Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, April 22, 2021

Senarai perjalanan terjauh : 50 hingga 41

OK. Memulakan senarai 50 perjalanan terjauh saya setakat ini yang dapat diingati cukup butiran. Disebut cukup butiran kerana sebenarnya terdapat lagi perjalanan-perjalanan yang boleh membentuk senarai tetapi diabaikan kerana tidak cukup butiran. Bila cukup butiran baru boleh dibuat cerita-cerita yang cukup memuaskan. Jarak perjalanan pun dapat dikira lalu dibandingkan untuk membentuk senarai.

Senarai diatur berdasarkan jarak perjalanan di atas permukaan bumi iaitu di air dan darat. Maksudnya kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Ia mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan. Biar dimulakan dengan yang 'tercorot' terlebih dahulu iaitu yang ke-50 sehingga yang ke-41 terjauh.


50. Hol Gunung Jerai 2017 


Lakaran mudah 1,010 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017


49. Perjalanan ke selatan penghujung 2020


Lakaran mudah 890 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.


48. Aceh Januari 2010 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 171 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 200 km. 



Keluar Banda Aceh - Lakaran mudah 767 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 800 km. 

Jarak keseluruhan = 250 km + 800 km = 1,050 km. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh.


47. Trip anak beranak ke Desaru Disember 2014 


Lakaran mudah hampir 1,040 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus hampir 1,100 km. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.


46. Ke Utara menutup kalender 2014 


Lakaran mudah lebih 1,000 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar hampir 1,100 km. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation.


45. Hol Tok Pulau Manis 2019 


Lakaran mudah hampir 1,050 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar hampir 1,100 km.  Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.


44. Kuala Muar ke Kuala Pahang 2020 


Lakaran mudah 956 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".


 43. Umrah ziarah 2013 


Lakaran mudah 1,035 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....


42. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura penghujung 2010


Lakaran mudah perjalanan dari Kuala Lumpur dan kembali 908 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 910 km. 


Lakaran mudah dalam Singapura 175 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 190 km 

Jumlah = 910 km + 190 km = 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....


41. Sewa kereta di England 1994 


Lakaran mudah hampir 1,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 10,820 km (1,030 + 1,040 + 1,050 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100). Julat jarak perjalanan adalah 1,030 km hingga 1,100 km.


Tiada ulasan: