapi biar itu diceritakan dalam artikel baru berkenaan.


Petang Selasa 15 Ogos saya ke Perpustakaan Negara untuk membuat sedikit kajian.


Disebabkan muncul suatu kelapangan yang memberikan ruang bagi isteri menguruskan anak pergi balik sekolah saya dapat bermalam di Kuala Lumpur lalu menyambung kajian hingga petang Rabu 16 Ogos.  Dapat melakukan sejumlah aktiviti lain di celah-celah itu. Dengan itu biar cerita berkenaan dikongsikan dalam artikel lain selepas ini.


Lewat petang Jumaat 18 Ogos pula keluar membawa anak berjalan-jalan naik motosikal melihat perkembangan dua tapak projek besar dekat rumah kami di Sungai Buaya. Lihat artikel Exploring new project areas in Sungai Buaya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Ketika hendak menulis artikel tersebut teringat bahawa 2 minggu lebih awal ada membuat perjalanan meneroka satu jalan belakang. Lalu ditulislah terlebih dahulu artikel bertajuk Exploring the rough path from Sungai Buaya towards Batang Berjuntai and back. Di bawah adalah peta laluan bagi perjalanan berkenaan. Ia ada dipaparkan dalam Facebook bersama teks berikut...



Tadi lepas solat Jumaat buat 'eksplorasi' masuk jalan kebun dan hutan 'belakang' Sungai Buaya hingga ke Selangor Fruit Valley dan kembali. Laluan sebenar yang dirancang lain sedikit daripada yang ditunjukkan ini. Cuma disebabkan apabila betul2 turun padang didapati ada 3-4 simpang yang dinyatakan wujud oleh Google Map nampaknya tiada lagi. Kalau ada tentu saya sudah merapat ke Sungai Selangor di utara sejak awal lagi. Pun begitu saya ikut sahaja yang dapat sehingga ada yang kelihatan seperti masuk hutan tanpa jalan dalam Google Map walau sebenarnya ada jalan kebun. Alhamdulillah selamat kembali dan senang hati. Jarak yang diliputi hampir 40 km dengan motocub atas jalan2 kasar yang boleh tahan mencabar 🙂



Esoknya lewat petang Sabtu 19 Ogos bergerak bersama keluarga ke Ipoh.




Kami mahu menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sutradara filem terkenal arwah Mamat Khalid.




Isteri seronok dapat bertemu kartunis terkenal Datuk Lat. Hari tu baru je pergi ke galeri beliau yang baru dibuka di Batu Gajah. Lihat Ringkasan aktiviti dan perjalanan Jun-Julai 2023. Untuk pengetahuan Lat adalah abang kepada arwah Mamat Khalid. Satu soalan yang arwah paling tak suka - Abang ke budak kecil telanjang selalu tersengih mata tutup dengan rambut yang Lat selalu lukis dalam sketsa Kampung Boy? Hehe...



Gambar bersama pengantin. Kelihatan sama balu kepada arwah yang kami panggil sebagai Kak Intan. Saya seperti hampir menjadi halimunan dalam gambar. Nampaknya kerana skim warna busana ada kesamaan dengan hiasan pelamin.



Sambil itu dapat bertemu seorang kawan lama wartawan yang pernah bertugas di Berita Harian, saudara Zainuri Misfar. Seperti halnya pengantin lelaki Adam anak Mamat Khalid beliau pernah berlakon dalam filem-filem Mamat. Jika Adam selalu membawa watak asyik hendak menembak dengan senapang dia pula asyik hendak pergi seminar.




Malam itu saya dan keluarga beriktikaf di sebuah masjid di Slim River. Keadaan sebelum solat Subuh pagi Ahad 20 Ogos.




Kami beriktikaf supaya tidak perlu balik awal ke rumah  kemudian naik balik ke utara untuk ke Bukit Beruntung bagi menghantar anak ke latihan silat pagi Ahad. Dapatlah makan pagi di Ulu Bernam sebelum menghantar anak. 




Sementara menunggu selesai latihan kami mencari surat khabar Berita Harian edisi Ahad 20 Ogos kerana sudah diberitahu lebih awal satu artikel tentang Laksamana Muhammad Amin dan buku tulisan saya yang berkenaan akan keluar. Itulah yang diceritakan dalam artikel sebelum ini iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dalam Berita Harian pada Isnin 21 Ogos. 



Tiada ulasan: