Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Oktober 25, 2011

Perjalanan terbaru di Perak dan batu bersurat Gangga Negara?



Ada sesiapa boleh baca dan tafsirkan apa yang tertulis di sini? :]


Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan, saya, isteri dan anak juga anak dalam perut selamat kembali dari satu perjalanan pusing Perak siang tadi. Perjalanan dimulakan petang Jumaat melalui jalan lama Rawang-Serendah-Tanjung-Malim terus ke Tapah, sempat mengambil jalan kecil Chenderiang ke Kuala Dipang yang lalu di Lata Kinjang sebelum masuk kembali ke jalan besar di sekitar Kampar lalu melepasi Gopeng untuk singgah di Ipoh kemudian bermalam di Sungai Siput. Esoknya kami ke Karai sebelum ke Kota Lama Kanan seterusnya Kuala Kangsar. Perjalanan diteruskan ke Lenggong lalu ke Lawin, masuk jalan kecil ke Batu Kurau untuk ke Taiping sebelum kembali ke Kuala Kangsar lalu bermalam di Kampung Temong.

Hari Ahad pula kami berjalan-jalan di sekitar Kuala Kangsar sebelum mengambil jalan ke Manong terus ke Parit, Bota Kanan, Kampung Gajah, Teluk Intan keluar ke Sungai sebelum bermalam di Kuala Kubu Baru. Seperti biasa kami menziarahi sejumlah makam. Kali terakhir kami pusing Perak hingga ke Kuala Kangsar adalah setahun setengah lalu. Untuk perjalanan terbaru ini, selain mahu menziarahi makam tanda Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Shah di Kota Lama Kanan, makam Tok Temong, makam diraja Bukit Chandan di mana terdapat makam Laksamana Muhammad Amin, makam persinggahan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan makam Daeng Selili, kami mahu melawat makam Tun Saban di Lawin juga melihat masjid lama Kuala Dhal.

Kami juga sempat menziarahi makam Long Jaafar di Bukit Gantang dalam kegelapan malam. Apabila menghala ke Teluk Intan pula, kami meluangkan masa di makam Keramat Kuala Bidor walaupun sampai ketika masuk waktu Maghrib. Perjalanan kali ini menjadi lebih istimewa apabila kami ditunjukkan apa yang kelihatan seperti batu bersurat (lihat gambar di atas). Kemudian kami diberitahu pihak tertentu ia adalah dari kerajaan lama Gangga Negara dan usianya tidak kurang 800 tahun!







Ini pula adalah klip video yang diambil di Sungai Siput, Perak. Perhatikan di puncak bukit terdapat bentuk batu seperti muka, ada orang yang nampak seperti muka singa, ada pula yang kata muka manusia. Untuk pengetahuan, pengkaji Barat ada menyebut Sungai Siput sebagai salah satu pusat kerajaan lama yang dikenali sebagai Gangga Negara. Di atas wilayah kerajaan ini kemudian muncul kerajaan Islam Beruas.

Video ini sebenarnya diambil dalam bentuk layar lebar ataupun wide screen iaitu dengan nisbah atau ratio 16 : 9. Tapi entah kenapa apabila masuk ke Youtube kelebarannya hilang menjadi nisbah biasa 4 : 3 lalu gambar menjadi 'kurus'. Ia adalah antara lebih 120 klip video HD atau high definition, definisi tinggi yang diambil dalam perjalanan terbaru di Perak ini. Biar ditambah ia adalah dalam format full HD 1920 x 1080 di mana video keseluruhan 1 jam 30 minit memakan ruang ingatan atau memory sebanyak 11 Gigabyte gitu!

Ya. Saiz memory yang digunakan amatlah besar dan apabila mendapati timbul beberapa masalah untuk menyunting fail ia membuat saya terfikir macam-macam. Oh, sebelum itu biar diberitahu. Klip-klip video ini diambil menggunakan perakam video Sony HD terbaru dengan projektor yang dibeli minggu lepas. Ia adalah sebagai persediaan untuk satu perjalanan ke luar negara yang akan dibuat dalam jangka masa terdekat... kalau boleh saya mahu merakamkan keadaan dalam kualiti yang boleh diterima pakai stesyen-stesyen televisyen dan penyiaran.

Biar diberitahu klip-klip video boleh dirakamkan dalam format SVGA (320 x 200) dan VGA (640 x 400) di mana lagi besar nombor semakin teliti dan tajam gambar. Untuk kebanyakan rancangan di televisyen, format yang digunakan adalah kualiti gambar DVD iaitu 720 x 576 gitu. Namun dengan perkembangan teknologi penonton mengharapkan gambar yang lebih tajam dan berkualiti. Maka muncul format HD 1280 x 720 dan full HD 1920 x1080, di tengah-tengahnya ada pula format 1440 x 1080.


