Tadi, saya berserta seorang sepupu dan rakannya baru lepas menziarahi kawasan Beting Beras Basah dan sekitarnya. Untuk makluman di atas ialah gambar pondok diraja di mana seseorang bakal Raja Perak boleh berehat sebentar sebelum pergi ke kuala sungai lalu menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah.
Kami sebenarnya merancang untuk berjalan-jalan ke sekitar Teluk Intan sahaja... Tetapi setelah mengambil jalan melalui Kuala Selangor daripada Kuala Lumpur pagi tadi, tergerak pula untuk ke Bagan Datoh seterusnya ke Beting Beras Basah.
Apapun, kami merancang untuk pergi ke beberapa tempat lagi sekitar Hilir Perak, mungkin juga ke Pasir Salak dan Kampung Gajah. Insyaallah, semuanya bergantung kepada gerak Ilahi juga masa dan peluang kerana kami perlu balik hari disebabkan sepupu saya dan rakannya perlu masuk kerja esok.
Insyaallah juga nanti akan saya paparkan ceritanya di sini. Tapi biar disajikan dahulu cerita-cerita melalui klip video tentang perjalanan di Negeri Sembilan Ahad lepas ya...
1 ulasan:
Salam,
Hemmm,tahniah kepada pihak tertentu yg menambahbaikkan makam yg saudara MS sebutkan tadi. Moga Allah merahmati pihak2 yg terlibat juga saudara MS khasnya.
Seronok juga baca posting MS kali ini,may be perjalanan MS yg tidak penat kerana dibantu oleh rakan2. Mmg benar apa yg dikatakan MS dulu, di mana kali ini travel pun akan menaiki transport. Alhamdulillah!!
Yang menarik kali ini, byk nama2 tempat yg membawa nostalgia juga pada diri saya. Tak tau le may be saya membesar bersama Teluk Intan..so "sentimental value". Bagan Datoh sendiri since 1988 saya pernah lepak2 kat rumah org tua kakak ipar saya. Emm mengimbau segala kenangan. Perjalanan dari Hutan Melintang ke Teluk Intan , tentu MS ada lalu SEMESTI di Batu Lapan..heheh..
Teruskan penceritaan mu anak muda..
Catat Ulasan