Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, November 26, 2010

Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos


Alhamdulillah, setelah lebih sebulan memerah tenaga dan fikiran bersengkang-mata di hadapan komputer baru saya dapat menyiapkan setiap artikel yang patut tentang perjalanan ke Brunei yang dibuat sejurus sebelum masuk bulan Ramadhan, awal bulan Ogos. Artikel-artikel induk yang membentuk siri yang dipanggil "Lawatan tak dijangka ke Brunei" itu sendiri cuma ada 13 ke semuanya dengan bahagian terakhir tamat ditulis jam 4 pagi tadi. Tetapi jika dicampur 3 artikel awal yang dibuat dua bulan setengah lalu berserta semua artikel sokongan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sedar tak sedar sudah ada 72 kesemuanya. Jadi biar dikumpulkan links untuk semua. Semoga ini dapat memudahkan pembacaan semula yang dapat memberikan petunjuk tersurat dan tersirat akan banyak perkara... :]


1. Salam dari Brunei...

2. Tiga kali ke Brunei dalam seminggu... melalui udara, laut dan darat

3. 'Buah tangan' dari Brunei

4. Lawatan tak dijangka ke Brunei - Sebab musabab perjalanan, institusi Melayu Islam Beraja






17. Masjid jamek (Main mosque of) Hassanil Bolkiah

18. Makam (Tomb of) Sultan Husin Kamaluddin


20. The beach at Muara

21. Mouth of the Brunei bay/sub-bay?

22. Lawatan tak dijangka ke Brunei - Mencecah air muara

23. Kota Batu, pusat pemerintahan lama Brunei (the old ruling centre of Brunei)

24. Tapak (Site of) Kota Batu I

25. Perkuburan lama (Old graveyard of) Kota Batu

26. Makam (Tomb of) Sultan Bolkiah

27. Muzium Teknologi Melayu (Malay Technology Museum), Brunei

28. The island called Pulau Chermin

29. Masjid (Mosque of) Setia Ali, Muara

30. Lawatan tak dijangka ke Brunei - Kota Batu, Sultan Bolkiah dan Pulau Chermin







39. The beach called Pantai Batu Manikar

40. Saying goodbye to Sharif Kedah

41. Muzium (Museum of) Labuan



51. One Billionth Barrel Monument



58. South China Sea from Kuala Belait

59. The coastal road from Kuala Belait to Seria

62. Makam-makam lama di (Old tombs at) Kianggeh

63. The market of Tamu Kianggeh

64. Boat ride at Kampung Ayer

65. Boat ride at Kampung Ayer continued...




69. Bangunan Alat Kebesaran Diraja (Royal Regalia Building), Brunei

70. Masjid Pengiran Mahkota Muhtadee Billah (Mosque of Crown Prince Muhtadee Billah)

71. The flight return from Brunei

72. Lawatan tak dijangka ke Brunei - Kesibukan hari terakhir



No comments: