Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 13, 2011

Dari kubur ke masjid dan tanjung

Assalamualaikum. Pada penghujung artikel Kedudukan tempat-tempat di sekitar Sungai Mati dan Pulau Penarek yang dibuat Khamis lalu ada disebut bahawa saya telah diminta memberi ceramah di satu rumah suluk. Alhamdulillah ini sudah dilakukan Sabtu malam Ahad 10 September. Maka biar disambung penceritaan musim raya... dengan cerita-cerita dari minggu pertama raya yang menunggu masa untuk dilepaskan.

Tengahari Jumaat 2 September 2011 iaitu hari raya ke 4. Saya keluar dari kampung ibu membawa anak dan isteri dengan niat untuk menunaikan solat Jumaat di masjid jamek Muar. Namun terlihat jalan besar pintas Muar timbul rasa untuk ke Batu Enam Bakri menziarahi kubur adik terlebih dahulu.


Kemudian ke kubur ibu kepada ibu yang terletak cuma beberapa kaki sahaja dari situ.


Seterusnya saya ke kubur ayah kepada ibu.


Lokasinya jauh sedikit dari dua kubur awal tadi dan saya mengambil masa untuk mencarinya kerana tidak ingat kedudukan sebenar.


Saya pun mengambil gambar dari sudut ini. Semoga tidak lupa lagi...


Selepas solat Jumaat kami makan mee bandung di tengah bandar.


Kemudian timbul rasa untuk ke masjid lagi.


Tidak seperti ketika solat Jumaat, suasana petang sedikit yang kosong terasa lebih merehatkan.



Sudut memaparkan gambar masjid-masjid lama.


Masjid di kampung ibu kepada ibu.


Masjid kampung ayah kepada ibu.


Masuk ke dewan utama masjid saya terlihat sesuatu.


Rupa-rupanya ada orang bernikah.


Pandangan ke belakang iaitu ke kolam wudhuk.


Al-Rasyid bermain dengan taboh.


Ini pula pandangan dari tingkat atas tempat saya selalu bermain zaman kanak-kanak.


Seterusnya saya membawa anak isteri ke laman belakang masjid di tepian Sungai Muar. Kelihatan masjid kedua Muar di seberang, kini dalam daerah Ledang.


Masjid jamek Muar dari belah belakang.



Gambar ini pula diambil dari tepian sungai. Lihat artikel Muar river from nearby the main mosque di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kemudian ke Tanjung Emas atau ringkasannya dipanggil tanjung sahaja di mana terdapat kepala kereta api ini, kereta api yang tidak digunakan setelah perkhidmatan ditamatkan hampir seabad lalu.


Saya terasa pelik. Kenapa tulisan asal M.S.R. yang garisnya masih boleh kelihatan ini tidak dicat kembali putih? Adapun tulisan ini hilang apabila kepala keretapi dicat kembali hitam, kalau tak salah setengah tahun lalu. Kenapa tidak ditimbulkan kembali? Apakah ada pihak mahu menyorokkan fakta bahawa M.S.R. yang bermakna Muar State Railway (kereta api negeri Muar) dapat membuktikan bahawa Muar memang asalnya sebuah negeri berdaulat, sebelum diserapkan ke dalam Johor selepas berlaku peristiwa tertentu kira-kira seabad lalu?


Ini pula bahagian tanjung yang lebih hampir ke kuala Sungai Muar. Lihat Muar river at its mouth.


Ke barat daya sedikit menghadap Selat Melaka adalah tempat pejalan kaki yang dibina di kawasan hutan bakau.



Saya suka berjalan ke hujung melihat pemandangan. Nampaknya anak-anak bakau telah ditanam...



Ini pula gambar satu bahagian tembok batu karang di Bukit Treh. Petang hampir Maghrib saya mendapat panggilan kenalan dari Segamat mahu datang beraya bersama adiknya. Entah apa gila saya tergerak mengajak mereka memanjat bukit malam-malam lalu menunjukkan letak tembok lama yang dibina zaman bila. Gambar diambil pada satu bahagian yang menunjukkan kesan bentuk tiram selebar lebih satu kaki.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum,

Hmm menarik tentang terjumpanya fosil kulit kerang tu. Bukit Treh selain dikaitkan dengan kisah Si Tanggang ada juga cerita mengatakan pernah wujud istana dan tapak kerajaan..

Wallahu'alam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Perkara ini ada diceritakan agak panjang lebar dengan gambar-gambar dalam buku terbaru saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang sedang menunggu masa sahaja untuk keluar dari kilang percetakan...

Ailshire berkata...

Wassalam. Perkara ini ada diceritakan agak panjang lebar dengan gambar-gambar dalam buku terbaru saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang sedang menunggu masa sahaja untuk keluar dari kilang percetakan...