Adapun kualiti DVD 720 x 576 sudah cukup baik dan tajam. Namun apa gunanya ada video perakam full HD 1920 x 1080 kalau tidak digunakan sepenuhnya kemudahan yang ada? Cuma kemudian timbul sedikit masalah. Adapun klip video yang direkod pada perakam video baru itu menjadi fail dalam format AVCHD dengan failnya tertera huruf mts, bila diubah kepada format mpg yang lebih dikenali kebanyakan program, terus kualitinya menurun jadi 720 x 576.

Format dengan huruf mts pula ada masalah apabila cuba disunting melalui program Movie Maker lalu perlu ditukar menjadi mpg. Tapi tu le... kualitinya turun. Lagi satu, saya baru mendapati Movie Maker cuma mampu menerbitkan video dengan kualiti paling tinggi pun 1440 x 1080, tidak ada 1920 x 1080. Niat saya mahu mengusahakan dokumentari dalam full HD nampaknya tidak dapat dilakukan dengan apa yang ada pada komputer saya sekarang. Mungkin apa yang diboleh buat masa ini adalah terus membuat rakaman dalam full HD untuk simpanan sendiri yang boleh diusahakan dengan peralatan orang lain. Apa yang mampu saya persembahkan mungkin setakat kualiti DVD...

Hmm. Cukuplah luahan tentang ini. Diharap ada pembaca yang dapat menolong memberikan buah fikiran bagaimana mengatasi masalah ini. Diharap juga ada yang dapat membaca dan menterjemahkan sedikit apa yang tertera pada batu bersurat di atas. Oh, nanti saya akan mempersembahkan cerita-cerita tentang perjalanan terbaru di Perak ini. Tapi cukuplah dengan gambar-gambar ya. Rasanya tak larat nak letakkan video... terlalu banyak proses yang memakan masa. Dari video tentunya kena download ke komputer, kena pulak tukar format baru boleh disunting kemudian save balik. Ambil lagi masa untuk upload ke Youtube. Adus... sekian, selamat malam! :]


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM SAUDARA RAZI.
BAGAIMANA KALAU BUKIT SINGA ITU ADALAH PYRAMID........
JANGAN LUPA TENTANG BATU PIPIS DI PERAK.....
TAHNIAH SAUDARA...
TERUSKAN.

Tanpa Nama berkata...

Di mana saudara ambil foto batu bersurat dalam artikel ini ?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Tak mustahil bukit tu piramid. Lokasi batu bersurat dirahsiakan. Maaf.

Tanpa Nama berkata...

batu besurat diatas adalah bacaan hizib dan ilmu hikmah.perhatikan dengan jelas

Tanpa Nama berkata...

maaf la nak tanya
macam batu simen ja
cuba cek tengok

Tanpa Nama berkata...

Salam,en radzi..sy pernah bermimpi sebulan yg lepas dua biji mata..dlm mimpi itu sy merasakan pelik dgn mata itu lalu membaca ayatul Kursi berkali2 dengan cara yg berbeza..hari ini sy terpanggil utk membuka blog sedara Dan nampak 2 biji mata.wpun mungkin tak 100 % sama ..tp mata diblog sedara mengingatkan sy pd mimpi sy sedgkan seblm ni sy tak pernah membaca blog sedara..mungkinkah ada maksud disebaliknya..nursaadah@hotmail.com

Radzi Sapiee berkata...

Anon October 28, a'alah. Memang macam simen le. Macamana saya tak nampak yek? Lepas tu ya ya je kata ini batu bersurat. Ish ish ish...

Anon October 29@nursaadah. Wassalam. Erk. Mata saya ada macam mata setan ke? Sebab bila saudari kata nampak mata lepas tu baca Ayat Kursi tentu saudari beranggapan ia mata hantu, jin atau pun syaitan. Kemudian nampak pulak mata saya macam sama. Errrkkk... :]

Jeongmilt berkata...

maaf la nak tanya macam batu simen ja cuba cek tengok

Jakr el Fikr berkata...

Salam Tuan,

Siapa sangka...dengan izin Allah bertemu kembali di laman sesawang ini. Kita pernah bertemu di Perpustakaan Negara di tahun 2012/2013 di tempat parkir. Tuan segak berkeris dipinggang.

Tuan pada ketika itu saya mencari jawapan..utk persoalan diminda anak Sayong ini. Setelah menjelajah seluruh Perak...hingga menelusuri manuskrip di Perpustakaan Negara. Bertemu Tuan lah adanya. siapa sangka soalan saya kepada tuan tercapai jawapannya.. Soalan saya " Sudah Bertemukah Yang di Cari?" Tuan termangu dengan soalan itu...

Tuan, batu bersurat itulah yang saya cari...siapa sangka, di kampung sendiri ia berada. Pelik tidak pernah saya berjumpa atau diberitahu pada saya..meskipun ke sana sini saya bertanya...tapi tuan..Allah takdirkan bertemunya...

jika benar andaian saya...


Jakr El Fikr
Anak Sayong /Bendang Kering