Selesai pergi ke Beting Beras Basah kami pun kembali ke jalan besar menghala ke Bagan Datoh... Terlihat masjid yang agak menarik ini lalu singgah. Lagipun kami belum menunaikan solat Zuhur dan Asar.
Sedikit gambar-gambar masjid ini telah diletakkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Sila lihat artikel bertajuk Masjid (mosque of) Abasiah, Bagan Datoh...
Selepas Bagan Datoh, kami pun sampai kembali ke Hutan Melintang lalu menghala ke Teluk Intan. Cadangan awal kami adalah mahu menyeberang Sungai Perak sebaik sahaja sampai ke jambatan pertama untuk pergi mencari suatu tempat tertentu di Sungai Durian yang letaknya setentang dengan Kampung Batak Rabit, 5km sebelum bandar Teluk Intan...
Sebelum sampai ke jambatan, terlihat pula sebuah kawasan rehat dan makan minum di tepian Sungai Perak ini... Kebetulan kami pun belum makan tengahari dan sudah terasa lapar sangat maka kami pun singgah!
Masakan yang diminta mengambil masa agak lama untuk disiapkan sedangkan para pelayan medan makan yang nampaknya rata-rata berasal dari Kelantan, mungkin juga wilayah Patani dalam Thailand sekarang seperti kurang mahu melayan pelanggan...
Dalam menunggu lama itu saya tergerak untuk membuka laptop yang turut dibawa sama... Ternyata kawasan itu ada gelombang wi-fi free! Apalagi, saya pun mula masuk ke Internet lalu tergerak untuk membuat posting bertajuk Salam dari tepian Sungai Perak
Dalam pada itu, saya telah mengambil satu meja yang agak jauh daripada sepupu saya Nizam dan rakannya kerana mahu menggunakan suis eletrik seraya mendapatkan ruang yang lebih selesa untuk menulis. Lalu saya terleka dengan semua ini sehingga Nizam dan rakannya hampir selesai makan!
Ini menyebabkan sudah masuk jam 6 petang apabila saya sendiri selesai membuat posting dan seterusnya makan. Lalu Nizam mahu kami ke Teluk Intan dahulu... Belum tentu dapat ke Sungai Durian kerana itulah tujuan utama perjalanan ke Perak ini... Untuk menziarahi makam-makam keluarga terdekat di Batak Rabit sedangkan ziarah ke tempat lain cuma sekadar program tambahan...
Akhirnya sampai juga kami ke masjid lama Batak Rabit...
Terus menerpa ke kawasan pemakaman keluarga Laksamana Raja Mahkota di sisi kanan...
Ini adalah makam moyang saya, Muhammad Wahi bin Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin (yang jenazahnya dialihkan dari Singapura ke makam diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar 9 September 2006). Kelihatan di kanannya adalah makam datuk saya Muhammad Arshad bin Muhammad Wahi, ayah kepada ayah...
Adapun kali terakhir saya sampai ke sini adalah sekitar bulan Februari ataupun Mac gitu... Lupa pula... Kena lihat perjalanan terbaru saya ke utara dalam siri pengembaraan post-BKA (selepas siap menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"). Nizam yang selama ini bermastautin di Sarawak, sudah 14 tahun duduk di sana pula dah beberapa tahun tidak ke sini lalu selepas singgah di makam keluarga, dia mahu melawat rumah seorang ibu saudara yang letaknya cuma 200 meter sahaja dari situ...
Saya pula sedikit gelisah kerana ketika itu sudah hampir jam 6.30 petang. Kalau boleh saya mahu kami terus bergegas ke Sungai Durian kerana terasa panggilan dari sana sangat kuat... Ada sesuatu yang perlu dicari dan kalau boleh biarlah sebelum gelap. Cadang saya, kami tetap boleh datang balik ke Batak Rabit malam nanti! Tetapi saya harus menurut hasrat Nizam terlebih dahulu... Kami pun pergi ke rumah ibu saudara itu. Ikutlah sahaja le apa yang terjadi samada sempat ke Sungai Durian ataupun tidak. Cerita akan disambung lagi. Selamat malam! :]
p/s: Tadi saya ada membuat sedikit cerita zaman kolej sebelum berlepas ke England di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ... Tentang bagaimana saya mendapat nickname ataupun nama panggilan "Fly" di situ! Sila masuk ke artikel Remembering the "A" Level college days. How I got the nickname Fly! untuk membacanya. Sekian...
1 ulasan:
Salam..
Ewah2..Bagan Datoh..hmmmm brp lama dh sy tak kesana.Last pergi tahun 1989..masa tu bila weekend jer gi kakak ipar akan ambil dari asrama SEMESTI n bawak gi rumah ayah dia dia Parit 7 Bagan Datoh. Sempat singgah rumah kakak dia di Sungai Tiang. Emmm naik motor dgn abg n kakak ipar ke Bagan Datoh mlm2 nampak kelip2 yg begitu cantik pemandangan. Masa tu tak tau ada kisah ttg Beting Beras Basah. Tapi Bagan Datoh mmg amat rapat jugak dgn jiwa saya..al-Fatihah kpd arwah Hj.Sidek ayah kakak ipar.Emm sempat bermanja dgn org tua tersebut yelah masa tu kecik lagi masih form 2.
Tahun 1989 jugak pernah naik bot seberang sungai sbb nk gi rumah kakak kepada kakak ipar. Masa tu ingat lagi masih menggunakan iron arang..berat woo!! nk angkat..end up sy tak gosok baju bila nk balik ke asrama. So baju berkedut midut. Bayangkanlah dah tahun 1989 pun masih ada iron guna arang. Tengok gambo sungai perak..emm dh byk air pulak sungai tu. Dulu2 area tahun 1989-1992 idak ler penuh n lebar mcm ni sungai tuh..
K..tq MS..mengimbau byk nostalgia zaman persekolahan saya.
Catat Ulasan